rombongan cik alya

Ahad, 8 Mei 2011

Untuk dikongsi bersama sempena Hari Ibu.

Orang kata aku lahir dari perut mak…. (bukan orang kata…memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku….mak 
Bila lapar, yang suapkan aku….mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak 
Bila bangun tidur, aku cari….mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak 
Bila nak bermanja, aku dekati….mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak 
Bila nakal, yang memarahi aku….mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak 
Bila takut, yang tenangkan aku….mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak 
Aku selalu teringatkan….mak 
Bila sedih, aku mesti telefon….mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak
Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!” 
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak 
Bila ada masalah, yang paling risau….mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak 
Kalau balik ke kampung, Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak 
Yang selalu berleter kat aku….mak 
Yang selalu puji aku….mak 
Yang selalu nasihat aku….mak
 Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak 


Aku ada pasangan hidup sendiri…. Bila seronok, aku cari….pasanganku Bila sedih, aku cari….mak 
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada….mak 
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku Bila berduka, aku peluk erat….mak 
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak 
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” 
Selalu….aku ingat pasanganku Selalu….mak ingat kat aku Bila-bila….
aku akan telefon pasanganku Entah bila….aku nak telefon mak Selalu….
aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak 


Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya….. Tapi kalau mak sudah tiada….. MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT…. 


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…. 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya….. 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….. 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya….. 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….. 
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…. 


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. 


Kos upah membantu ibu: 
1) Tolong pergi kedai : RM4.00 
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00 
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 
Jumlah : RM17.00 


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA 
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA 
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA 
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA 
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA 


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 


“Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


p/s : Entry ini hanya diC0py paste oleh saya. (tulisan pun hitam, nk tunjukkn feel yang 'sayu' ketika membaca! :-P)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...