rombongan cik alya

Isnin, 16 Mei 2011

Entry Hari Guru yang ditype secara kelam kabut!

Selamat Hari Guru aku ucapkan expecially kepada :-

1. IBU sendiri iaitu Puan Norhaiyati bt Mohamad. 

Dialah Ibuku, dialah Guruku!
2. AYAHku iaitu Noor Habib bin Saman. Sebenarnya ayah aku bukanlah seorang guru, tetapi beliau juga telah mendidik aku dalam byk perkara semasa membesarkan aku. 

3. Guru-guru Tadika Pasti, pada waktu itu aku lah anak yang paling ALIM dalam dunia woo. Haha. Anak Solehah tetapi namaku bukan 'Solehah' tau, namaku Analia.

4. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pokok Sena (tempat ibuku mencurahkan baktinya) dari aku Tahun 1, 2 & 3.

5. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang. Aku bertukar ketika berada di pertengahan tahun 3 sehingga Tahun 6. Yang aku still igt adalah Cikgu Halim, slalu aku kena cubit sbb malas baca buku. Cikgu Azian, aku paling sayang. Sampai sekarang aku xleh nak lupa dia. & teacher Hasinah adalah teacher BI merangkap jurulatih bola jaring aku time darjah 6 dulu.

6. Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah. Aku sempat belajar di Sekolah ini hanya untuk  dua tahun sahaja iaitu pada Tingkatan 1 & 2. Tak lupa juga kepada guru Softball, walaupun sampai sekarang ni aku brapa nk expert lg main Softball. Tetapi ilmu yang dicurahkan tetap aku gunakan sampai sekarang, ketika hendak menangkap LALAT! Guru KRS(Kadet Remaja Sekolah) iaitu Cikgu Azman bin Basirun xsilap aku. Aku xpasti nama betul ka tidak. Dulu aku panggil 'cikgu Azman' ja. Kerana beliau aku sampai sekarang jalan pun macam kawad ja! Hehe. Guru bola jaring juga x dilupakan. Kerana beliau aku berjaya sampai ke 'Gerkorama Peringkat Kebangsaan' masa aku form 2. Dan juga guru bola baling. Kerana beliau aku pandai 'terbang' masa nak shot bola. Hehe.

7. Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar. Aku di Syed Omar selama 3 tahun iaitu ketika Tingkatan 3, 4, & 5. Disinilah aku mula mengenali dunia sebenar(mungkin masa kat sini aku baru baligh kot) Haha. Xla. Masa kat sini terus terang aku cakap. Aku sayang ramai cikgu. So, xpayah la aku nak mention nama-nama kat sini. Satgi yang mana-mana tertinggal, xpatut plak rasanya. Xlupa jugak kepada cikgu Kadet Bomba! Yes. Itu yang best. Kerana bimbingan Cikgu Zakri, aku sampai sekarang still dgn BOMBA lagi. Haha.

8. Cikgu Lesen iaitu 'cikgu Shukri' xdilupakan jugak. Abes ja SPM, ayah aku suruh ambik lesen B2 dengan D. Nasib baik ayah aku xsuruh amik lesen A. Hehe.

9. Lecture-lecture Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Inilah IPT pertama yang berjaya aku jejakkan kaki sekali ngan badan apa semua. Aku suka semua lecture kat sini. Sporting abes! xdilupakan jugak kepada cikgu JPA3. Kerana diorang aku dapat elaun. Hehe.

10. & last sekali, kepada lecture-lecture aku yang mendidik aku kat Kolej Universiti Insaniah. Walaupun aku ni student yang agak lembab nak faham apa yang cuba mereka sampaikan. Hehe. Tetapi mereka tetap bersabar melayani kerenah aku. xlupa jugak kepada lecture Kokurikulum Briged Bomba jugak iaitu Encik Yusop. Thanks sbb bagi 'A' tektiap kali exam! Hehe.

Haishh. Kalo nak disenaraikan? banyak guru-guru yang pernah mengajar aku dalam sedar @ tidak. La ni nak lebih senang macam ni la. SILA ABAIKAN APA YANG AKU TYPE KAT DARI 1 - 10. Apa-apapun. Selamat Hari Guru untuk semua Tenaga Pendidik di 1 Malaysia! 

p/s : Tema Hari Guru 2011(Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara)



4 ulasan:

  1. wahhhh atok dulu2 pun skolah kat pasti...

    pasti al ansari negeri sembilan...tp da lame cu

    BalasPadam
  2. hehe.. kita sama2 'alim' gitu..
    uish.. jauh la.. Alya kt kedah ja..

    BalasPadam
  3. uik? pi la wish kt fesbuk dia.. ni anak dia.. xjadi ibu lagi!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...