rombongan cik alya

Selasa, 25 Januari 2011

tak tahu yang mana? (part 2)

seperti yang aku janjikan ari tu.. meh aku nak continue dari entri yang sebelum ni.. bagi sesapa yang xbaca lg entry sebelum ni leh la click (^-^)..

untuk melupakan Mr. S, aku lantas memadam nombor telefonnya dari handset ku.. tetapi? buat apa nak padam kalau nombor sudah dihafal kan.. alahai.. beratnya hati.. setiap kali aku menerima SMS daripada Mr. S, aku pasti beritahu kepada Mr. Y.. aku tak pasti kenapa aku jadi begitu.. Mr. Y tidak kisah samada aku mahu membalas SMS itu ataupun tidak.. katanya 'terserah pada alya'.. aku sengaja tidak mahu membalas semua SMS tersebut kerana aku yakin, kalau aku membalas SMS beliau, hati aku mesti dekat dengan hatinya.. sbb aku terlalu rindukan Mr. S.. oleh kerana itulah aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.. adakah itu di labelkan sebagai ego?

semakin lama, aku semakin serasi dengan Mr. Y, dia begitu sabar dengan semua kerenah ku.. segala perangai baik dan buruk ku dia terima.. selama itulah aku cuba untuk menyayangi Mr. Y, apa apa yang aku mahu lakukan.. akan ku beritahu dia.. contohnya mahu ke kelas, mahu makan dan lain lain lagi.. aku semakin sudah terasa akan kehadirannya untuk diriku.. dia lebih menyayangi aku dan tak pernah berhenti cintakan aku.. cuma aku saja yang belum bersedia untuk membalas cintanya.. dia juga sanggup menunggu aku sehingga aku menghabiskan pengajian ku..

bukan mudah untuk aku mahu menyayangi Mr. Y.. mungkin sayang aku padanya adalah x lebih dari seorang sahabat.. itu saja.. sejak dari itu, aku terus berdoa semoga Allah bukakan pintu hati ku untuk Mr. Y jika dia adalah jodohku, dan meminta untuk Allah jauhkan hatiku dengan Mr. S sekiranya dia bukan jodohku.. mungkin dari doa2 ku itu.. semakin hari.. hatiku kian berbunga bunga.. Mr. Y ada datang berjumpa dengan ibuku.. terharu aku untuk seketika waktu.. respon dari ibuku juga amat memuaskan berbanding semasa aku berkawan dengan Mr. F dahulu.. sejak itu, aku berharap agar Mr. Y lah jodoh aku.. walaupun aku belum pasti samada aku menyayangi dia ataupun tidak.. xmengapalah.. cinta boleh dipupuk dikemudian hari walaupun sukar..

aku sering keliru samada aku betul betul menyayangi Mr. Y ataupun sekadar belas kasihan kepada dia.. hanya dia seorang sahaja yang sentiasa disisi ku walaubagaimanapun keadaan aku ketika itu.. itu yang membuatkan aku lebih mengagumi Mr. Y..

pada malam yang bertarikh 12 januari 2011.. Mr. S telah menghubungi aku, aku lantas mengangkat.. dia meminta untuk berjumpa dengan ku pada keesokkan harinya.. katanya ingin belanja aku makan.. atas saranan kawan kawan aku terus bersetuju untuk berjumpa face to face dengannya.. bayangkanlah perasaan aku ketika itu.. bercampur baur.. gembira + sedih + terharu + agak risau.. risau kenapa? hmm.. aku mula terfikirkan tentang Mr. Y.. selepas itu.. aku lantas mengSMS Mr. Y untuk memberitahu hal itu.. Mr. Y tetap tenang mendengar.. tetapi aku tahu, jauh disudut hati Mr. Y, dia tetap risau akan pertemuan aku dengan Mr. S pada esok hari..

hari yang ditunggu sudah tiba..13 januari 2011 adalah tarikh keramat antara aku dan Mr. S, setelah 13 tahun xberjumpa.. banyak yang mungkin berubah.. sebelum aku pergi untuk berjumpa Mr. S, aku tak lupa untuk memberitahu ibuku mungkin untuk mendapatkan kebenaran.. ibuku juga kehairanan kenapa tiba tiba saja Mr. S mahu berjumpa denganku.. kemudian aku memberitahu Mr. Y, meminta kekuatan darinya.. semoga perjumpaan antara aku dgn Mr. S x akan mengubah apa apa..

seperti yang dirancang, kami bertemu di RFC Alor Star, aku membawa dua orang sahabat untuk menemaniku dan Mr. S hanya datang seorang diri dgn memakai baju t-shirt kuning.. pertemuan yang menjangkau hampir dua jam setengah itu memang banyak perkara yang dibincangkan.. sebelum pulang Mr. S menawarkan diri untuk menghantarku pulang pada keesokkan harinya selepas aku habis kokurikulum.. aku tidak mahu membuat keputusan dengan sendiri, lantas aku menelefon ibuku dan memberi peluang untuk Mr. S berbual dgn ibuku melalui telefon.. tidak tahu apa yang dibualkan oleh ibuku.. aku hanya mendengar sebelah pihak sahaja iaitu dipihak Mr. S.. selepas itu telefon bertukar tangan, giliran aku pula untuk bercakap dengan ibuku.. ibuku memesan agar aku menjaga diri dengan sebaik baiknya, jangan nodai kepercayaan yang ibu beri.. aku lantas mengangguk walaupun pada hakikatnya ibuku tidak boleh melihat diriku kerana kami hanya bercakap melalui telefon..pertemuan aku dan Mr. S hanya berakhir disitu untuk hari itu..


selepas hari itu.. aku belum keliru untuk membuat keputusan.. aku hanya menganggap Mr. S sekadar ingin berjumpa dengan ku.. tetapi?

p/s : nantikan sambungan dalam part 3.. 

5 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...