rombongan cik alya

Rabu, 24 November 2010

kalo pakai dashing baru bleh ligan keta.. jum pkai dashing..

baru2 ni aku agak terkejut beruk bila tengok satu iklan ni... x silap aku iklan ni baru lagi kot? entah la.. xpun aku yang ketinggalan zaman sbb baru tengok iklan ni.. Remy Ishak pelakon 'Nur Kasih' tu jadi duta produk Dashing plak la wei.. aku pun x sangka.. igtkan pasaipa? tetiba ja dia dok pi ligan keta siap terjun2 bangunan gitu... rupa2nya nak bgtau yang dia pakai Dashing... laa.... agak2 la kalo nak wat iklan pun... kalo pakai Dashing boleh ligan keta erk? entah2 dia pun xpenah pakai produk tu pun... ha? yang tu aku no komen.. kalo nak taw? korang kena tanya dia sendiri la...

ha sudah sudah... pic2 ni aku rembat kat google ja... aku x mintak kebenaran pun..


Remy & Dashing

saya buleh ligan keta

saya memang pakai Dasing sejak azali lagi

so.. macam na plak dengan aku? aku pakai REXONA... leh ligan apa plak? keretapi? kapal terbang? xpun.. beskal ja? ada sesapa nak amik aku untuk jadi DUTA PRODUK REXONA x?



goodbye satria PDM3678...

arini hari 23/11/2010 hari last aku bersama dgn 'kamu'.. aku kemas2 'kamu'.. aku belai2 'kamu'.. aku tarik2 'kamu'.. huhu.. tapi apakan daya, aku terpaksa lepaskan 'kamu' pergi.. walaupun dalam keterpaksaan? ku relakan juga 'kamu' pergi... selamat tinggal satriaku..

aku xberdaya untuk buat apa2 untuk menyelamatkan 'kamu'.. aku tahu 'kamu' pun xrela meninggalkan aku.. dalam diam aku menangis sendirian.. (betoi ka?).. yang pastinya.. aku amat menyayangi 'kamu'.. ku harap suatu hari nanti kita akan bertemu kembali..

aku harap 'kamu' akan bahagia disamping tuan baru 'kamu'.. aku sedar aku bukan lah tuan yang baik buat 'kamu'.. tapi apakan daya ku? ohh tidak... selamat tinggal satriaku...


goodbye

satriaku.. kalaulah 'kamu' boleh membuka belog ni.. disini aku telah potretkan crita2 tentang 'kamu'.. tp sayang? 'kamu' xkan baca punya entry ku ini... (^-^)

entry sebelum ni..
PDM 3678 for sale!!
nasib si satria



kenangan bersamamu xkan ku lupakan... untuk sesapa yang bakal @pun dah telah memiliki PDM 3678.. tahniah kerana berjaya memiliki beliau...



p/s : hatiku tetap denganmu... walaupun kita xlagi bersama..



Selasa, 23 November 2010

se'TERUK'tur pero'GERAM' untuk sem depan... hehe

ok... di sini... saya Nor Analia bt Noor Habib... bernomber kad pengenalan... teeett.... hehe... nak bagi struktur program untuk sem depan kat kengkawan semua.. haha.. cepat cakap tima kasih dgn 'LIKE' kat bawah satgi.. kalo x like? alya tampaq laju laju.. haha... kasi lebam pipi..


se'TERUK'tur pero'GERAM'

tentera tentera ku yang terlibat dalam (se'TERUK'tur pero'GERAM' untuk sem depan') ni adalah?

siti syazwani
nursriayu khauthar
siti hajar
hanisah
ummi atiqah
mohd naim
mohd coki
baem
yuhairi
amin mayo'nise' haha

tgk tajuk entry ni ja... anda mesti pelik kan kawan kawan? kenapa alya tulis mcm tu? huh.. napa erk? (se'TERUK'tur pero'GERAM' untuk sem depan... hehe) entahla.. yang pastinya alya dapat rasakan.. betapa TERUKnya kita sem depan.. pastu bila ada esetment banyak ja? mesti pakat2 send sms kat kawan2 kita yang kita GERAM sgt2 sbb esetment banyak!! haha.. betapa 'best' nya nanti... xdapat ku bayangkan... ngee...

p/s : daftar sebelum 30hb taw!!
        yg benar : 'BOSS'nia hesegovina... hehe

Isnin, 22 November 2010

PDM 3678 for sale!!

salam semua.. sebenarnya rini aku nak wt 'lelong' cket.. nak pomot la katakan... ada sesapa yg teringin nak pakai keta satria x? second hand jela.. kalo nak jum tengok bawah ni... aku ada capture sedikit TERbanyak pic2 keta yang kitorang nak jual ni.. korang tgk la..

dah dekat seminggu 'beliau' jd pameran'

keseorangan ja 'beliau'

bagi sesapa yang belum ada keta tu.. bleh la beli... yang dah kawen dan mempunyai anak dlam 3orang? maybe pyh la cket.. dgn anak2 lg.. pintu ada dua ja.. yang belum kawen tu? bleh la beli.. tambah2 kalo mamat2 ensem yang bwk keta cenggini.. peerrrggghhh.. komfom awek syg(kalo awek tu mata duitan la) !!! haha..

murah x? kira ok la tu..

untuk yang nak kawen @pun baru kawen? bagi yang belum ada keta sendiri... kiranya time ni baik punya la nak beli pun.. kalo bini korang nak branak? xkan la nak bawak bini korang naik moto ja pi hospital? huh... xkan plak nak pinjam keta kwn? keta mak bapak? huhu... so? pikir2kanlah... aku xtaw nak pomot camna ni...

pic posisi depan

pic posisi blakang (bontot beliau)

posisi kiri

posisi kanan

seperti yang aku tulis ni.. kalo korang berminat? korang blehla tepon nombor yang aku bagi ni.. 0194568039(noor habib)... kalo korang nak mintak kurang ka hapa ka? mintakla... dah tulis kat citu pun harga "BOLEH DIRUNDING" kan? huhu... roktex pun ada setaun lg tempoh... kira korang xyah bayaq dah la... ujung taun dpn baru renew roktex..


p/s : keta MR. BEAN xdak ka?

Ahad, 21 November 2010

ku sangkakan panas sampai ke petang.. rupanya ujan di tengah hari..

aku terkejut tgk pic ni... macam lukisan pun ada.. macam realiti pun ada... cuba korang tengok betoi2? pic ni di capture oleh kwn aku... jannah nama dia.. dia capture pic ni sbb time ni cuaca mendung.. nak ujan lebat.. tp? bila aku teliti teliti.. kat keta yg depan tu.. napa ada bayang2? cakap time tu mendung, ribut nak ujan.. tp? ada bayang2 panas kat keta tu? apehal....maybe ujan panas kot?


macam lukisan la plak aku tengok

nota kaki : mesti sedap kalo pekena nasik ujan panas...

Sabtu, 20 November 2010

Gelap!! Keluarkan Aku... Ya Allah!!

ari ni aku xsempat nk on9... so? yg ni ja aku sempat.. hehe.. copy n paste! aku dah mintak kebenaran la bai.. haha.. ok2.. stat sedih cepat! renungkanlah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat...

....

Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu.
yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.

Dan darahku membasahi jalan..




....

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

"Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

"Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....


Abang!! Bukakan mataku!!


Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta?

Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara tu?

Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor.

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

...

"Yassin.......".

Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.




"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.
Mari cu... ikut nenek..

"Panas,dahaga,haus,panas........".

tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek............".
 
"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,
kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

" Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....". 

''Ayah.......kau datang ayah.......".
"Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

"Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......".
Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami".

manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".

Cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.


AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".
 Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.

Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.




Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

"Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.

rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.

Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.




"Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".

"Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini".

"Akulah amalanmu yang keji..........".

Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".




Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.

Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri?

Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat.


Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.




Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak".

"Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.




"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam.

"Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.




"Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!
 
“Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam..

Jumaat, 19 November 2010

APA BEZA AIDID & SOLIHIN?

aidid?
dilahirkan pada 11 mei 2005...
dihospital sultanah bahiyah..

solihin?
dilahirkan sehari sebelum aidid..

persoalannya?
kenapa aidid kecik ja? tp solihin besaq lg drpd aidid?


adid & solihin


diorang ni sepupu... xclap aku la.. tp dua pupu kot? xpun tiga pupu.. xpun kupu2.. hah.. ntah la jang... umor diorang ni baru 5 taun.. solihin ni tinggal kat penang.. raya baru2 ni baru diorang jumpa.. terkejut monyet aku tgk si solihin ni... berbanding ngan adik aku (aidid) yang kecik.. huh.. mula2 agak malu la diorang sbb dah lama xjumpa kan.. agak janggal la.. malu2 kucing gitu.. huhu... pastu ok la..

p/s : ada kwn la nti aidid nak sunat.. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...