rombongan cik alya

Sabtu, 29 Januari 2011

saya mata awak & awak kaki saya

cerita ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga.. pada awal perkahwinan tersebut, kehidupan mereka sangat bahagia.. macam mana yang dikatakan bahagia itu? tak usahlah saya menceritakan kerana anda sendiri sudah tahu.. tetapi apabila perkahwinan mencapai usia lebih kurang 3 tahun, si suami mula menunjukkan taringnya.. si suami sudah mula memukul si isteri, mula menengking dan suka meninggikan suara.. paling teruk sekali, si suami suka keluar malam dan mempunyai perempuan simpanan.. akan tetapi si isteri tetap bersabar, kerana dia tahu bahawa ALLAH sedang menguji hambaNya.. si isteri terus berdoa semoga ALLAH membuka pintu hati suaminya supaya berubah dan bertaubat untuk kembali ke jalan ALLAH.. hanya kerana dia sangat sayangkan suaminya..

ALLAH tetap menguji kesabaran si isteri.. di depan matanya sendiri, si isteri ternampak suaminya keluar berpeluk pelukan bersama perempuan lain.. si isteri menangis dan hanya pada ALLAH tempat untuk dirinya mengadu.. hampir setiap malam si isteri melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran untuk memohon kepada ALLAH.. semakin hari, jarak antara hubungan si suami dan si isteri semakin jauh.. malahan si suami sudah tidak tinggal serumah dengan isterinya.. si suami sudah meninggalkan isterinya gantung tak bertali hampir 2 tahun.. tetapi si isteri masih mengharapkan jika langit yang mendung itu kembali bersinar dengan kembalinya matahari!! berdoa dan terus berdoa..

suatu hari dengan kuasa ALLAH, terjadilah satu peristiwa yang tak disangka.. si suami dilanggar dengan bas ketika hendak menyeberangi jalanraya untuk berjumpa dengan kekasih barunya itu.. selepas kejadian tersebut, si suami telah ditinggalkan kekasihnya itu kerana dia sudah tempang! cacat seumur hidup kerana kakinya sudah tidak dapat digunakan lagi..  sejak peristiwa ditinggalkan kekasih hati, si suami itu hidup sebatang kara.. hidupnya bukan seperti dulu, kerana kakinya sudah tidak boleh digunakan lagi.. si suami cuba untuk mencari isteri yang dahulu pernah ditinggalkan, tetapi dia tidak mampu dan malu kerana keadaannya seperti begitu..

suatu hari ketika si suami sedang membeli makanan di gerai yang berdekatan dengan rumahnya, dia diganggu oleh sekumpulan samseng di seberang jalan.. samseng tersebut membuli si suami dengan menumbuk serta menendang muka dan perutnya, mereka juga sempat mencuri dompet si suami.. kebetulan si isteri ternampak akan kejadian tersebut, dengan ilmu silat yang dia pelajari sewaktu di kolej dahulu.. si isteri lantas menolong seorang insan yang dibuli oleh samseng tersebut, si isteri tidak mengetahui lagi yang insan tersebut adalah suaminya.. apabila samseng samseng itu sudah melarikan diri, barulah si isteri ternampak yang insan kurang upaya itu adalah SUAMInya.. pada ketika itu jantung si isteri berdegup dengan laju.. hanya ALLAH yang tahu perasan si isteri ketika itu betapa seronoknya dapat berjumpa semula dengan suami kesayangannya..

selepas kejadian suaminya diganggu oleh samseng jalanan tempoh hari.. si isteri selalu ke rumah si suami untuk membantu suaminya menguruskan rumah suaminya yang kurang TERurus.. suatu hari, sedang si isteri membersihkan rumah suaminya, si suami memanggilkan isterinya.. berbincang tentang hubungan mereka, mungkin ada harapan dan masih boleh diperbaiki, memohon maaf kepada si isteri atas segala perbuatannya yang sebelum ini.. dan meminta untuk si isteri tinggal bersamanya semula.. oleh kerana terlalu sayangkan suaminya.. si isteri sanggup bersama suaminya semula dan sedia memaafkan segala kesilapan suaminya.. semakin hari, kehidupan mereka bahagia seperti sediakala..

suatu hari, sedang si isteri berjalan untuk menuruni tangga rumahnya.. tiba tiba kakinya tergeleceh lalu terjatuh dari tangga yang tinggi tersebut.. akibat daripada kemalangan itu, si isteri mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepalanya, paling menyedihkan lagi si isteri tidak dapat melihat lagi kerana gegaran otak yang dialami telah mempengaruhi penglihatannya.. sekian lama, setelah puas si isteri berfikir, si isteri berbincang dengan suaminya..

"awak.. saya sekarang dah cacat, saya x mahu menyusahkan awak.. boleh tak awak lepaskan saya?"

si suami terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh isterinya itu.. dari dahulu lagi si suami sudah tekad dalam dirinya walauapapun yang terjadi, dia akan tetap bersama isterinya hingga akhir hayat mereka.. lantas si suami menjawab..

"awak, saya dah tekad yang saya xkan berpisah dengan awak walauapapun yang terjadi.. cuma ALLAH dapat pisahkan kita.. sayang, mulai sekarang saya adalah mata awak dan awak adalah kaki saya.. kita memang diciptakan untuk bersama.."


 p/s : payah nak cari pasangan yang setia masa kita susah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...