rombongan cik alya

Selasa, 19 Julai 2011

Selamat hari lahir bro!

Tanggal 19 julai 1992 seorang putera baru saja dilahirkan. Putera tersebut diberi nama NOor Aliff bin Noor Habib. Time tu orang yang paling seronok skali aku la. Umur aku time tu baru sahaja nak mencecah 3 tahun. Seronok bukan kepalang bila nak dapat adik. Seingat aku, masa tu aku suka tgk cerita-cerita P.Ramlee kot, sbb aku ada ckp kat ibu ‘Yeyey.. Alya dapat adik P.Ramlee’(maksudnya lebih kurang nak adik lelaki la).. Huhu..

Sayang gila aku kat adik aku masa tu. Kami dah macam kembar berlainan jantina la plak. Baju dan seluar pun kadang-kadang ibu ngan ayah beli yang sama coraknya, Cuma kaler yang berlainan. Gigi kitorang pun sama! Ahaks.. stai buruk kat depan. Sebaris plak tu. Tp atas ja, bawah xpun! Hehe. Aku sayang gila kat hero aku tu sampai dia dah besaq gedabak dah la ni.
Kepada abang(Noor Aliff), sempena Hari Lahir abang yang ke-19 ni kakak nak wish semoga abang panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga segala impian abang tercapai, jangan lupa untuk fikirkan tentang ibu dan ayah. Abang tu anak lelaki yang sulung, hargailah mereka sementara mereka masih ada kat depan mata kita. Jangan terlalu fikirkan tentang keseronokkan dunia untuk abang sorang ja. InsyaALLAH kakak akan selalu doakan abang.

p/s : Jangan lupa belanja family nanti if dah dapat gaji.Hehe.


1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...