rombongan cik alya

Rabu, 11 Mei 2011

Selamat Hari Lahir, Noor Aidid Izmer.

Hari ni adalah hari Rabu. Eh, ada apa dengan hari rabu? Hari rabu bersamaan dengan 11 MEI 2011 genaplah umur adik aku ni 6 tahun. Nama diberi adalah Noor Aidid Izmer bin Noor Habib. Beliau ni adalah anak Norhaiyati & Noor Habib yang last sekali iaitu nombor 5. InsyaALLAH xtambah dah lepas ni. Aidid ni agak nakal & cerdik bagi aku. Nakal tu biasalah kan? Budak kecik lagi. Tapi cerdik ni.. Haha.. Aku pun xtau kenapa aku kata macam tu. Yang pasti nya beliau memang cerdik. Sapa xmau puji adik sendiri kan?

Bila diingat balik 6 tahun yang lalu, sewaktu adik aku baru dilahirkan, ibu aku teringin untuk menamakannya NOOR ANIQ. Sebabnya adalah ibu aku nak kitorang panggil adik aku ni dengan panggilan 'NIK'. Haha. Agak cerdik juga, biasalah kitorang ni bukannya keturunan NIK. Kebetulan pula pada waktu itu heboh tentang perkahwinan AIDID MARCELO di corong-corong radio dan televisyen. Ibu aku mula berfikir sejenak. Kemudian, dengan x sengajanya, ibu aku telah menamakan adik aku ni NOOR AIDID IZMER.


Selamat Hari Lahir kakak ucapkan kepada aidid, semoga dapat menjadi anak yang soleh kepada ibu & ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga Aidid berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Bila nak sunat ni? Umur dah 6 tahun kan. Cepat sunat? Cepatlah dapat kereta control yang kakak janji nk bagi kat Aidid tu. Untuk hadiah birthday? No no no.. Bukan kereta control ok!

p/s : type banyak-banyak pun bukan aidid tau baca pun kan!

2 ulasan:

  1. epy belated besday Aidid..
    semoga cepat besaq..

    BalasPadam
  2. Amin.. errr.. tp?
    telinga ja yang dok koi besaq kot! :-P

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...