rombongan cik alya

Sabtu, 14 Mei 2011

Terima kasih kerana beri aku cuti selama dua hari!

Hah. Sementara bleh update, gunakan peluang yang ada. Jangan lepaskan!!! Sekarang ni aku cuti sem. Niat di hati nak update entry tektiap hari la. Untuk menghilangkan boring yang dah sampai tahap GABAN ni. Tapi, lain plak jadinya. Dah dua hari aku xleh nak sign in blog ni. Argh! Dah macam 'main saham' la plak? Bila dah start melabur ja, tengok-tengok syarikat tu tutup! Fuhh. Nasib baik aku dok berblogging ni FREE OF CHARGE.

Click ja 'sign in'. Dia kuar camni la.
See? Macam ni la yang aku dapat dalam masa dua hari aku dok nak update entry baru. First, aku ingat tenet umah aku yang slow. Xpala. Tapi? Bila dah sampai sekerat hari pun xleh nk sign in. Pelik la plak! So, aku pun try la usha blog geng-geng 0TAI. Hah! x BERupdate jugak rupanya! Confirm bkn tenet umah aku yang problem! YES YES YES.

Rabu, 11 Mei 2011

Selamat Hari Lahir, Noor Aidid Izmer.

Hari ni adalah hari Rabu. Eh, ada apa dengan hari rabu? Hari rabu bersamaan dengan 11 MEI 2011 genaplah umur adik aku ni 6 tahun. Nama diberi adalah Noor Aidid Izmer bin Noor Habib. Beliau ni adalah anak Norhaiyati & Noor Habib yang last sekali iaitu nombor 5. InsyaALLAH xtambah dah lepas ni. Aidid ni agak nakal & cerdik bagi aku. Nakal tu biasalah kan? Budak kecik lagi. Tapi cerdik ni.. Haha.. Aku pun xtau kenapa aku kata macam tu. Yang pasti nya beliau memang cerdik. Sapa xmau puji adik sendiri kan?

Bila diingat balik 6 tahun yang lalu, sewaktu adik aku baru dilahirkan, ibu aku teringin untuk menamakannya NOOR ANIQ. Sebabnya adalah ibu aku nak kitorang panggil adik aku ni dengan panggilan 'NIK'. Haha. Agak cerdik juga, biasalah kitorang ni bukannya keturunan NIK. Kebetulan pula pada waktu itu heboh tentang perkahwinan AIDID MARCELO di corong-corong radio dan televisyen. Ibu aku mula berfikir sejenak. Kemudian, dengan x sengajanya, ibu aku telah menamakan adik aku ni NOOR AIDID IZMER.


Selamat Hari Lahir kakak ucapkan kepada aidid, semoga dapat menjadi anak yang soleh kepada ibu & ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga Aidid berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Bila nak sunat ni? Umur dah 6 tahun kan. Cepat sunat? Cepatlah dapat kereta control yang kakak janji nk bagi kat Aidid tu. Untuk hadiah birthday? No no no.. Bukan kereta control ok!

p/s : type banyak-banyak pun bukan aidid tau baca pun kan!

Selasa, 10 Mei 2011

Soalan yang tiada jawapan (^^)

Ada ka soalan yang xdak jawapan? Xsilap aku, semua soalan harus dan mesti ada jawapan kan? Contohnya macam soalan exam. Siap ada skema jawapan lagi. Ok, hari ni aku nak bagi satu contoh soalan yang xdak jawapan. Dah puas aku cari jawapan, tetapi tetap xdapat. Jom pakat mai tengok soalan cepu emas neh!

MAAF!! nama dan alamat pengirim terpaksa dirahsiakan.
Amacam? Kalo korang berada dalam situasi sebegini, agak-agak korang ada jawapan dak pada soalan yang macam ni? Aku dah kusut kepala pikiaq jawapan pada soalan ni tau. Kalo soalan ni masuk final exam? Mau kena repeat paper ni tektiap sem!

p/s : Kalo dah perasaan tu ikhlas, rasanya x perlu ada SEBAB mengapa kita syg @ rindu pada seseorang tu.

Isnin, 9 Mei 2011

Kaki aku dah gatal nak climbing.. not clubbing ok!!

Kenapa aku suka buat benda2 lasak? Aku pun xtaw.. maybe dulu time ibu aku pregnant kat aku, dia mau anak lelaki kot.. tengok tengok AKU yang keluar... haha!! ntahla.. yg aku pasti.. aku mmg suka wat benda2 lasak.. sukacita aku nak maklumkan yang buat masa ni aku teringin sangat nak climbing.. ada sesapa bleh bawak aku x? aku x nak la panjat pokok rambutan.. kalo pokok rambutan tu, kat blakang umah tok aku pun belungguk.. aku nak buat satu benda yg ekstrem.. contohnya macam ni ha :-)


ada sesapa tau x kat mana aku leh register nama untuk join aktiviti-aktiviti lasak ni? aku nak sangat.. sementara aku still younger lg neh!! haha.. 

p/s : gila gila remaja.. Vr0oommm vrooommmm~~

Ahad, 8 Mei 2011

Telur adikku separuh masak!

Cerita ni agak lucah. Tapi don't worry la, aku just pandai wat koleksi cerita untuk 6sx! not 18sx. Nak dijadikan cerita, cuaca hari ni panas terik sekali. Lebih kurang jam 2 petang ibu dan adik aku telah selamat sampai ke rumah. Selepas menukar baju, adik aku terus bergegas ke tandas untuk melepaskan hajatnya. Sambil berlari-lari keluar dari tandas, tiba-tiba aku dikejutkan dengan ayat pertama yang terpacul dari mulut adikku. Korang nak tahu apa ayat tu?

aidid : "kenapa ayaq tu?" (sambil mulutnya menghembus-hembus angin ke dalam seluar)


Korang nak tahu kenapa? Haha. Sebabnya adalah masa adik aku nak basuh ayaq kencing dia, adik aku x rasa dulu ayaq tu panas ke x? Pakai main basuh ja. Ayaq kat umah kitorang time tengah hari memang panas gila! Macam baru lepas masak! Haha.. Dah masak kot telur adik aku? Hampeh!!!

Untuk dikongsi bersama sempena Hari Ibu.

Orang kata aku lahir dari perut mak…. (bukan orang kata…memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku….mak 
Bila lapar, yang suapkan aku….mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak 
Bila bangun tidur, aku cari….mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak 
Bila nak bermanja, aku dekati….mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak 
Bila nakal, yang memarahi aku….mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak 
Bila takut, yang tenangkan aku….mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak 
Aku selalu teringatkan….mak 
Bila sedih, aku mesti telefon….mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak
Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!” 
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak 
Bila ada masalah, yang paling risau….mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak 
Kalau balik ke kampung, Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak 
Yang selalu berleter kat aku….mak 
Yang selalu puji aku….mak 
Yang selalu nasihat aku….mak
 Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak 


Aku ada pasangan hidup sendiri…. Bila seronok, aku cari….pasanganku Bila sedih, aku cari….mak 
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada….mak 
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku Bila berduka, aku peluk erat….mak 
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak 
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” 
Selalu….aku ingat pasanganku Selalu….mak ingat kat aku Bila-bila….
aku akan telefon pasanganku Entah bila….aku nak telefon mak Selalu….
aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak 


Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya….. Tapi kalau mak sudah tiada….. MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT…. 


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…. 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya….. 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….. 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya….. 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….. 
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…. 


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. 


Kos upah membantu ibu: 
1) Tolong pergi kedai : RM4.00 
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00 
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 
Jumlah : RM17.00 


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA 
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA 
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA 
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA 
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA 


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 


“Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


p/s : Entry ini hanya diC0py paste oleh saya. (tulisan pun hitam, nk tunjukkn feel yang 'sayu' ketika membaca! :-P)

Sabtu, 7 Mei 2011

Saya seorang yang pandai memasak! Xcaya tanya ibu saya.

Hari ni adalah hari yang lebih kurang bersejarah dalam idup aku. Tapi aku xpasti la rayuan aku untuk masukkan 'sejarah' ni dalam buku sejarah tingkatan 5 diluluskan ke x? Xpa, untuk korang aku try apply sampai dapat ok. Nanti korang bleh la pi beli buku sejarah tu kat POPULAR @ PUSTAKA UNION :-) Nak dijadikan cerita, hari aku bangga sangat! Sampai kembang idung aku yang dah sedia terkembang ni. Hari ni, time aku dok wat susu kat adik aku td (ceh! bajet kakak misali la konon)! Ibu aku ajak masak char koi teaw.


Sebelum aktiviti(memasak)
Ibu : Nak masak char koi teaw tu kena buh daun kuchai ja kan? Sayur lain xyah ka?
Alya : Xyah la ibu.
Ibu : Lepas masuk sos char koi teaw tu, garam kena masuk x?
Alya : Masuk sikit kot. Tengok sekucup rasa. Bangganya. First time ibu tanya Alya bab memasak ni!
Ibu : .....


Selepas aktiviti(memasak)
Ibu : Macam mana? Sedap dak? Sama dak yg mcm ari tu? Kurang ayaq ka lebih ayaq?
Alya : Hmm. Sedap! Sama. Kurang ayaq kot. Kena lebih sikit baru dia basah. Wah. Terasa diri ini seperti Chef Wan!
Ibu : ......

Soalan : Kalo korang jadi ibu aku, korang rasa cam nak lempang laju-laju x budak riak macam aku neh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...