rombongan cik alya

Sabtu, 15 Januari 2011

tak tahu yang mana? (part 1)

Ada apa dengan tajuk di atas? pejam celik pejam celik? taun 2011 ni umur aku dah 22 tahun.. waktu umur camni la aku di uji dengan cara mcm ni plak? cara apa? aku pasti korang pernah rasa apa yang aku rasa skrg ni.. aku akui aku memang ramai 'boyfriend'.. yang 'special boyfriend' pun ada.. kitorang kwn dah lama, aku syg sgt2 kat dia yang lebih dikenali sbg ( Mr. F).. sehinggakan jika ada sesiapa yang 'bertanya', aku mengaku saja yang dah bertunang.. aku mula mengenali Mr. F semasa di tingkatan3 sehingga la umor aku 20tahun iaitu pada tahun 2009 kitorang dah clash.. dah xdak jodoh? selama itu, aku menderita..  sengaja sibukkan diri aku supaya dapat lupakan Mr. F.. selepas peristiwa itu, pernah juga aku cuba untuk bukakan pintu hati ku untuk insan lain.. tetapi aku tetap ingatkan si dia..

dalam masa yang sama.. ada seorang insan yang sudi mengubati hati ini.. dia (Mr. Y) datang menghulurkan tangan nya walaupun tanpa aku sambut.. aku tak mahu terus membohongi dirinya.. walaupun Mr. Y mengaku sudah lama menyukai diri ku.. sejak dari sekolah menengah lagi.. waktu itu kami di tingkatan tiga.. semasa kami sama sama menyertai altit sekolah.. cuma Mr. Y agak pemalu untuk berterus terang.. kekuatannya adalah dengan hanya mengintai ku dari jauh.. katanya akibat dari sikap malunya itu, dia telah terima padahnya, sebab itu aku boleh terlepas ke tangan orang lain..


sedar tak sedar.. sudah lama aku berhubung dengannya.. ku katakan bahawa aku sudah cuba untuk membuka pintu hatiku untuk dia..tetapi tetap tidak boleh untuk mencintainya.. walaupun begitu Mr. Y tidak pernah jemu untuk menyatakan cintanya padaku walaupun sudah beberapa kali DITOLAK!!.. memaksa? juga bukan sikapnya.. jauh disudut hatiku.. aku kagum dengan kecekalan dirinya.. sering menasihati ku tanpa jemu.. dia juga banyak beri kekuatan pada diriku untuk mengharungi liku liku hidup ini..

tiba tiba Mr. F kembali untuk menagih cinta dari ku.. aku ceritakan kpd Mr. Y.. bukan tujuanku untuk beri dia 'kesakitan'.. tetapi entah kenapa? aku lebih selesa untuk bercerita kepadanya.. kadang kadang aku berasa bersalah kerana terus menceritakan tentang masalah cintaku ini kepadanya.. sedangkan dia hanya terus menunggu untuk aku bukakan pintu hatiku untuknya tanpa memaksa.. semasa kembalinya Mr. F? aku meminta pendapat Mr. Y.. jangkaanku Mr. Y mesti menyokong aku untuk terus melupakan Mr. F .. tetapi jangkaan ku meleset sama sekali.. dia tetap tenang menasihati ku agar aku menerima Mr. F kerana dia tahu yang aku masih menyayangi Mr. F.. aku terus menerima dengan hati yang terbuka sbb aku masih menyayanginya.. tapi masih berjaga jaga supaya tak disakiti lagi.. tetapi Mr. F tetap dengan habit lamanya.. kurang menghargai aku.. dan sekali lagi, Mr. Y tetap hadir disisi aku untuk menyuntik kekuatan padaku.. sejak itu ku tekad dalam hati ini untuk menganggap Mr. F xlebih dari seorang kawan..


tahun lepas.. dalam bulan mei.. aku ada bertemu dengan 'cinta monyetku' ataupun (Mr. S).. sudah lama tidak bertanyakan khabar berita sejak aku bertukar sekolah ketika umur 9 tahun.. ketika itu 'cinta monyetku' itu umurnya 11 tahun.. kami bertemu melalui MUKA BUKU.. pada mulanya aku tidak mengenalinya kerana pada waktu itu umurnya sudah menjangkau 23tahun dan aku 21tahun.. bayangkanlah betapa lamanya kami tidak berhubung.. hal ini.. tetap aku ceritakan kepada Mr. Y.. Mr. Y tetap setia mendengar.. aku dan Mr. S terus berhubung melalui Faceb00k.. pada mulanya aku tidak ingin memberikan nombor telefon bimbitku kpd Mr. S sbb pada pendapat aku dia cuma kisah silam ku.. tetapi ku SMS dia juga.. setelah hampir beberapa bulan berhubung melalui telefon bimbit.. ku akui ku menyayanginya.. semakin lama berhubung, aku mula membuat perangai.. macam macam yang aku lakukan kpd Mr. S.. akhirnya 'hubungan SMS' kami cuma bertahan selama 6 bulan..

sejak dari peristiwa itu.. aku tidak lagi menghubungi Mr. S.. aku tidak lagi membalas SMS nya.. walaupun jauh disudut hati, aku suka apabila namanya tertera di skrin telefon bimbitku, tangan ku menggigil ketika membuka setiap SMSnya, tetapi aku tetap gagahkan diri ini untuk tidak membalas semua SMS Mr. S.. tapi ku akui aku sedang menyayangi Mr. S.. perkara ini juga diketahui oleh Mr. Y.. aku tidak pernah berahsia tentang perasaan ku ini..walaupun setelah sekian lama aku tidak boleh menerima insan lain kerana asyik teringat kan Mr. F.. akhirnya ku bukakan juga pintu hati ini untuk Mr. S.. aku pun tidak tahu kenapa aku boleh menyayangi Mr. S? bagi aku, mungkin perasaan ini tak lama.. aku cuma dibayangi dengan kisah silamku dengan nya.. tetapi? lain jadinya..

apa kesudahan antara hubungan aku dan Mr. S? bagaimana pula dengan Mr. Y?

p/s : akan dicontinue nanti.. tunggu entry sy yang seterusnya..

Jumaat, 14 Januari 2011

hebatnya istiqarah

Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.Gambar Hiasan

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka baru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.
Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.

Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

macamna kalo nak doa untuk dua orang?

diciplak dari SINI!

Isnin, 10 Januari 2011

saya masih sayang awak

malam tadi berakhir sudah Anugerah Juara Lagu (AJL ke 25).. tahniah kepada Analia Raffali sbb telah berjaya menggondol tempat pertama sekaligus telah membawa pulang RM35000 dan piala.. tahniah erk cik kak.. lepas ja abes tengok AJL aku terus on laptop cari lagu lama lama yang Ana Raffali ni pernah nyanyi & siar kat youtube..

KENAPA aku buat macam tu? ahaks.. ni yang nak bgtau ni.. sbb aku nak jadi macam cik Ana ni la.. nak siar lagu lagu yang aku nyanyi kat youtube jugak! suara aku pown buleh la tahan~~ haha.. mana tau rezeki aku? bakat yang terpendam ni xsapa yang tau kan.. 

search punya search.. aku jumpa lagu ni kat youtube.. agak best jugak.. so? terlayan la sebentar.. sesapa yang xpernah dgr lagi? j0m la korang layan sama lagu ni..



ni plak lirik dia.. aku search kat g00gle~~

tajuk : masih

Bila cinta mula menyepi
inginkan jalan mudah
dan kisah kita diakhiri
satu hati terpisah

namun kini
ku masih sayang padamu
walau kau telah
mungkirkan segala
dan aku masih terkenangkanmu
walau kau telah
lupa kisah kita
ku sayang padamu

keraguan yang kau timbulkan
kau biarkan tertanam
sehingga aku kau pinggirkan
untuk mengejar semalam

namun kini
ku masih sayang padamu
walau kau telah
mungkirkan segala
dan aku masih terkenangkanmu
walau kau telah
lupa kisah kita
ku sayang padamu


Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2004-2005 anaraffali muzik ent.)

p/s : sebenarnya lagu ni ada maksud yang ingin aku sampaikan..

Ahad, 9 Januari 2011

SMS berantai?

hari ni kita berjumpa lagi dalam segmen yang terbaru iaitu SMS berantai.. alahai.. aku TERbajet nak jadi DJ la plak? adeh.. maafkan aku beb! korang taw x apa tu SMS berantai? meh dekat cket aku nak terangkan satu perdua kat korang semua.. SMS means 'short message service'.. BERANTAI means 'yang pakai rantai..' kiranya SMS tu pakai rantai leher la.. erk~~ sah! ajaran sesat aku neh..

ala.. korang takyah la buat buat x tau.. aku tau yang korang pun tau pasai SMS berantai ni.. dia lebih kurang macam SURAT BERANTAI la.. eh eh.. jap.. aku ada terdengar sowg hamba Allah ni tanya.. SURAT BERANTAI tu apa? ok.. definisi surat berantai oleh Nor Analia, surat berantai tu lebih kurang macam ni la, surat yang mensyaratkan atau mewajibkan anda mengirim surat tersebut kepada beberapa orang yang lain.. jika tidak? anda akan dapat bala.. itu salah satu contoh..

tapi? bab bab hukum mempercayai benda ni aku tak berani nak bukak mulut la.. kalo taip? aku berani!! haha.. samada haram, halal, sunat , makruh dan sebagainya? aku tak tau.. zaman sekarang ni dah banyak.. kalo zaman xdak kertas dulu.. maybe diorang akan guna batu.. so? dipanggil 'batu berantai..' upgrade cket.. guna 'surat berantai..' zaman IT plak.. 'email berantai..' nasib baik xdak lagi fesbuk ngan belog berantai.. dan semalam? aku ada terima 'SMS berantai..' haha.. tp bukan untuk mengirim pada orang lain.. cuma 'mensyaratkan' saja.. kira berantai jgk la kan?

sila abaikan hanset uzur aku itu~~

semalam time aku dok tengah syok syok layan LBS tetiba aku ada terima satu SMS berantai ni.. "Kalau awk msih syg sy, jgn rply msg ni.." korang faham x? aku c0py seketoi seket0i ni.. satu titik pun x tinggal.. what the cat dapat SMS mcm tu? huhu.. aku pun xtau nak rply ke x.. kalo rply? dikatakan xsyg.. kalo xrply? dikatakan syg.. so? apa masalah aku sebenarnya?

zaman skrg ni.. SMS jadi 'org tengah' kan? contohnya.. nak berkapel, nak MELAMAR, walhal nak bercerai sekalipun guna SMS.. oh tidak.. sungguh x mengasyikkan.. sopan santun la cket beb.. xkan la nak SMS sepanjang masa.. MMS la sama.. haha.. sorry henpon aku xdak MMS.. infrablue ada~~ lalalala... damn!


nasehat aku, benda benda idup mati, masa depan ni.. xyah la gunapakai SMS.. kalo kasik rantai kat aku seketoi aku terima dengan tangan yang terbuka~~ 

Sabtu, 8 Januari 2011

bila cinta

dah lama aku xhapdate blog kan? huhu.. aku semakin malas la skrg.. 'mood' dah tinggalkan aku keseorangan.. so? aku terpaksa lah layan lagu2 yang tangkap lentok cam gini.. menangis aku bila terlayan lagu ni.. ah.. sudah!! terfeeling terlebih tersudah...

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

patut pun aku xpenah dgar lagu ni.. rupa2 nya lagu ni OST Lagenda Budak Setan.. haha.. xpenah layan lagi la movie ni.. best x? kawan aku ada gak stori pasai movie ni.. tetiba rasa nak tgk plak.. alahai.. ketinggalan zaman betoi aku ni.. 

buat masa ni, lagu ni jgk selalu ke 'udara' di kawasan blog aku ni.. mesti bingit telinga korang kan? haha.. kalo xpuas hati ataupun xsuka? sila tekan button cancel kat atas ok.. aku x memaksa..

bagi aku lirik2 lagu ni amat berkesan dalam diri aku sendiri.. lagu ni ada dua versi.. versi lelaki dan gurl.. tapi aku lebih suka versi yang gurl punya.. lg feeling la katakan.. jiwa sama keperempuanan.. disini aku ada terciplak sedutan dari filem Lagenda Budak Setan kt youtube.. 

  
p/s : jangan biarkan ku terjatuh dalam harapan..

Sabtu, 1 Januari 2011

'dani' dalam adamaya meninggal dunia?

menjelang satu januari dua ribu sebelas.. ketika kita semua sedang berseronok dan bergembira, ada juga sebilangan manusia yang sedang bersedih kerana kehilangan orang yang tercinta.. dani dalam slot ADAMAYA? nama sebenar adalah Faizal Yusoff, 32 tahun.. bekas suami Siti Nordiana telah meninggal dunia pada hari ini akibat serangan jantung.. pada mulanya aku tak percaya bila terlihat status fesbuk sahabat aku ni..

status fesbuk sahabat aku
tetapi setelah aku search google? aku temui berita tentang pemergian Allahyarham.. adush.. sedih + terkejut jugak aku kerana Allahyarham adalah salah seorang pelakon berbakat yang aku minat, selain dari Ashraf Muslim.. lagipun Allahyarham nampak sihat dari luaran.. xsangka Allahyarham begitu awal pergi meninggalkan kita.. nama Allahyarham makin melonjak ketika melakonkan watak 'Dani' dalam Akasia iaitu slot ADAMAYA.. pada ketika itu memang ramai yang membenci 'Dani'.. x caya tengok ni?


tetapi itu x bermaksud mereka membenci Faizal Yusoff.. tahniah kerana lakonan yang begitu mantap sehingga meninggalkan kesan yang amat ketara di hati penonton.. Allahyarham juga ada terlibat dalam slot Tiramisu yang kini sedang ditayangkan pada setiap Isnin-Khamis pada pukul 6.30petang, mungkin juga masih belum habis dilakonkan oleh Allahyarham..

kenangan bersama bekas isteri dan anak

semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang soleh.. Al-Fatihah..
dan takziah juga kepada keluarga dan bekas keluarga Allahyarham..

ditunangkan pada 1.1.2011?

SMS dari incik kumbang pada cik bunga yang bertarikh 31.12.2010, pada pukul 11.55malam.. (masa tu cik bunga sibok melayan ustaz amirul a.k.a abg cerap muslim, dia kuar kat tv3 dalam 'inspirasi 2011'.. wah!! terpukau seketika) haha.. lantas cik bunga tengok hansetnya..

Kumbang : esok sy ada surprise untuk awk taw..
Bunga : surprise apakemendanya?(direply dgn bad mood sbb kaco dia dgn abg cerap dok dating)
Kumbang : ada la.. awk tunggu eh? jgn terkejut plak.. sbb sy dah bgtaw ni..
Bunga : ok.. good night..
Kumbang : nitez dear.. sweet dream..

dalam hati cik bunga? dia xpikir apa2 langsung sbb dia dah tahu yang incik kumbang ni habit dia suka sangat buat surprise tak tentu hala.. macam la duit banyak sgt!! cakap nak pakai BMW, bajet dalam masa lagi 3taun.. tp? kalo dok wat surprise selalu.. alamatnya dah bongkok baru la bleh pakai BMW.. hakhak!!

keesokkan harinya, seusai solat subuh dalam sekitar pukul 6.40 pagi.. cik bunga ada terdengar riuh rendah bunyi bising kat luar rumahnya, dengan sepantas hujan, cik bunga keluar dari biliknya untuk mengendap apa yang berlaku kat luar rumahnya.. oh.. betapa terkejutnya cik bunga apabila terlihat banyak kereta yang ada diluar rumahnya.. salah seorang dari mereka sudah keluar dari kereta untuk memberi salam..

'Assalamualaikum...' tetamu yang langsung xdijemput memberi salam.. 'Waalaikummussalam..' ibu serta ayah cik bunga menjawap salam tetamu tersebut sambil membuka pintu rumah.. setelah dibincang apa tujuan tetamu datang kerumah.. betapa terkejutnya ibu cik bunga, rupa rupanya ada rombongan datang merisik. tp? anak yang mana satu?kerana anak yang sulung baru berumur 21 tahun..


cik bunga terus call incik kumbang.. x diangkat..

sekali lagi call.. tetap x diangkat..

cik bunga mengambil keputusan untuk SMS incik kumbang..

bunga : awk? knpa buat sy mcm ni?
kumbang : buat apa?
bunga : call xmau angkat.. tp mesej boleh plak reply..
kumbang : sorry..
bunga : awak? kenapa hantar rombongan xbincang ngn sy dulu.. kan senang.. sy boleh la bersedia..
kumbang : kan dah bgtaw semalam.. saja nak wt surprise.. hehe.. awk? sy dah lama tunggu awk.. dah 6 taun dah, xnak terlepas dah ketgn org lain..
bunga : tp kan awk.. sy lambat lg nak abes ngaji..
kumbang : its ok awk.. sy tunggu..

dah tu.. apa lagi yang cik bunga nak cakap.. bukan apa.. cik bunga xmau la bagi harapan kat incik kumbang.. sebab buat masa ni cik bunga hanya syg pada cik kumbang sbg seorang sahabat ja.. xlebih dri tu.. tapi xpa.. syg bleh dipupuk kan? hmm~~ sempena tahun baru ni.. cik bunga pun dgn rasminya telah menjadi tunangan orang~~

apa kes pix katil? haha~~

persoalannya : adakah 'cik bunga' adalah tuan empunya blog? oh tidakk!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...