rombongan cik alya

Ahad, 7 November 2010

makhluk halus


Malam itu, lepas saja aku selesai  menghapdate belog dan melayan kerenah kawan2 kat fesbuk..ku rasa mata ku seperti  dihempap oleh seplastik beras yg beratnya 10kil0.. lantas aku terus mengoffline fesbuk dan belog kesayangan ku ini.. 

aku tertanya2.. apakah yang terjadi kepada diriku ini? Malam masih muda dan single.. ah!! Persetankan semua itu..

Aku ke tandas untuk melunaskan semua hutang2ku sebelum ke kamar beradu.. setelah selesai semuanya.. aku kembali ke kamarku, sedang asyik menepuk- nepuk bantal ku yang wangi itu, aku tiba2 teringatkan kekasih limpaku.. lantas aku mengsms beliau untuk mengucapkan ‘selamat malam’.. entah beberapa ketika? Aku sudah lena diulit mayang…

beberapa ketika kemudian..


aku terasa seperti ada ‘sesuatu’ yang sedang bergerak- gerak di dalam kain selimutku.. dalam hatiku berkata ‘ ah.. mungkin perasaanku sahaja’.. aku terus melayan mimpiku dgn kekasih limpaku.. kami berlari2 di pantai.. dia mengejarku, dan aku lari bersungguh-sungguh sampai semput..

Baru sahaja kekasih limpaku hendak menangkapku, tiba2 aku terasa seperti ‘benda’ itu sedang melata-lata di kaki ku.. terus naik ke paha ku.. fikiran ku xmenentu.. hatiku dipagut keresahan.. ketakutan yang teramat sangat.. pada ketika itu.. aku hendak bersuara.. menjerit.. tetapi entah kenapa suaraku seperti tersekat2 dicelah anak tekak ku..


‘benda’ itu semakin lama semakin dekat.. dan sekarang ia beralih ke bahagian perutku.. kemudian ketiak ku.. dan kemudian tangan ku… dan kemudian….


PAPPPPP!!!


Aku lantas menampar ‘benda’ itu…


Aku terus bangun dan melihat apa yang telah terjadi.. adakah aku masih suci? Adakah aku telah ternoda? Ohh tidak..


Aku terkejut dengan apa yang ku lihat… hah?? makhluk halus!!!


Dalam hatiku berkata…


Owh… SEMUT rupanya.. durja ningsun betoilah kau ni.. kacau stim aku betoi…


Aku kembali menarik selimutku semula untuk mengcontinue mimpiku sebentar tadi…


p/s: janji xmau makan cekelat kt atas katil dah...

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...