rombongan cik alya

Rabu, 25 Mei 2011

Aidid and the typewriter

Typewriter. Apa tu? Zaman sekarang ada lagi ka orang guna typewriter ni? Itu aku xtau. Tapi yang pastinya zaman masa ibu aku study dulu, beliau memang guna 'benda alah' ni. Bila type ja, dengar sampai jiran sebelah. ketap ketup ketap ketup! lebih kurang camtu la bunyi dia.


Zaman aku study la ni, aku suka gak bangun buat assignment tengah-tengah malam buta, itu tidak menjadi hal sebab buat assignment guna laptop. Tapi kalau buat assignment guna typewriter ni? Mau maki rapat jiran kat sebelah bilik! Bising gila weh bunyi typewriter neh!

And now, ibu aku dah mewariskan benda alah ni kat adik aku yang kecik skali tu. Kusyuk gila adik aku ni guna typewriter tu. Seb bek la typewriter tu xdak bluetooth, xleh nak search internet! Kalo x? lagi pening kepala aku.

p/s : Ada lagi x novelis buat novel guna typewriter zaman la ni?

Isnin, 23 Mei 2011

Silap nombor?

Satu malam, waktu tu dalam jam 11.15 malam, sedang asyik aku dok dodoikan adik aku yang umur 6 tahun tu. Tetiba ja ada satu panggilan yang aku x kenai langsung nombor tu. Aku pun angkat la, kot-kot la ada kecemasan ataupun kengkawan aku baru tukaq nombor ka.

Aku : Hello.
Si pemanggil : Hello. Alya ada?
Aku : Ya, saya Alya. Sapa tu?
Si pemanggil : Owh. Alya ka tu? Ok. Nak kawan buleh? 
Aku : Eh eh. Sapa ni? Maaflah. Saya dah kawen. (kerana aku malas nak melayan, sbb nak bg adik aku tidoq)
Si pemanggil : Aik? Dah kawen? Anak berapa dah?
Aku : Ya dah kawen. Anak sorang. Baby boy. Ni pun tgh bagi anak tidoq ni.
Si pemanggil : Owh. Ok. Tapi saya nk kawan jgk buleh?
Aku : (Ish, aku lempang jgk budak neh, dgn bini org pun nak ka?)

Aku terus letak telep0n!

p/s : Mula-mula aku kutuk rapat! Ada jgk laki mcm ni. Bini orang pun nak kacau. Tapi last-last aku tau jgk sapa yang kol aku tu. Sbb lepas tu dia tep0n aku lg skali & aku dah cam suara tu. Jaga kau!

Jumaat, 20 Mei 2011

sayaBENCIawakbuatsayajatuhcinta!!

Aku taknak komen apa-apa tentang video neh. Sbb memang terbaek arh!! Cayalah CST PRODUCTION.

Aku suka dialog neh :

"Saya datang sini, saya nak bgtau awak.
Saya benci awak. Saya benci awak. Saya benci awak, awak buat saya rindu.
Saya benci awak. Saya benci awak, memahami hati saya.
Saya benci awak. Saya benci awak, Awak buat saya jatuh cinta.
Saya benci awak!"


Mesti korang dah tengok kan video neh? Apa komen korang? Korang komen jela dalam hati. Huhu. Yang pastinya, bagi aku. CST Production memang terbaek!(nak ulang 100x, tapi malas nk copipes). 

p/s : lepas ni aku pun nak cakap "saya benci awak". Takmau ckp "saya sayang awak" dah!

Khamis, 19 Mei 2011

Apabila budak 6 Tahun mula berbicara tentang cinta.

Suatu malam, sedang aku sedang menggodek-godek fesbuk 'Incik Ultraman'. Tetiba adik aku datang tanpa diduga. Aku pun apa lagi? Buat slumber yaya jela. Nak cover pun xleh dah. Huhu. Payah nak tipu budak-budak kecik ni. Kebetulan time tu terpampang gambar incik ultraman kat tepi screen notebook aku ni. Kemudian, adik aku terus bertanya soalan cepu emas.







Aidid : Ni ka awek kakak?
Aku : Ya Aidid, kenapa?
Aidid : Hmm. Xcantik langsung! Bionik lagi cantik!
Aku : ...... :-( (mati akai)







p/s  : Rileks Alya rileks, cool beb!

Rabu, 18 Mei 2011

Posmen Junior.

Dua jam sebelum aku mengUPDATE entry ni. Tengah sakit pinggang aku melipat kain yang beraga-raga. Tetiba ja adik(AIDID) aku datang kepadaku. Dialognya lebih kurang begini. (Sila hayati dengan penuh perasaan) :-)

Aidid : Kakak, nombor telep0n kakak berapa?
Aku : Kenapa? Aidid nak buat apa?
Aidid : Abang Chaq(tukang kantin sekolah ibu aku) mintak. Kakak tulis la bagi kat Aidid. Esok Aidid nak bagi kat Abang Chaq.
Aku : Aidid pi amik kertas dgn pen. Kakak habaq, Aidid tulis sendiri.
Aidid : Ok. (dengan segera beliau berlari-lari anak pi amik kertas dgn pen dan terus kembali ke bilik aku)
Aku : Wah! Besaq nya kertas? (terkejut sbb beliau amik kertas A4)
Aidid : Xpa. Aidid nak buat surat.. Hehe.
Aku : Ok. Aidid salin. Kakak cakap. kosong satu tiga. (Then Bla Bla Bla)
Aidid : Ok. Siap. Esok Aidid bg kat Abang Ngah!
Aku : Eh. Td cakap Abang Chaq. Mana satu ni?
Aidid : Hehe. Abang Chaq la. Silap-silap. :-)


p/s : Budak-budak kecik pun dah pandai jadi p0smen kan. Agaknya nanti besaq kerjaya adik aku ni p0smen kah? :-P

Kisah Alya & Penukul.

Apa maksud yang tersirat & tersurat yang aku nak cuba sampaikan kat korang neh? Ok. Sebelum tu, meh aku nak bagi maksud pada tajuk yang kat atas tu. Alya? Aku la tu. Sapa lagi kan. Penukul? Yang ni bahasa baku. Aku dok biasa sebut 'MARTON' ja. Dulu masa Tahun 6, dalam bengkel KH, aku TERsebut 'MARTON', nyaris-nyaris nk kena luku ngan cekgu KH aku time tu. Seb bek aku ni seorang yang pandai cover!

Ok. berbalik pada tajuk diatas. Alkisahnya bilik aku dah lama xdak kunci, lama gak la, dekat 6 7 bulan gak kot? Sbbnya dulu pernah terkunci, tp kunci ntah hilang pi mana. So? kena korek la pintu tu. Gedegang sampai la ni x berkunci. Susah payah aku harungi hidup dengan bilik xleh nak kunci, ekstrem gila bila bilik xdak kunci ni. Aku nak tukaq baju pun payah! Haha. Sekarang ni memandangkan aku cuti 2 bulan? Aku pun merancang strategi la. "Nak pasang kunci kat bilik". Haha. Selama ni aku ingatkan aku ni seorang yang pandai bertukang! Ohh. Rupanya sangkaan ku meleset sama sekali. Xcaya try korang tgk apa yang aku dah buat ni?

cuba usha pada anak panah!
Failed!!! Semua paku itu bengkok okey! Cis. Aku baru pasang impian nak buat rumah sendiri nanti. Alamatnya, pakai xjadi dah la.

p/s : Xsemua orang perempuan xpandai bertukang.

Selasa, 17 Mei 2011

Lepas Hari Guru? Hari Wesak plak.

copy kat google
Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambut perayaan ni. Perayaan ni hanya disambut oleh penganut agama Buddha sahaja. Orang yang beragama Islam walaupun dapat cuti untuk Hari Wesak ni? xpayah la nak sambut. Juz duduk & rest ja kat umah. Ok :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...