rombongan cik alya

Sabtu, 15 Januari 2011

tak tahu yang mana? (part 1)

Ada apa dengan tajuk di atas? pejam celik pejam celik? taun 2011 ni umur aku dah 22 tahun.. waktu umur camni la aku di uji dengan cara mcm ni plak? cara apa? aku pasti korang pernah rasa apa yang aku rasa skrg ni.. aku akui aku memang ramai 'boyfriend'.. yang 'special boyfriend' pun ada.. kitorang kwn dah lama, aku syg sgt2 kat dia yang lebih dikenali sbg ( Mr. F).. sehinggakan jika ada sesiapa yang 'bertanya', aku mengaku saja yang dah bertunang.. aku mula mengenali Mr. F semasa di tingkatan3 sehingga la umor aku 20tahun iaitu pada tahun 2009 kitorang dah clash.. dah xdak jodoh? selama itu, aku menderita..  sengaja sibukkan diri aku supaya dapat lupakan Mr. F.. selepas peristiwa itu, pernah juga aku cuba untuk bukakan pintu hati ku untuk insan lain.. tetapi aku tetap ingatkan si dia..

dalam masa yang sama.. ada seorang insan yang sudi mengubati hati ini.. dia (Mr. Y) datang menghulurkan tangan nya walaupun tanpa aku sambut.. aku tak mahu terus membohongi dirinya.. walaupun Mr. Y mengaku sudah lama menyukai diri ku.. sejak dari sekolah menengah lagi.. waktu itu kami di tingkatan tiga.. semasa kami sama sama menyertai altit sekolah.. cuma Mr. Y agak pemalu untuk berterus terang.. kekuatannya adalah dengan hanya mengintai ku dari jauh.. katanya akibat dari sikap malunya itu, dia telah terima padahnya, sebab itu aku boleh terlepas ke tangan orang lain..


sedar tak sedar.. sudah lama aku berhubung dengannya.. ku katakan bahawa aku sudah cuba untuk membuka pintu hatiku untuk dia..tetapi tetap tidak boleh untuk mencintainya.. walaupun begitu Mr. Y tidak pernah jemu untuk menyatakan cintanya padaku walaupun sudah beberapa kali DITOLAK!!.. memaksa? juga bukan sikapnya.. jauh disudut hatiku.. aku kagum dengan kecekalan dirinya.. sering menasihati ku tanpa jemu.. dia juga banyak beri kekuatan pada diriku untuk mengharungi liku liku hidup ini..

tiba tiba Mr. F kembali untuk menagih cinta dari ku.. aku ceritakan kpd Mr. Y.. bukan tujuanku untuk beri dia 'kesakitan'.. tetapi entah kenapa? aku lebih selesa untuk bercerita kepadanya.. kadang kadang aku berasa bersalah kerana terus menceritakan tentang masalah cintaku ini kepadanya.. sedangkan dia hanya terus menunggu untuk aku bukakan pintu hatiku untuknya tanpa memaksa.. semasa kembalinya Mr. F? aku meminta pendapat Mr. Y.. jangkaanku Mr. Y mesti menyokong aku untuk terus melupakan Mr. F .. tetapi jangkaan ku meleset sama sekali.. dia tetap tenang menasihati ku agar aku menerima Mr. F kerana dia tahu yang aku masih menyayangi Mr. F.. aku terus menerima dengan hati yang terbuka sbb aku masih menyayanginya.. tapi masih berjaga jaga supaya tak disakiti lagi.. tetapi Mr. F tetap dengan habit lamanya.. kurang menghargai aku.. dan sekali lagi, Mr. Y tetap hadir disisi aku untuk menyuntik kekuatan padaku.. sejak itu ku tekad dalam hati ini untuk menganggap Mr. F xlebih dari seorang kawan..


tahun lepas.. dalam bulan mei.. aku ada bertemu dengan 'cinta monyetku' ataupun (Mr. S).. sudah lama tidak bertanyakan khabar berita sejak aku bertukar sekolah ketika umur 9 tahun.. ketika itu 'cinta monyetku' itu umurnya 11 tahun.. kami bertemu melalui MUKA BUKU.. pada mulanya aku tidak mengenalinya kerana pada waktu itu umurnya sudah menjangkau 23tahun dan aku 21tahun.. bayangkanlah betapa lamanya kami tidak berhubung.. hal ini.. tetap aku ceritakan kepada Mr. Y.. Mr. Y tetap setia mendengar.. aku dan Mr. S terus berhubung melalui Faceb00k.. pada mulanya aku tidak ingin memberikan nombor telefon bimbitku kpd Mr. S sbb pada pendapat aku dia cuma kisah silam ku.. tetapi ku SMS dia juga.. setelah hampir beberapa bulan berhubung melalui telefon bimbit.. ku akui ku menyayanginya.. semakin lama berhubung, aku mula membuat perangai.. macam macam yang aku lakukan kpd Mr. S.. akhirnya 'hubungan SMS' kami cuma bertahan selama 6 bulan..

sejak dari peristiwa itu.. aku tidak lagi menghubungi Mr. S.. aku tidak lagi membalas SMS nya.. walaupun jauh disudut hati, aku suka apabila namanya tertera di skrin telefon bimbitku, tangan ku menggigil ketika membuka setiap SMSnya, tetapi aku tetap gagahkan diri ini untuk tidak membalas semua SMS Mr. S.. tapi ku akui aku sedang menyayangi Mr. S.. perkara ini juga diketahui oleh Mr. Y.. aku tidak pernah berahsia tentang perasaan ku ini..walaupun setelah sekian lama aku tidak boleh menerima insan lain kerana asyik teringat kan Mr. F.. akhirnya ku bukakan juga pintu hati ini untuk Mr. S.. aku pun tidak tahu kenapa aku boleh menyayangi Mr. S? bagi aku, mungkin perasaan ini tak lama.. aku cuma dibayangi dengan kisah silamku dengan nya.. tetapi? lain jadinya..

apa kesudahan antara hubungan aku dan Mr. S? bagaimana pula dengan Mr. Y?

p/s : akan dicontinue nanti.. tunggu entry sy yang seterusnya..

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...