rombongan cik alya

Sabtu, 12 Februari 2011

TERkilan dengan sikapnya yang lupa daratan

hari ini sehari suntuk Balqis di dengan ibu dan adik adiknya, dari pagi sampai ke petang.. penat? xpayah nak diceritakan la.. sebab bila dengan keluarga, penat itu seolah olah hilang.. bukan senang nak ada masa bersama dengan family..

pada malam hari setelah selesai solat maghrib, Balqis seperti biasa keluar dari bilik untuk menonton tv sambil melipat kain baju.. sudah dua hari kain tidak dilipat, 3 raga berjaya dikumpulkan.. sakit belakang bukan kepalang lagi.. Balqis baru bercadang selepas habis melipat kain, dia hendak menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarahnya.. tetapi, apabila terdengar ayahnya menyuarakan bahawa mahu menggunakan camera pada esok hari, dia kasihan kepada adiknya itu..

kerana camera yang ayahnya mahu guna pada esok hari telah rosak selepas digunakan oleh adik Balqis iaitu Zuni .. tidak tahu dimana silap Zuni.. gambar tidak boleh dicapture.. "card loked".. Balqis tekad, selepas habis melipat kain, dia ingin membantu Zuni memperbaiki camera tersebut, kerana takut Zuni akan dimarahi ayah.. selapas selesai melipat kain, Balqis mengambil laptopnya lantas memasukkan Card Reader camera tersebut.. dia cuba untuk selesaikan masalah Zuni sambil diperhatikan oleh Zuni.. namun tidak berjaya~~

Balqis tidak mahu berputus asa, kerana dia berpegang pada misi yang satu.. 'setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian'.. ibu mencadangkan kepada Balqis untuk hantar sahaja camera tersebut ke kedai.. tetapi Balqis terus mencuba.. juga tidak berjaya~~ Balqis cuba search masalah tersebut di google.. hampir setengah jam melakukan taktik itu.. juga juga tidak berjaya~~ lutut Zuni terus ketaQ takut dimarahi ayah mereka yang garang bak harimau itu..


sudah beberapa kali Balqis menguap, mata Balqis sudah mengantuk.. tetapi kerana Zuni, Balqis gagahi juga.. dengan berkat usaha Balqis yang xpernah kenal erti putus asa.. akhirnya, masalah berjaya diselesaikan.. Balqis melompat keriangan bagaikan kanak kanak yang baru mendapat ais krim.. Balqis ke tandas dahulu sebelum menceritakan kepada Zuni dan ibu mereka tentang masalah tersebut...

pulang dari tandas, kelihatan Zuni sedang memegang camera tersebut sambil berkata

'ooo, Zuni tau dah kakak buat camna..' Balqis lantas membalas

'jangan dok wat pandai, stg rosak plak..'

selepas habis ayat yang 'disembur' oleh Balqis.. Zuni lantas masuk ke bilik dengan perangai bebalnya itu... Balqis agak terkilan dengan perangai adiknya itu.. bagi Balqis, adiknya itu hanya menggunakan dirinya untuk kepentingan adiknya sendiri.. tetapi anggapannya itu segera ditepis.. bak kata pujangga "habis madu sepah dibuang".. selepas menerangkan kepada ibu mereka tentang masalah camera tersebut.. Balqis terus masuk ke biliknya untuk menyiapkan assignmentnya.. bagi Balqis, x apalah, janji adiknya tidak dimarahi oleh ayah mereka.. cuma yang Balqis terkilan, kenapa adiknya itu langsung tidak mengucapkan terima kasih kepadanya.. bukan mahu disanjung, cukuplah sekadar TERIMA KASIH..

p/s : JANGAN KAU B'SAHABAT DENGAN SAHABAT YANG MANA DIA BEGITU B'HARAP KPD KAU KETIKA MAHU MENYELESAIKAN MASALAHNYA SAHAJA, SEDANGKAN BILA MASALAH/HAJATNYA TELAH SELESAI MAKA DIA M'MUTUSKAN KEMANISAN P'SAHABATAN.. B'SAHABATLAH DGN MeREKA YANG M'PUNYAI KETINGGIAN DLM M'LAKUKAN KEBAIKAN, MEMENUHI JANJI DLM PERKARA YG BENAR, M'BERI P'TOLONGAN KPD KAU SERTA MEMADAI DGN AMANAHNYA/SIKAP B'TANGGUNGJAWAB T'HADAP KAU"- ImamUmar Abd Aziz..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...