rombongan cik alya

Ahad, 13 Februari 2011

cinta sampai mati

Azmir dan Azrin 'berkawan' dari sekolah menengah lagi.. mereka belajar bersama dan hampir semua perkara mereka lakukan bersama.. Azmir sangat cintakan Azrin begitu jugak sebaliknya.. akibat satu hal yang tidak disengajakan, Azmir dan Azrin bergaduh.. tetapi mereka tidak dapat melarikan diri dari berjumpa sesama sendiri kerana mereka turut menyambung pelajaran di dalam kolej yang sama.. setelah sekian lama memendam kecewa, Azmir cuba mencari pengganti untuk mengisi hatinya.. walaupun pada hakikatnya Azmir masih mencintai Azrin.. Azmir 'berkawan' dengan Izwani untuk menggantikan tempat Azrin.. cinta mereka akhirnya kekal hingga ke jinjang pelamin.. Mereka berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berumur 2 tahun..

Di pihak Azrin pula, sehingga sekarang Azrin masih tidak ada pengganti Azmir.. dia sangat cintakan Azmir hingga saat ini.. dalam masa yang sama, Rosli iaitu sahabat baik Azmir menyukai Azrin.. Rosli bercadang untuk menyunting Azrin lantas ditolak secara baik oleh Azrin.. kerana dalam hati Azrin, cuma ada Azmir walaupun dia sendiri tahu yang Azmir sudah berkahwin.. Semakin hari, Azmir kian berubah.. dia lebih suka termenung sendirian di ruang tamu rumahnya.. Izwani isteri Azmir cuba bertanya apa masalah Azmir.. tetapi Azmir cuba berselindung.. Jauh disudut hati Azmir, dia sebenarnya teringatkan Azrin.. kekasih lamanya.. dia cuba mengenang kembali kisah cinta mereka sewaktu di sekolah, sungguh bahagia ketika itu.. kebetulan pula, sahabatnya Rosli selalu menceritakan tentang Azrin kepadanya.. Azmir menjadi semakin takut jika Azrin menjadi milik sahabatnya itu.. tetapi dia cuba juga untuk menyembunyikan kisah mereka daripada pengetahuan Rosli kerana Rosli tidak pernah tahu yang Azmir pernah bercinta dengan Azrin..


Selepas kematian ibu dan ayah Azrin.. Azrin menjadi semakin murung.. dengan masalahnya yang sukar untuk melupakan Azmir.. cintanya pada Azmir semakin bertambah bukannya semakin berkurang.. akibat dari kemurungan tersebut Azrin menjadi semakin kurus..cuma pada Rosli tempat dia meluah perasaan.. Rosli tidak menyangka yang Azmir dan Azrin saling mencintai.. Azrin memberitahu Rosli yang salah faham antara dia dan Azmir semasa di sekolah yang menyebabkan dia dan Azmir putus adalah rancangan dirinya sendiri.. Sebabnya adalah dia sendiri pun terperangkap dengan janji antara ayah dan ibunya..Azrin tidak punyai pilihan.. Rosli nekad untuk menolong mereka.. Izwani dapat juga berjaya mengesan perubahan suaminya itu, dia juga dapat tahu yang suaminya masih mencintai Azrin.. Lantas ingin memberi peluang untuk Azmir dan Azrin bersama semula walaupun hatinya terluka..

Setelah berjaya mendapatkan nombor telefon.. Azmir menghubungi Azrin mengatakan yang dia bercadang mahu ke rumah Azrin.. hati Azrin kembali berbunga.. bukan Azrin sahaja.. tetapi Azmir juga berbunga bunga hatinya.. segala kenangan manis yang lalu segera menghiasi fikiran mereka.. tidak lama kemudian, kedengaran ada bunyi kereta yang singgah di rumah Azrin.. Azrin menyangkakan yang Azmir sudah sampai, dia segera keluar dari biliknya.. Tiba tiba Azrin tergelincir lalu terjatuh tangga di sebelah biliknya itu.. Darah menyimbah memenuhi lantai rumahnya.. Azrin dihantar ke hospital oleh cikgu Ayob..


tidak lama kemudian, Azmir juga dihubungi untuk diberitahu tentang keadaan Azrin.. Azmir hampir terkejut kerana menyangka bahawa Azrin yang menelefonnya.. setelah mengetahui, Azmir segera menuju ke hospital dengan keadaan tergesa gesa.. setelah tiba di kawasan hospital, ketika Azmir mahu menyeberangi jalanraya, kebetulan ada kereta yang ketika itu dipandu dalam keadaan laju kerana isterinya mahu bersalin, kereta itu terlanggar Azmir yang ketika itu mahu menyeberangi jalanraya.. Serentak dengan pelanggaran tersebut, nafas Azrin tersekat bagaikan ditarik nyawanya oleh malaikat Izrail.. seolah olah ada chemistry antara mereka berdua.. MEREKA MENINGGAL DUNIA PADA HARI DAN WAKTU YANG SAMA.. Innalillah...

p/s : cinta x bererti memiliki..

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...