rombongan cik alya

Jumaat, 11 Februari 2011

khas untuk sahabat seBILIK seBAROKAH

start hari ni, bermulanya cuti pertengahan semester aku.. bila aku kira kira balik? cuti aku adalah sebanyak 9 hari beb.. alahai jenuh buat taik mata la aku kat umah ni.. ibu ayah & semua adik adik aku sekolah, tinggal lah aku sorang sorang kat umah.. apa salahnya jadi bibik tanpa gaji dalam masa 9 hari ni kan? haha.. tp bibik ni haruslah bangun lambat tektiap hari sebab penat bekerja seharian.. huhu..

untuk sahabat sahabat aku kat kuin? aku doakan korang selamat bercuti.. selamat bernikah.. eh!! yang ni silap.. mana nikah lagi.. biar aku yang first!! haha.. jenuh andartu la korang kalo tunggu aku nikah dulu kan kan kan :-P aku sayang korang berLIMA.. sorry la sbb aku terpaksa balik dulu tinggal korang.. haha.. ni kira xkejam la.. k.yu tu lagi kejam!! biarkan kita berlima terkontang kanting kat LAB A xreti jawab soalan yang Cik Shafinar tanya.. haha..

gelak itu gimik semata mata

untuk yang lagi empat orang tu.. sebelum balik pastikan korang basuh pinggan mangkuk jamban yang kotor dulu tau.. takut nanti masa kita balik barokah, ada 'budak budak' baru plak yang cek in kat barokah tu.. hehe.. agak rajin sikit? basuh ja satu raga, skali ngan yang xkotoq pun basuh gak.. haha.. tak lupa jgk kepada KAK UMI, owner of the barokah.. tank kiu veri veri much sebab xpi kutip duwet sewa untuk bulan FEB lagi.. leh la joli dulu time cuti ni.. nanti bila dah bukak sem, kitorang bayaq erk? time tu kena korek tabung SITI la.. :-) bleh kan siti? haha.. kitorang dok tunggu gak Kak Umi nak mai mintak duet? tapi xdak pun.. xpala kitorang redha..

biru hitam ungu hitam ungu hitam

sebelum aku lupa, cuti ni korang berLIMA jangan tension tension sangat taw.. kita xbanyak assignment pun.. cuma BI, ARAB, FA & JAVA(paling banyak.. sayangggggggg cik shafinar)haha.. rilek sambil makan serbuk kopi dulu.. ikut pesan aku.. dekat dekat nak abes cuti, baru pulun buat assignment sampai tertonggeng!! ikut cakap boss tau!! haha..

p/s : thumb up utk uyairsrun.. dia yg make up pic ni.. tq syg..

Khamis, 10 Februari 2011

siapakah insan yang bakal menjadi 'imamku'?

ini adalah slot pencarian dan penemuan jodoh oleh cik analia.. siri ini sgt ekslusif.. jodoh cik analia? hmm.. di manakah beliau berada skrg? di planet marikh ka? haha.. itu aku xpasti.. yang aku betul betul pasti adalah, beliau skrg berada di hati kecil aku ni.. siapakah beliau? hanya aku saja yang tau..


aku bukan lah seorang yang memilih.. yang ensem? lagi tak la.. sbb aku bukan orang yang cantik dan vote sgt pun mcm model model kat malaysia ni.. tp? kalo dapat yang ensem.. aku rasa satu pakej kot buat aku.. haha.. bukan senang nak dapat yang ensem.. bagi aku? paras rupa xpenting.. nanti tua keredot serupa tu jgk.. hadoi..

yang penting skali.. beliau boleh jadi IMAM untuk aku dan bakal anak anak aku nanti.. cukup la takat tu.. yang kaya? hmm.. mmg tipu la kalo aku cakap xmau yang kaya.. tp aku tak kisah sgt.. sbb duet boleh cari.. kan? ok.. aku berenti dulu slot pencarian dan penemuan jodoh takat ni.. nantikan slot yang seterusnya oleh cik analia.. kita hanya merancang tetapi hanya ALLAH yang menentukan.. tata..

p/s : dalam hati ada taman ular~~

Isnin, 7 Februari 2011

tak tahu yang mana? (part 3)

sambungan dari part 1 & part 2
keesokkan harinya seperti yang dijanjikan oleh Mr. S, ketika aku baru sahaja habis kelas, dia menelefon aku.. mengatakan yang dia sudah sampai..aku pun pergi kepadanya di Shahab Perdana.. hanya berdepan dengan 'kondo'ku sahaja..

sepanjang perjalanan kami hanya berbincang tentang masa depan kami bagi aku? yang belum pasti.. aku pun heran kenapa aku cakap yang masa depan kami belum pasti.. sedangkan aku sayangkan MR.S.. itu sudah cukup! tetapi aku malas nak mengharapkan apa apa.. sebelum pulang kerumah, MR.S membawa aku untuk skodeng rumahnya.. kerana sudah banyak kali aku cuba mencari rumahnya, tetapi tetap juga aku tidak menjumpai..

kemudian, kami terus pulang ke rumah.. setibanya kami di rumahku, seperti tiada sesiapa dirumah pada ketika itu.. disebabkan itu, dia terus meminta diri untuk pulang kerumahnya.. setelah dia sudah keluar dari kawasan rumahku, aku mula melangkah masuk kerumah, rupa rupanya ibuku ada dirumah.. tetapi apa boleh dibuat lagi? Mr.S sudah berangkat pulang..

belum sempat aku menyimpan beg ke dalam bilik ku, tiba tiba ibuku bertanya.. 'apa crita?'.. aku dari awal sudah menjangka yang ibuku mahu mendengar cerita sebenar tentang hubungan aku dengan kedua dua Mr. ku ini.. aku lantas menceritakan dari A sampai Z kepada ibuku.. satu huruf pun tidak tertinggal.. aku segera memberi pendapat agar ibuku sajalah yang memilih? sesiapa sahaja aku terima.. nasihat ibuku agar aku membuat solat istiqarah agar dapat petunjuk.. bukan senang nak buat pilihan dalam hidup ni..

aku juga tidak lupa untuk bertanyakan pendapat dari tok aku.. merangkap mak kepada ibu aku.. nasihat tok agar aku memilih yang lebih tua dari aku, matang katanya.. tetapi dia jugak menyuruh aku membuat solat istiqarah.. sama seperti ibu ku.. selepas itu, aku terus bertanyakan pendapat ramai sahabat sahabat aku, xlupa jgk kepada ustazah ustazah di kolej aku tuh.. mereka juga sama.. ISTIQARAH.. aku tiada pilihan lain..


semenjak hari itu, aku menjadi keliru tentang perasaan ku ini.. jika aku menerima Mr.S, aku takut dia akan meninggalkan aku seperti yang dia pernah buat kepadaku sebelum ini.. x mustahil sejarah akan berulang kan? dan jika aku memilih Mr.Y, aku takut aku xdpt sygkan dia lebih dari seorang sahabat.. inilah yang membuatkan aku jadi lebih bingung..

sejak itulah Mr.Y sudah jarang untuk menghubungiku lagi.. mungkin dia juga memberikan aku peluang untuk berfikir.. aku amat terasa akan kehilangan nya.. mungkin betul kata orang, "kita xkan pernah sedari jika dia berada di depan mata, tapi setelah kehilangannya, baru lah kita sedar yang kita amat menyayanginya".. bukan ku pinta untuk jatuh cinta dgn dua orang lelaki.. mungkin ada sesetengah perempuan diluar sana yang mengutuk aku kan? "apala dia ni, jatuh cinta dengan dua orang lelaki sekaligus".. haha.. aku xkesah sgt pun.. ckp la selagi korang bleh ckp.. korang xdak ditempat aku, korang xtaw dan korang xberada ditempat aku.. ckp senang la..

pernah Mr.Y minta untuk mengundur diri kerana dia tahu yang aku akan memilih Mr.S kerana aku sayangkan Mr.S, dan pernah juga Mr.S mencadangkan bahawa dia tak mahu menghubungiku lagi kerana ingin menguji sejauh mana kasih sygku kepadanya.. sejak itu la aku SEMAKIN dalam dilema.. mungkin kah Mr.S akan kembali ke perangai lamanya? mahu meninggalkan aku seperti dulu.. argh! itu aku tidak peduli.. apa nak jadi? jadi la...

p/s : mahu saja aku memberitahu Mr.S yang aku memilih Mr.Y dan kepada Mr.Y akan ku beritahu yang aku memilih Mr.S.. adil kah begitu?

Ahad, 6 Februari 2011

aku rindukan mereka

geng 4sains3

aku rasa aku rindukan mereka ni.. ni pic masa aku form 4.. dalam kelas kitorang ni ada 4 puteri saja.. so? kami memang diMANJAI.. ahaks! last aku jumpa diorang ni masa aku form 5 la.. try angkat tangan kira jari tengok? skrg dah masuk tahun ke-5 dah kitorang xjumpa.. bak kata kayu patah~~

yang dulu pendek? skrg dah tinggi..
yang dulu kurus? skrg dah gemok..
yang dulu hitam? skrg dah putih..
yang dulu pemalu? skrg dah xmalu..
yang dulu xcomei? skrg dah comei..(merujuk kpd aku)
yang dulu suara halus? skrg dah garau..
yang dulu xhensem? skrg dah hensem..

dipendekkan crita, semuanya dah berubah.. adeh!! weh korang? aku rindu korang sangat sangat... bila nak jumpa neyh?

kanta lekap : try search aku yang mana?

Sabtu, 5 Februari 2011

adakah jodohku dengan Mohammad Amin akademi al-Quran?

sapa tengok Akademi Al-Quran 5? haha.. baik la sangat.. aku pun tengok tau.. tapi iklan jela, xpun time tu abeh xdak crita laen kat tv.. aku ngaku siap siap!! debush.. baru baru ni time aku TERtengok AQ5 ni, aku ternampak seseorang yang aku rasa cam kenal ja.. amat kenal (bajet nak tumpang populariti).. haha.. nama beliau Mohammad Amin..

gambaq yg dicilok dri google

tudiaaa gambaq beliau.. aku bukan kenai sgt pun beliau ni.. cuma cam penah tengok ja.. bila aku nampak ja beliau kat tv.. aku terus masuk bilik.. haha.. cari balik buku 'DIRGAHAYU' zaman tok nenek aku dulu.. dirgahayu adalah buku sekolah aku (SMK Dato' Syed Omar).. cari punya cari, akhirnya.... jumpa jgk beliau~~ 

click utk besarkan


ni la DIRGAHAYU

pada pemerhatian aku beliau ni masa kat sco0l dulu agak pemalu.. hehe.. jalan pun tunduk beb.. aku dok usha usha jela.. beliau ni muda dari aku.. kira aku senior dia la.. haha.. xjadi nak ng0rat sbb muda..
bukan takat sekolah menengah skali dengan beliau.. la ni pun aku tgh study tempat yang sama dengan beliau.. sebab aku penah jgk TERserempak dengan beliau masa nak pi tasmik.. cam ada jodoh ja? eheks.. **ai em belusshing** toinkk.... dia skrg study kat Kolej Universiti Insaniah ambik Diploma Al-Quran.. ala kami pggil budak TAHFIZ ja kalo kat sana..

lepas ni aku xtau la kitorang nak sama kat mana lagi.. maybe aku akan ikut beliau ke Mesir? haha.. yang ni jgn caya.. komfom TAKKAN sama skali.. takat study dalam negeri pun aku nanges nak balik umah~~ malu woih malu.. mmg dah tertulis kot jodoh aku dengan beliau ni.. mmg x la..

perasan ja lebih aku ni.. aku tak mintak eh pasangan yang soleh sampai tahap first class.. sbb aku ni bukannya baik sgt pun.. ala kadar ja.. kan dah tertulis yang "wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang tidak baik hanya untuk perempuan yang tidak baik".. aku sederhana? so aku nak yang sederhana jela.. tp? kalo dapat yg baik.. aku terima dengan hati terbuka.. (sapa xmau laki baik woih)

p/s : malam ni ada AQ5.. korang tgkla.. aku xmau..

Jumaat, 4 Februari 2011

kalajengking neraka

sekadar renungan dan pedoman bersama.. kawan aku SMS aku tentang perkara ni.. meremang aku membacanya!!

yang pastinya itu bukan tangan aku

Kalajengking neraka.. di hari khiamat akan keluar seekor binatang dari Neraka Jahanam yang bernama Huraisy berasal dari anak Kalajengking.. besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.. panjang nya pula seperti jarak langit dan bumi..

malaikat Jibrail bertanya : Hai Huraisy! kemana hendak kau pergi dan siapa yang kau cari?

Huraisy menjawab : aku mahu mencari LIMA orang..

pertama - orang yang meninggalkan solat
kedua - orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
ketiga - orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya
keempat - orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid
kelima - orang yang suka minum arak

p/s : korang yang nombor brapa?

Khamis, 3 Februari 2011

slamat pengantin baru VS slamat hari raya cina?

xdak apa yang nak aku lafazkan kecuali selamat hari raya cina.. aku penat dah makan limau.. tp? aku suka.. thanks buat uncle uncle yang bagi ayah aku limau banyak banyak ni.. sudilah kiranya uncle bagi angpau sama dekat saya.. boleh?


aku penat sangat hari ni.. xsempat sgt nak online.. leh online pun kejap kejap ja sebab hari ni sehari suntuk aku pi umah kenduri.. bukan tolong basuh pinggan~~ tp? jadi pengapit baju.. hakhak.. kawan aku yang sorang ni dah kawen.. sempena hari raya cina ni.. pandai depa pilih tarikh, sbb tiap2 tahun komfom asben dia x lupa punya anebesseri depa.. kan dah da dalam kalendar.. xgitu? lelaki ni kan suka lupa tarikh2 penting ni..

kawan poli aku
p/s : aku bila lagi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...