rombongan cik alya

Sabtu, 1 Januari 2011

'dani' dalam adamaya meninggal dunia?

menjelang satu januari dua ribu sebelas.. ketika kita semua sedang berseronok dan bergembira, ada juga sebilangan manusia yang sedang bersedih kerana kehilangan orang yang tercinta.. dani dalam slot ADAMAYA? nama sebenar adalah Faizal Yusoff, 32 tahun.. bekas suami Siti Nordiana telah meninggal dunia pada hari ini akibat serangan jantung.. pada mulanya aku tak percaya bila terlihat status fesbuk sahabat aku ni..

status fesbuk sahabat aku
tetapi setelah aku search google? aku temui berita tentang pemergian Allahyarham.. adush.. sedih + terkejut jugak aku kerana Allahyarham adalah salah seorang pelakon berbakat yang aku minat, selain dari Ashraf Muslim.. lagipun Allahyarham nampak sihat dari luaran.. xsangka Allahyarham begitu awal pergi meninggalkan kita.. nama Allahyarham makin melonjak ketika melakonkan watak 'Dani' dalam Akasia iaitu slot ADAMAYA.. pada ketika itu memang ramai yang membenci 'Dani'.. x caya tengok ni?


tetapi itu x bermaksud mereka membenci Faizal Yusoff.. tahniah kerana lakonan yang begitu mantap sehingga meninggalkan kesan yang amat ketara di hati penonton.. Allahyarham juga ada terlibat dalam slot Tiramisu yang kini sedang ditayangkan pada setiap Isnin-Khamis pada pukul 6.30petang, mungkin juga masih belum habis dilakonkan oleh Allahyarham..

kenangan bersama bekas isteri dan anak

semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang soleh.. Al-Fatihah..
dan takziah juga kepada keluarga dan bekas keluarga Allahyarham..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...