rombongan cik alya

Sabtu, 16 Julai 2011

Hari Ni Hari Jadi Ayah Saya!

Selamat Hari Lahir buat Ayah tercinta, Noor Habib bin Md Saman. Kakak wakil dari semua Isteri (eh, silap! Ayah cuma ada satu isteri ja) dan anak-anak (Alia, Aliff, Aina, Aini & Aidid) ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ayah. Semoga Ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Hari ni 16 Julai 2011 genaplah umur Ayah 49 tahun. Kami berharap semoga Ayah dapat menjadi suami serta Ayah yang SOLEH kepada Seorang isteri & 5 orang anak yang comel-comel macam kakak! Hehe. Kami jugak berharap Ayah dapat mengurangkan aktiviti merokok di usia ini, kerana rokok membahayakan kesihatan.

Ayah dgn rokoknya WITH me.
Terima kasih yang tak terhingga jugak kepada Ayah kerana sehingga usia kakak sebegini pun Ayah masih sanggup menyara kakak. Hehe. Ayah ngan Ibu kena tunggu la. Nanti bila kakak dah keja. Ayah ngan Ibu cuma dok goyang kaki ja kat rumah. Kakak tanggung bulan-bulan. InsyaALLAH. Tapi? Rokok Ayah kena beli guna duet Ayah sendiri la. Sebab rokok Ayah harganya mahal. Hehe.

p/s : Hari Lahir Ayah kebetulan sama dgn Nifsu Syaaban. Best!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...