rombongan cik alya

Khamis, 17 Februari 2011

kembar yang lama terpisah kembali bertemu

Alhamdulillah.. tidak ku sedari yang selama ini aku punyai kembar.. bila dah jumpa, aku seronok sekali.. sebab apa? sebab aku lg comel dan lebih tinggi dari 'kembar' aku tu.. mungkin masa dalam perot ibu, aku dah curik sekali dia punya kalsium.. haha..

baju pun sama

tengok pada pic diatas, aku sengaja bagi peluang pada kembar aku tu untuk jadi lebih tinggi dari aku.. bila lg kan? bg la can kat dia.. haha.. aku suka pic ni.. walaupun kitorang ni kembar yang x seiras.. (biasa la, mak laen pak pun laen).. tp kami tetap sehati dan sejiwa!

korang ingat manusia ja ada kembar ka? anda silap sebenarnya! kereta pun ada kembar gak tau.. tp 'diorang' ni kembar yang seiras.. jantan + betina.. eh silap! gurl + boy.. ha.. baru sopan cket bahasa.. cuma nombor surat branak ja laen..

ini juga kembar
yang warna macam ngan kodok ijau tu aku punya.. 'diorang' ni aku temukan masa aku study kat poli arau dulu.. bila dah parking bersebelahan, aku amik peluang untuk capture gambar diorang.. leh wt kenangan bila diorang dah besar nanti.. leh tunjuk kat cucu cicit yang 'atuk nenek' kau ni ada kembar sebenarnya..

p/s : sebenarnya aku rindu pada satria ijau tu (^^)

Rabu, 16 Februari 2011

tiru macam saya

ok sekarang semua orang cepat amik pensil & kertas.. aku nak ajar korang cara ataupun taktik untuk meniru dalam exam.. haha.. nak taw x? cepat! sila panjang tengkok anda macam zirafah.. aku pro dalam bab tiru meniru ni.. korang amacam? j0m tengok aksi meniru aku neh..


amacam ok x? agak agak bleh x aku jadi duta untuk rangkaian DIGI.. kalo nak suruh aku pakai cust0m DIGI ni pun aku sanggup.. sbb comel ja tgk cust0m ni.. untuk pengetahuan korang.. aku xpakai number DIGI.. aku cuma pakai number CELCOM ngan MAXIS ja.. Aku xmau pakai DIGI sebab, nanti kalo aku masuk tandas pun, patung kuning DIGI tu ikut.. xke mampuih aku? haha.. pecah rahsia den!!

p/s : bersamamu.. bersama walau kemana jua..

Selasa, 15 Februari 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

pic yg di google

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.
Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.

Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
“Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “
Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”

Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita…

p/s : petikan dari SINI

Isnin, 14 Februari 2011

kerana terlalu comel 'dia' dibuli

akhir akhir zaman ini, banyak aku tengok kat tadika, pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti dan (yang lain korang pandai pandai la tambah sendiri ok) kes kes buli sesama pelajar semakin meruncing..

31 Jan 2011, Alor Star, di IPT yang dirahsiakan tempatnya.. seorang pelajar telah dibuli oleh dua pelajar yang agak nakal.. setelah disiasat, pihak kami akhirnya berjaya mendapatkan jawapan MENGAPA mereka membuli pelajar tersebut.. mereka memberitahu bahawa mereka tidak puas hati kerana pelajar itu terlalu comel.. sebab itulah mereka lantas membuli pelajar tersebut.. pihak polis terpaksa menjatuhkan hukuman gantung tak bertali... berita tamat...

gambar yang berjaya ditangkap

p/s : apa kes weh buli sebab terlalu comel? haha

Ahad, 13 Februari 2011

cinta sampai mati

Azmir dan Azrin 'berkawan' dari sekolah menengah lagi.. mereka belajar bersama dan hampir semua perkara mereka lakukan bersama.. Azmir sangat cintakan Azrin begitu jugak sebaliknya.. akibat satu hal yang tidak disengajakan, Azmir dan Azrin bergaduh.. tetapi mereka tidak dapat melarikan diri dari berjumpa sesama sendiri kerana mereka turut menyambung pelajaran di dalam kolej yang sama.. setelah sekian lama memendam kecewa, Azmir cuba mencari pengganti untuk mengisi hatinya.. walaupun pada hakikatnya Azmir masih mencintai Azrin.. Azmir 'berkawan' dengan Izwani untuk menggantikan tempat Azrin.. cinta mereka akhirnya kekal hingga ke jinjang pelamin.. Mereka berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berumur 2 tahun..

Di pihak Azrin pula, sehingga sekarang Azrin masih tidak ada pengganti Azmir.. dia sangat cintakan Azmir hingga saat ini.. dalam masa yang sama, Rosli iaitu sahabat baik Azmir menyukai Azrin.. Rosli bercadang untuk menyunting Azrin lantas ditolak secara baik oleh Azrin.. kerana dalam hati Azrin, cuma ada Azmir walaupun dia sendiri tahu yang Azmir sudah berkahwin.. Semakin hari, Azmir kian berubah.. dia lebih suka termenung sendirian di ruang tamu rumahnya.. Izwani isteri Azmir cuba bertanya apa masalah Azmir.. tetapi Azmir cuba berselindung.. Jauh disudut hati Azmir, dia sebenarnya teringatkan Azrin.. kekasih lamanya.. dia cuba mengenang kembali kisah cinta mereka sewaktu di sekolah, sungguh bahagia ketika itu.. kebetulan pula, sahabatnya Rosli selalu menceritakan tentang Azrin kepadanya.. Azmir menjadi semakin takut jika Azrin menjadi milik sahabatnya itu.. tetapi dia cuba juga untuk menyembunyikan kisah mereka daripada pengetahuan Rosli kerana Rosli tidak pernah tahu yang Azmir pernah bercinta dengan Azrin..


Selepas kematian ibu dan ayah Azrin.. Azrin menjadi semakin murung.. dengan masalahnya yang sukar untuk melupakan Azmir.. cintanya pada Azmir semakin bertambah bukannya semakin berkurang.. akibat dari kemurungan tersebut Azrin menjadi semakin kurus..cuma pada Rosli tempat dia meluah perasaan.. Rosli tidak menyangka yang Azmir dan Azrin saling mencintai.. Azrin memberitahu Rosli yang salah faham antara dia dan Azmir semasa di sekolah yang menyebabkan dia dan Azmir putus adalah rancangan dirinya sendiri.. Sebabnya adalah dia sendiri pun terperangkap dengan janji antara ayah dan ibunya..Azrin tidak punyai pilihan.. Rosli nekad untuk menolong mereka.. Izwani dapat juga berjaya mengesan perubahan suaminya itu, dia juga dapat tahu yang suaminya masih mencintai Azrin.. Lantas ingin memberi peluang untuk Azmir dan Azrin bersama semula walaupun hatinya terluka..

Setelah berjaya mendapatkan nombor telefon.. Azmir menghubungi Azrin mengatakan yang dia bercadang mahu ke rumah Azrin.. hati Azrin kembali berbunga.. bukan Azrin sahaja.. tetapi Azmir juga berbunga bunga hatinya.. segala kenangan manis yang lalu segera menghiasi fikiran mereka.. tidak lama kemudian, kedengaran ada bunyi kereta yang singgah di rumah Azrin.. Azrin menyangkakan yang Azmir sudah sampai, dia segera keluar dari biliknya.. Tiba tiba Azrin tergelincir lalu terjatuh tangga di sebelah biliknya itu.. Darah menyimbah memenuhi lantai rumahnya.. Azrin dihantar ke hospital oleh cikgu Ayob..


tidak lama kemudian, Azmir juga dihubungi untuk diberitahu tentang keadaan Azrin.. Azmir hampir terkejut kerana menyangka bahawa Azrin yang menelefonnya.. setelah mengetahui, Azmir segera menuju ke hospital dengan keadaan tergesa gesa.. setelah tiba di kawasan hospital, ketika Azmir mahu menyeberangi jalanraya, kebetulan ada kereta yang ketika itu dipandu dalam keadaan laju kerana isterinya mahu bersalin, kereta itu terlanggar Azmir yang ketika itu mahu menyeberangi jalanraya.. Serentak dengan pelanggaran tersebut, nafas Azrin tersekat bagaikan ditarik nyawanya oleh malaikat Izrail.. seolah olah ada chemistry antara mereka berdua.. MEREKA MENINGGAL DUNIA PADA HARI DAN WAKTU YANG SAMA.. Innalillah...

p/s : cinta x bererti memiliki..

Sabtu, 12 Februari 2011

TERkilan dengan sikapnya yang lupa daratan

hari ini sehari suntuk Balqis di dengan ibu dan adik adiknya, dari pagi sampai ke petang.. penat? xpayah nak diceritakan la.. sebab bila dengan keluarga, penat itu seolah olah hilang.. bukan senang nak ada masa bersama dengan family..

pada malam hari setelah selesai solat maghrib, Balqis seperti biasa keluar dari bilik untuk menonton tv sambil melipat kain baju.. sudah dua hari kain tidak dilipat, 3 raga berjaya dikumpulkan.. sakit belakang bukan kepalang lagi.. Balqis baru bercadang selepas habis melipat kain, dia hendak menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarahnya.. tetapi, apabila terdengar ayahnya menyuarakan bahawa mahu menggunakan camera pada esok hari, dia kasihan kepada adiknya itu..

kerana camera yang ayahnya mahu guna pada esok hari telah rosak selepas digunakan oleh adik Balqis iaitu Zuni .. tidak tahu dimana silap Zuni.. gambar tidak boleh dicapture.. "card loked".. Balqis tekad, selepas habis melipat kain, dia ingin membantu Zuni memperbaiki camera tersebut, kerana takut Zuni akan dimarahi ayah.. selapas selesai melipat kain, Balqis mengambil laptopnya lantas memasukkan Card Reader camera tersebut.. dia cuba untuk selesaikan masalah Zuni sambil diperhatikan oleh Zuni.. namun tidak berjaya~~

Balqis tidak mahu berputus asa, kerana dia berpegang pada misi yang satu.. 'setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian'.. ibu mencadangkan kepada Balqis untuk hantar sahaja camera tersebut ke kedai.. tetapi Balqis terus mencuba.. juga tidak berjaya~~ Balqis cuba search masalah tersebut di google.. hampir setengah jam melakukan taktik itu.. juga juga tidak berjaya~~ lutut Zuni terus ketaQ takut dimarahi ayah mereka yang garang bak harimau itu..


sudah beberapa kali Balqis menguap, mata Balqis sudah mengantuk.. tetapi kerana Zuni, Balqis gagahi juga.. dengan berkat usaha Balqis yang xpernah kenal erti putus asa.. akhirnya, masalah berjaya diselesaikan.. Balqis melompat keriangan bagaikan kanak kanak yang baru mendapat ais krim.. Balqis ke tandas dahulu sebelum menceritakan kepada Zuni dan ibu mereka tentang masalah tersebut...

pulang dari tandas, kelihatan Zuni sedang memegang camera tersebut sambil berkata

'ooo, Zuni tau dah kakak buat camna..' Balqis lantas membalas

'jangan dok wat pandai, stg rosak plak..'

selepas habis ayat yang 'disembur' oleh Balqis.. Zuni lantas masuk ke bilik dengan perangai bebalnya itu... Balqis agak terkilan dengan perangai adiknya itu.. bagi Balqis, adiknya itu hanya menggunakan dirinya untuk kepentingan adiknya sendiri.. tetapi anggapannya itu segera ditepis.. bak kata pujangga "habis madu sepah dibuang".. selepas menerangkan kepada ibu mereka tentang masalah camera tersebut.. Balqis terus masuk ke biliknya untuk menyiapkan assignmentnya.. bagi Balqis, x apalah, janji adiknya tidak dimarahi oleh ayah mereka.. cuma yang Balqis terkilan, kenapa adiknya itu langsung tidak mengucapkan terima kasih kepadanya.. bukan mahu disanjung, cukuplah sekadar TERIMA KASIH..

p/s : JANGAN KAU B'SAHABAT DENGAN SAHABAT YANG MANA DIA BEGITU B'HARAP KPD KAU KETIKA MAHU MENYELESAIKAN MASALAHNYA SAHAJA, SEDANGKAN BILA MASALAH/HAJATNYA TELAH SELESAI MAKA DIA M'MUTUSKAN KEMANISAN P'SAHABATAN.. B'SAHABATLAH DGN MeREKA YANG M'PUNYAI KETINGGIAN DLM M'LAKUKAN KEBAIKAN, MEMENUHI JANJI DLM PERKARA YG BENAR, M'BERI P'TOLONGAN KPD KAU SERTA MEMADAI DGN AMANAHNYA/SIKAP B'TANGGUNGJAWAB T'HADAP KAU"- ImamUmar Abd Aziz..

Jumaat, 11 Februari 2011

khas untuk sahabat seBILIK seBAROKAH

start hari ni, bermulanya cuti pertengahan semester aku.. bila aku kira kira balik? cuti aku adalah sebanyak 9 hari beb.. alahai jenuh buat taik mata la aku kat umah ni.. ibu ayah & semua adik adik aku sekolah, tinggal lah aku sorang sorang kat umah.. apa salahnya jadi bibik tanpa gaji dalam masa 9 hari ni kan? haha.. tp bibik ni haruslah bangun lambat tektiap hari sebab penat bekerja seharian.. huhu..

untuk sahabat sahabat aku kat kuin? aku doakan korang selamat bercuti.. selamat bernikah.. eh!! yang ni silap.. mana nikah lagi.. biar aku yang first!! haha.. jenuh andartu la korang kalo tunggu aku nikah dulu kan kan kan :-P aku sayang korang berLIMA.. sorry la sbb aku terpaksa balik dulu tinggal korang.. haha.. ni kira xkejam la.. k.yu tu lagi kejam!! biarkan kita berlima terkontang kanting kat LAB A xreti jawab soalan yang Cik Shafinar tanya.. haha..

gelak itu gimik semata mata

untuk yang lagi empat orang tu.. sebelum balik pastikan korang basuh pinggan mangkuk jamban yang kotor dulu tau.. takut nanti masa kita balik barokah, ada 'budak budak' baru plak yang cek in kat barokah tu.. hehe.. agak rajin sikit? basuh ja satu raga, skali ngan yang xkotoq pun basuh gak.. haha.. tak lupa jgk kepada KAK UMI, owner of the barokah.. tank kiu veri veri much sebab xpi kutip duwet sewa untuk bulan FEB lagi.. leh la joli dulu time cuti ni.. nanti bila dah bukak sem, kitorang bayaq erk? time tu kena korek tabung SITI la.. :-) bleh kan siti? haha.. kitorang dok tunggu gak Kak Umi nak mai mintak duet? tapi xdak pun.. xpala kitorang redha..

biru hitam ungu hitam ungu hitam

sebelum aku lupa, cuti ni korang berLIMA jangan tension tension sangat taw.. kita xbanyak assignment pun.. cuma BI, ARAB, FA & JAVA(paling banyak.. sayangggggggg cik shafinar)haha.. rilek sambil makan serbuk kopi dulu.. ikut pesan aku.. dekat dekat nak abes cuti, baru pulun buat assignment sampai tertonggeng!! ikut cakap boss tau!! haha..

p/s : thumb up utk uyairsrun.. dia yg make up pic ni.. tq syg..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...