rombongan cik alya

Sabtu, 30 April 2011

Merdeka day!

Wah.. best gila.. hari hari last aku exam.. abes tepat jam 5.30 ptg td.. tp aku kuar awai la.. bukan cekang weh! tp xtau nk jawab apa dah.. biasalah dah nama pun subjek ARAB.. aku bukan anak pak arab.. tulisan jawi pun macam cakaq itik(elok sikit dari cakaq ayam)huhu..  cuti dua bulan woi sementara nak masuk sem baru.. jenuh tembun la aku kat umah ni dok makan tidoq makan tidoq.. ada keja kosong kat mana-mana x? aku nk keja dua bulan ja boleh? apa-apa ajolah jang..Ermm.. dengan ini aku mengisytiharkan yang aku dah Merdeka!!!

cara terbaru nak laungkan 'Merdeka'

Jumaat, 29 April 2011

khas utk kamu : selamat hari lahir Mohd Faris

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Mohd Faris..
Allah selamatkan kamu..



eh eh.. sapa tu? beliau ni ex bf aku.. ari ni birthday beliau.. sebenarnya aku dah cadang semalam nk call beliau tepat pukul 12 a.m.. tp xtringat la plak.. hehe.. biasalah aku ni insan yang x sempurna.. selalu ja buat silap.. aku teringat yang hari ni bestday beliau tepat jam 7.53 a.m.. so? apalagi aku terus la call beliau..

call punya call, tengok tengok ada perempuan angkat.. aku ingatkan isteri @ awek beliau.. cuak gak r mula mula.. takmau la ganggu orang dah kawen.. tengok tengok operator maxis tu yang tlg beliau angkat fon sebab number beliau ada kat luar kawasan.. ok xpa.. aku xcall dah r.. juz type SMS & send kat beliau..

"salam.. selamat hari lahir faris.. semoga panjang umor &dimurahkan rezeki.. Amin.." (ringkas & padat.. sebenarnya aku malas nak wt ayat bunga bunga, aku bukan seorang yang jiwang ok..)

pastu tadi beliau call aku tepat jam 11.46 a.m(uish.. baru bgn tidoq ka hapa?), beliau wish thanks sbb aku still ingat bestday dia.. agaknya sekarang dia baru sedar kot yg ingatan aku ni sebenarnya kuat.. aku xkan lupala setiap orang yang pernah aku kenai..

td time beliau call, aku xsempat nk ckp lama-lama, agak bz time tu.. so? kat sini aku nk wish kepada Mohd Faris-:

-Selamat hari lahir yang ke-22
-semoga dimurahkan rezeki untuk diri faris sendiri & keluarga 
-semoga sihat tubuh badan (askar mestila kena sihat kan?), hehe 
-semoga berjaya di dunia & akhirat..
-semoga cepat bertemu jodoh! kawen jgn lupa panggil.. kalo lupa? alya pi baling boom kat umah kenduri.. haha
-semoga dapat menjadi seorang tentera yang berjaya.. macam yang faris impikan..



ikhlas dari sahabatmu,
 ~Nor Analia~

petanda mimpi berenang kat laut mati

hei hei hei.. Assalamualaikum semua.. korang pernah berMIMPI x? mesti pernah kan... hari ni, pagi ni aku nak jadi pentafsir mimpi.. huhu.. sapa yang ada mimpi pelik pelik bleh la mai jumpa aku nanti.. ok? pagi ni aku nak story cket pasai satu mimpi ni.. 'mimpi berenang kuak lentang kat laut mati'..

apa maksud mimpi tu eh? aku pun xpasti sebenarnya.. tp bila dah bangun tidoq.. tetiba petanda tu mulai menjelma sikit demi sikit.. korang nak tau apa petanda tu? huhu.. maksud disebalik mimpi tu adalah..........


bangun ja dari tidoq pagi tadi.. rupa-rupanya adik aku yang kecik tu kencing tilam.. perrrggghhh!! patut la sejuk lain mcm ja kaki aku time tidoq tu.. siap mimpi berenang pakai kaki itik gitu.. huhu.. dan jalan 'mati' nya adalah? aku perlu basuh ttilam, cadar  dan selimut aku tuh... adeh!! malasnya.. seb bek ada anak dara jepun tu tau.. SYG KAMU....

p/s : sapa pandai tafsir mimpi?

Khamis, 28 April 2011

buleh ka dapat four flat?

hai.. lama gila aku x update entry.. rindu gila jari jemari ni nak tekan tekan keybod ni.. rasa gian la plak!! kenapa aku menghilangkan diri? huhu.. sebab kecewa yang teramat? haha.. eh!! xla.. saja ja.. mana main jiwang jiwang, x rock la beb!! sebenarnya aku terpaksa menghilangkan diri sebab aku ada final exam.. start 18april until 30april..


sepatutnya aku xleh nak update lg entry aku ni.. tp? disebabkan aku terpaksa balik umah atas sebab sebab yang x dapat dielakkan? so.. tunggu apa lagi.. bab kata orang 'muda-muda'... bila kucing dilay0Q ikan kat depan mata? Nggggaaaaapppp laaaaaa!!!! nak tunggu cangak lagi? haha..

last paper aku sabtu ni.. esok lusa ni weh.. harap harap leh la skor untuk last paper nanti.. untuk dapat 4 flat? owh... aku xharap sgt.. sbb aku tau cara aku study mcm na.. stai study last last minit.. haha.. sapa penah buat mcm tu? sila jangan geleng kepala.. aik?

p/s : sem depan aku nak four flat.. insyaALLAH..

Kenapa kau x support?

Kalo aku salah tolong betul kan aku.. eh silap.. ‘tolong ingatkan aku’.. haha.. aku pun nak VOTE macam Ana Raffali jgk beb.. aku tensyen la.. aku nak install CD driver HP Deskjet ni ha.. dah 10x aku try.. tapi x buleh2 pun.. awat xtaw? Aku xpandai sgt bahasa omputeh ni.. tp aku ada terbaca 1 benda ni ha?


So? Mmg xleh install la? Sbb notebook aku pakai ‘7 tingkap’.. tp? Xkan la xleh support kot? Mustahil!! Ada sesapa yg otai dalam bab hardware ni x? help me peliSssss…. Ataupun aku nak pasrah je?

Ahad, 10 April 2011

bukti kucing tidak pandai membaca

Dah banyak kali larang.. tetap nak buat jugak. Nak berak jugak dalam bilik aku! Nak kencing jugak dalam bilik aku! Aku pun dah mati kutu dah apa nak buat dgn bala-bala tentera kesayangan ayah aku ni. Tiba-tiba idea aku datang dgn menunggang motosikal buruknya. Tinggggg!!!! Aku ada satu idea. Mcmna xmau bg diorang masuk bilik aku dah. Aku pun lantas....................

"amaran" kat pintu bilik aku..

Aku ingatkan diorang faham apa yang aku maksud kan tu. Rupa-rupanya tekaan ku meleset sama sekali!! Sampai bila pun korang xkan faham. Huh!! Tengok? Siap dok lending-lending lg atas katil aku sambil dok wat muka toya empat belas!! Mana aku x bengang. Aku cuba bersabar. Nasib baik la kesabaran aku ni tahap DEWA19. Kalo x? Dah lama aku cincang kucing-kucing ni kerat 18 mcm Mona Fendi tu.. 

muka eksyen bleh dok atas katil aku

Lepas kucing tu dah puas lending atas katil aku? Sedap-sedap ja dia tinggal bulu-bulu dia melekat kat atas cadar. Ada penyakit Leukimia ka apa kucing ni? Nasib baik aku xdak penyakit 'asma'. Sejak peristiwa ni, baru aku tau yang kucing ni memang xpandai membaca. Kenapa cikgu-cikgu sekolah rendah aku xpenah bgtau kat aku pun dulu?(salahkan cikgu sebab nak cover malu). Huarrrggghhh..

p/s : aku @ kucing yang xsekolah?

Jumaat, 8 April 2011

ada jugak yang malas nak mandi sendiri

Dalam semua-semua haiwan yang kitorang bela kat umah ni. Majoriti semua malas nak mandi sendiri. Termasuklah aku! Eh eh. Aku bukan haiwan. Aku manusia. Cik Hamster ni pun dah lama xmandi. Dah dekat 7 taun kot? Bau dia? Perrrggghhh. Bleh menyebabkan kita 'tingtong' selama sehari. Masyam + berkhasiat! Haha. Sempena hari jumaat yang mulia ni. Aku nak jugak kumpul pahala berbakul-bakul. So? aku dengan baik jantungnya bagi mandi cik Hamster ni.

See......

mangsa cuba melarikan diri
 Saw.......
sampai nk terkeluar bijik mata aku penyek!
 Look.......
selepas mandi
 Tengok.......
mangsa kesejukan selepas mandi

Cukuplah setakat itu. Untuk hari ni, aku dah rasa pahala aku penuh dah sebakul sebab bahu kanan aku ni asyik-asyik senget ke bawah ja. Boleh x aku cakap macam tu? Haha.. Riak betul!!

p/s : Tips untuk lupakan si dia (cuba memBZkan diri seberapa boleh)

siapa yang buta?

Cerita ini mengisahkan antara si Putera katak dgn seorang gadis yang bernama Alya(bukan nama sebenar).. mereka tak pernah berjumpa tetapi, jika sudah ditakdirkan ALLAH, apalah dayanya untuk gadis ini melawan suratan takdir.. cuba korang baca situasi2 yang aku ciptakan tu..


Situasi 1
jam : 9:18pm
lokasi si katak : dalam tandas
lokasi si gadis : dalam bilik tidur

Pada malam kejadian, si gadis bergegas ke tandas untuk melepaskan hajatnya, kerana 'emergency case' si gadis mengambil keputusan untuk tidak menghalau si katak yang ketika itu berada di dalam tandas tersebut.
"arrhh.. biarlah.. bukan dia nak kacau aku pun.."
si gadis terus melepaskan hajatnya, hampir 5minit 'bersama' di dalam tandas, si katak tidak bergerak langsung dari tempatnya. akal jahat sudah mula menjalar di setiap pelusuk fikiran si gadis, beliau ingin mengusik si katak lalu si gadis 'memercik' air pada si katak tersebut. Apalagi? katak pun seperti KAMBING jugak!! si katak terus melompat lompat untuk menyelamatkan dirinya sebelum dia lemas! sedang asyik melompat, tiba tiba, si katak terlanggar dengan pintu tandas tersebut!!! adakah katak itu buta?



Situasi 2
jam : 8:07pm
lokasi si katak : kamar mandi
lokasi si gadis : kamar tidur

Si gadis bergegas ke kamar mandi kerana sudah 'dipukul' oleh ibunya. oleh kerana terlalu kalut, si gadis terlupa untuk membuka lampu kamar mandi tersebut.. beliau tidak tahu yang si katak juga berada dalam kamar mandi itu.. langkah pertamanya ke dalam kamar mandi tersebut telah mengundang kegelian yang mencapai tahap maksimum!! 
OUCCCHHHHH!!!!!
kaki KANAN si gadis berada betul betul di atas kepala katak yang malang itu.. katak berkata "how dare you"(dalam bahasa katak)... adakah si gadis juga buta?

moral value : masuk tandas kaki kiri.. tempat setan tu~~ PEACE!!

Ahad, 3 April 2011

kei you ku es you ti sut = K.U.S.U.T

hei labah labah! brani kau buat sarang kat belog akuh? cis.. nyah kau dari sini.. sorry la beb.. aku xsempat nak hapdate blog aku ni.. bkn kekeringan idea.. idea aku melimpah2 hinggakan xtau nk hapdate entry yg mana satu.. baydaway.. aku sebenarnya tengah kusut skg ni.. kusut! so? daripada aku update entry yg ntah apa apa sehinggakan boleh memeningkan kepala korang.. baik aku senyap + menyepi seketika.. boleh x mcm tu?


p/s: pless come back oh mahMOOD ku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...