rombongan cik alya

Jumaat, 31 Disember 2010

setapak lagi nak ke 2011

salam 1 malaysia! ups.. bukan maksudnya boleh bersalam salaman setiap org yang dok Malaysia okeh.. dan bukan jugak bermaksud boleh memberi salam kepada rakyat Malaysia yang bukan Islam.. so? faham2 sendiri lah.. aku bukan nak bahas pasai ni plak ok.. kalo aku bahas? kejap lagi jd isu masuk paper plak blog aku ni.. xbrani den!! haha..


tahun demi tahun, bulan bersilih ganti, minggu berubah minggu, dan hari pun dah jadi harimau! eh apa aku cakap ni? haha.. x lupa jugak aku kepada pasukan bola Malaysia, iaitu lebih dikenali sebagai HARIMAU MALAYA.. pagi tadi diorang dah selamat menjejakkan kaki di Malaysia.. lepas ni x putus putus la org panggil nak interviu.. haha.. best la korang.. tahniah!

sedar tak sedar? umur aku pun dah nak masuk 22tahun sebentar ja lagi.. oh! takmau tua.. pasni jalan bongkok2 la aku.. tapi xpa.. aku dah semakin matang dengan peningkatan umurku ni.. yaka? InsyaALLAH.. perjalanan aku masih jauh.. (skrg org xjalan dah.. dah naik kereta) hehe..

kita semua pun xtau kan, dengan perubahan tahun ni.. adakah umur kita semakin panjang atau pendek? so.. dengan ni, aku nak memohon jutaan kemaafan kepada semua insan insan yang pernah aku sakiti secara xsengaja ataupun sengaja.. aku memang mulut jahat.. itu aku akui.. so? harap harap korang bleh maafkan aku..


see? aku dah bersedia dah nak tinggalkan semua kenangan kenangan tahun 2010.. siap naik kereta VIP lagi.. aku nak pergi ke tahun 2011... haha.. tak mau ingat dah.. aku nak jadi alya yang baru.. yang lebih agresif dan bertenaga! haha.. tp bukan untuk benda jahat.. InsyaALLAH untuk benda baik.. sekian~~

p/s : tahun baru kalendar cina ramai org raikan.. tp? awal muharam knpa xramai org sambut?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...