rombongan cik alya

Selasa, 3 Mei 2011

Adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan?

Apakah yang terjadi kepada diriku sebenarnya? Sudah ku temui solution nya. Alhamdulillah. Nak dijadikan cerita, sudah seperti biasa sebelum nak tidoq aku usha-usha la fesbuk 'kekasih hati', semua la aku usha termasukla wall beliau. Tetiba ja hati aku panas semacam bila tengok wall beliau, dah macam artis la plak! Ramai gurl-gurl dok post comment kat wall beliau. Tp apa bleh buat? Aku pasrah jela. Sebab aku hanya bertepuk sebelah tangan :-(

sepi tanpa kamu
Sikit pun aku xtinggal baca komen-komen tu, aku jadi semakin xtentu arah. Lepas abes ja tgk wall beliau, aku segera mencapai hanset aku dan SMS beliau. " Salam, saya akan doakan semoga awak bahagia. amin." Niat di hati xmau terlalu mengharap dah sbb aku dah banyak buat beliau terluka. Semuanya salah aku kerana xpernah & xpandai nak menghargai beliau. Ok itu aku mengaku! Tiba-tiba handset ku berbunyi menandakan ada SMS masuk. Yes! Beliau mengreply SMS ku. "Wassalam. Terima kasih. Semoga kita semua beroleh kebahagianan di dunia dan akhirat. Amin." SMS nya hanya kubaca tapi tidak ku balas. Cukuplah sekadar itu.

Empat minit kemudian, mesej handsetku berbunyi lagi. Pada mulanya aku ingatkan mamat bangla ditempat kerja lama ku yang SMS, sbb mamat tu xpernah missed wish "Good Night" kat aku setiap malam. Tetapi sangkaan ku meleset! Rupa-rupanya beliau yang mengSMS aku dan SMSnya berbunyi begini."Alya.." Cukup ringkas dan padat! Serentak dengan itu air mataku tiba-tiba mengalir tanpa dipinta. Puas aku menahan tetapi akhirnya aku tewas! Tewas dalam linangan air mataku sendiri.

Mungkinkah kerana aku terlalu rindukan beliau? Sedangkan dalam SMS tersebut, beliau hanya menaip namaku sahaja. Walaupun tidak kedengaran suaranya memanggil namaku, tetapi telingaku seperti terdengar seakan-akan jelas seperti suaranya yang memanggil namaku. Lain benar aku rasakan kerana sudah lama beliau tidak menghubungiku. Tidak seperti suatu ketika dahulu, SMS-SMSnya penuh menghiasi inboxku. Aku amat rindukan beliau! Tetapi kenapa air mataku perlu mengalir? Ya Allah. Terima kasih kerana Kau telah mengabulkan doa-doaku dengan melembutkan hati beliau. Amin :-)

p/s : cerita dia atas hanyalah rekaan semata-mata!

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...