rombongan cik alya

Isnin, 7 Februari 2011

tak tahu yang mana? (part 3)

sambungan dari part 1 & part 2
keesokkan harinya seperti yang dijanjikan oleh Mr. S, ketika aku baru sahaja habis kelas, dia menelefon aku.. mengatakan yang dia sudah sampai..aku pun pergi kepadanya di Shahab Perdana.. hanya berdepan dengan 'kondo'ku sahaja..

sepanjang perjalanan kami hanya berbincang tentang masa depan kami bagi aku? yang belum pasti.. aku pun heran kenapa aku cakap yang masa depan kami belum pasti.. sedangkan aku sayangkan MR.S.. itu sudah cukup! tetapi aku malas nak mengharapkan apa apa.. sebelum pulang kerumah, MR.S membawa aku untuk skodeng rumahnya.. kerana sudah banyak kali aku cuba mencari rumahnya, tetapi tetap juga aku tidak menjumpai..

kemudian, kami terus pulang ke rumah.. setibanya kami di rumahku, seperti tiada sesiapa dirumah pada ketika itu.. disebabkan itu, dia terus meminta diri untuk pulang kerumahnya.. setelah dia sudah keluar dari kawasan rumahku, aku mula melangkah masuk kerumah, rupa rupanya ibuku ada dirumah.. tetapi apa boleh dibuat lagi? Mr.S sudah berangkat pulang..

belum sempat aku menyimpan beg ke dalam bilik ku, tiba tiba ibuku bertanya.. 'apa crita?'.. aku dari awal sudah menjangka yang ibuku mahu mendengar cerita sebenar tentang hubungan aku dengan kedua dua Mr. ku ini.. aku lantas menceritakan dari A sampai Z kepada ibuku.. satu huruf pun tidak tertinggal.. aku segera memberi pendapat agar ibuku sajalah yang memilih? sesiapa sahaja aku terima.. nasihat ibuku agar aku membuat solat istiqarah agar dapat petunjuk.. bukan senang nak buat pilihan dalam hidup ni..

aku juga tidak lupa untuk bertanyakan pendapat dari tok aku.. merangkap mak kepada ibu aku.. nasihat tok agar aku memilih yang lebih tua dari aku, matang katanya.. tetapi dia jugak menyuruh aku membuat solat istiqarah.. sama seperti ibu ku.. selepas itu, aku terus bertanyakan pendapat ramai sahabat sahabat aku, xlupa jgk kepada ustazah ustazah di kolej aku tuh.. mereka juga sama.. ISTIQARAH.. aku tiada pilihan lain..


semenjak hari itu, aku menjadi keliru tentang perasaan ku ini.. jika aku menerima Mr.S, aku takut dia akan meninggalkan aku seperti yang dia pernah buat kepadaku sebelum ini.. x mustahil sejarah akan berulang kan? dan jika aku memilih Mr.Y, aku takut aku xdpt sygkan dia lebih dari seorang sahabat.. inilah yang membuatkan aku jadi lebih bingung..

sejak itulah Mr.Y sudah jarang untuk menghubungiku lagi.. mungkin dia juga memberikan aku peluang untuk berfikir.. aku amat terasa akan kehilangan nya.. mungkin betul kata orang, "kita xkan pernah sedari jika dia berada di depan mata, tapi setelah kehilangannya, baru lah kita sedar yang kita amat menyayanginya".. bukan ku pinta untuk jatuh cinta dgn dua orang lelaki.. mungkin ada sesetengah perempuan diluar sana yang mengutuk aku kan? "apala dia ni, jatuh cinta dengan dua orang lelaki sekaligus".. haha.. aku xkesah sgt pun.. ckp la selagi korang bleh ckp.. korang xdak ditempat aku, korang xtaw dan korang xberada ditempat aku.. ckp senang la..

pernah Mr.Y minta untuk mengundur diri kerana dia tahu yang aku akan memilih Mr.S kerana aku sayangkan Mr.S, dan pernah juga Mr.S mencadangkan bahawa dia tak mahu menghubungiku lagi kerana ingin menguji sejauh mana kasih sygku kepadanya.. sejak itu la aku SEMAKIN dalam dilema.. mungkin kah Mr.S akan kembali ke perangai lamanya? mahu meninggalkan aku seperti dulu.. argh! itu aku tidak peduli.. apa nak jadi? jadi la...

p/s : mahu saja aku memberitahu Mr.S yang aku memilih Mr.Y dan kepada Mr.Y akan ku beritahu yang aku memilih Mr.S.. adil kah begitu?

6 ulasan:

  1. salam...kak alia...sabar k...:-)

    BalasPadam
  2. adakah ini gadis yg p mini gathering?

    BalasPadam
  3. fatini : baikkk.. hehe

    shahjiehan : mmg... mmg saya minat mini cooper, tp mini gathering xpnah pi lg pun.. :-P

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. x pa akak....
    ain doa kn yg t'baek utk akak......
    wt solat isikharah n solat haja byk....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...