rombongan cik alya

Rabu, 22 Jun 2011

Apabila boring + mengantuk + sibuk. Macam ni lah jadinya(~~)

Lokasi : bilik tidur
Jam : 4 a.m

Huarrrrrghhhhhh(gaya anak dara menguap, paling sopan di abad ini). Aku mengantuk gila time ni. Tapi xleh nak tidoq sebab banyak keja nak siapkan. Seb bek xtersengguk-sengguk macam kat dalam kelas! Sebenarnya aku diberi satu tugasan oleh MakNgah aku. Beliau tengok aku keja dok nganga ja kat umah, makin lama makin besaq badan aku ni. So, beliau dengan sukacitanya memberi aku satu tugasan. Haha. Amik kena kat batang idung aku!

Tapi xpa. Walaupun aku xbrapa nak reti buat tugasan ni. Aku try & error jugak la! Masa MakNgah aku bg task ni, aku dok c0ver ja muka ni xbg nampak ketaq sangat. Padahal dalam hati tsunami dah mai. Ketaq tangan beb nak type pun. Tergodek-godek macam itik pulang malam! Aku terpaksa abaikan bantai dan katil kesayangan aku malam ni utk siapkan task ni. Masa tgh buat task ni, disebabkan aku boring yang amat terlampau dah, aku ada create satu 'game' utk diri aku sendiri. Jom rehat bersama gambaq kat bawah ni.

Saksi-saksi pada malam kejadian!
Penerangan pada setiap nombor yang ada dalam gambarajah :
1. Task yang diberi oleh MakNgah aku. Soalan Matematik form3
2. Netbook yang banyak tolong aku siapkan keja pada malam kejadian(Ala bucuk bucuk)
3. Tempat 'tikuih' aku bertenggek.(mouse pad = buku latihan masa aku sekolah Tun Sharifah Rodziah dulu)
4. Tin cokelat Almond Nuts.(diberi oleh kakak tersayang) jgn mintak! Sebab tinggal tin saja. Haha
5. Mangkuk! Tapi xdak makanan p0wn weh. Ada bunga melur, petang kemarin pi kutip kat umah TokLang
6. Kole. Aku mancuh kopi 3peket sebab xmau bg ngantuk! Haha. Jen0h sembelit aku bes0k!
7. Hanset c0kia aku dua ketoi!
8. Tapewere cokelat yang jugak dah xdak isi. Syg nak buang!
9. Buku kakak aku bg pinjam. Dia dengki sbb aku cuti 2 bulan sebab tu dia bg buku suruh aku khatam 40x

p/s : Mentelku sudah kepenatan.

Selasa, 21 Jun 2011

Syarat nak p0tong rambut

Petang td aku kena bawak Aidid pi potong rambut. Rambut dah panjang dah, sbb tu cikgu pun dah suruh potong. Tapi, setiap kali nak potong rambut, ada syarat yang telah adik aku tetapkan. Jom kita tengok syarat-syarat kalau nak suruh Aidid ni pi potong rambut dia.

Satu - Kalo nak suruh Aidid pi potong rambut, orang yang potong rambut Aidid tu mestilah KAKAK YANG CANTIK. Aidid xmau perempuan yang tua-tua.
Dua - Kalo nak suruh Aidid pi potong rambut kat kedai tu mesti la TV. Sbb nanti buleh tengok tv kalau Aidid boring.
Tiga - Kalo nak suruh Aidid pi potong rambut, kat kedai tu mestilah kena ada EKON(air-conditioner). Kalo xdak? Nanti kepala Aidid peluh gatai.
Empat - Kalo nak suruh Aidid pi potong rambut kat kedai tu kena ada CERMIN. Sebab Aidid nak tengok depa potong rambut Aidid el0k ka dak.


p/s : Adik aku ni mungkin 'Shin Chan' yang versi Malaysia kot?

Isnin, 20 Jun 2011

Ayah, kakak sayang ayah!

Maaf! dah lama aku xupdate entry. Malas rasanya. Tapi sempena Hari Bapa kelmarin, aku rasa nk update jgk hari ni. Rasanya belum terlambat lagi kot. Eh, sebenarnya Hari Bapa ni brapa haribulan? Aku pun xtau. Dah seminggu dalam televisyen ni asyik dok ulang-ulang dok cakap pasai hari bapa ni.


Gambar diatas adalah ayah aku. Amacam ada brani x? Siap pegang M16. Tp tembak belum tentu kena. Ops kantoi sudah. Ayah aku ni tengok muka dia mmg la mcm gangster, tp dalam hati ada kolam beb. Ayah aku ni, kalo kena gayanya memang boleh kamceng la dengan beliau. Cuma orang tu kena pandai la nak takle ayah aku ni.

Ayah, dikesempatan yang ada, sempena Hari Bapa ni, kakak nak bagitau kat ayah sesuatu yang kakak xpernah nk bgtau selama ni. KAKAK SAYANG AYAH SANGAT-SANGAT. Kakak xpernah bagitau secara lisan pun kat ayah. Kakak sedar memang salah cara kakak tu sebab xpernah nak luahkan yang kakak sayangkan ayah. Tapi percayalah, kakak memang sayang ayah. (nak duet blanja lebih bulan ni buleh x? haha lawak ja)

p/s : Setiap kali salam, kakak cium pipi ayah. Tapi satu lagi kakak xpernah buat kat ayah. Hmmm.. Sebenarnya kakak teringin sangat nak peluk ayah (^ ^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...