rombongan cik alya

Khamis, 18 November 2010

TINGGAL KENANGAN

hanya tinggal kenangan...
Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan
Inginku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu.. oh
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih…

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih

Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan
Inginku lupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh bintangku
(Ulang) (2x)

Jauh kau pergi meninggalkan diriku
Di sini aku merindukan dirimu.. oh
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan seperti dirimu
Oh kekasih…..

Pernah ada rasa cinta
Antara kita kini tinggal kenangan

penyanyi : Saleem ft alya...
VIDEO kat youtube 

Rabu, 17 November 2010

aidiladha bersama "Rasul Iman"

hari ni hari raya... aku? macam besa la.. stil lagi beraya bersama keluarga tersayang.. tapi? taun ni laen cket kehangatan raya haji ni.. dgn hadirnya si dia di samping ku... huhu.. hatiku dah beralih kepada si dia.. dia jugala yg telah berjaya membuka pintu gerbang hatiku ini.. oh "Rasul Iman" ku... haha.. ayat xmau kalah..

rasul iman dan ibuku
 
masuk hari ni.. umor rasul iman dah 5hari... ni pun beliau xbapa nak sehat sbb kena demam kuning.. aku xsempat nak dukung beliau sbb maknya nak bwk balik kampung belah ayah beliau..

mulut muncung mcm anak burung

pic kat bawah ni plak, nampak kuning ja mata beliau.. hish.. mcmna la rasanya kalo demam kuning ni ha? panas dalam badan ka? dalam mata ka? adeh.. ciannya beliau..

 

harap2 rasul iman cepat la lega dari demam kuning ni ok.. kalo xlega? alamatnya kena dok kat hospital la jwbnya.. dok bwh lampu... alahai... cepat2 baik ek.. nanti kita bleh maen bola... ahaks!


kaunter pertanyaan : demam biru ada x?

Selasa, 16 November 2010

Tiada Cinta Tanpa Pengorbanan (selamat hari raya aidil adha)

aku xpandai nak berceramah ceramah ni.. so? aku rembat ceramah ni dari mana tah... terimalah... hehe...

'Daripada Zaid bin Arqam, dia berkata: Suatu hari sahabat Rasulullah s.a.w. bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?'' Jawab Rasulullah: "Ia adalah sunah bapa kamu, Ibrahim.'' Mereka berkata: "Apa yang akan kami peroleh daripadanya wahai Rasulullah?'' Rasulullah menjawab: "Bagi setiap helai rambut ada kebajikannya.'' Mereka berkata: "Bagaimana pula dengan bulunya wahai Rasulullah?'' Rasulullah s.a.w. menjawab: "Bagi setiap helai bulu ada kebajikannya.'' (Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi)'

Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang tersimpan pelbagai pengajaran bagi seluruh umat Islam selain daripada bulan yang dijanjikan pelbagai nikmat dari sisiNya. Maka tidak dapat lagi kita lari dari berbicara mengenai peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang membawa kepada apa yang dijadikan sebagai ibadat korban yang ditetapkan oleh Allah swt. Allah swt telah menceritakan di dalam al-quran mengenai dua makhluk yang amat dekat di sisiNya ini yang bermaksud:

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),' (As-Saaffat:102-103)

Maha Suci Tuhan, menciptakan dua susuk tubuh yang amat akur pada perintah seorang Pencipta. Betapa sukarnya Nabi Ibrahim untuk bertemu semula dengan anaknya yang ditinggalkan sejak dari kecil,dan setelah bertemu diminta pula untuk dikorbankan. Namun,cinta Allah lebih agung dari segalanya,disuarakan jua riwayat mimpi kepada si anak kecil yang masih belum kenal pada dunia, tetapi telah mengenal erti cinta. Cinta seorang hamba kepada Tuannya.

Dua susuk tubuh ini sama-sama IKHLAS berKORBAN demi CINTA kepada Allah swt.Betapa lemahnya langkah Nabi Ibrahim ketika itu kerana tahu nasib yang akan menimpa Nabi Ismail,anak kesayangannya. Dan Allah swt tidak pernah lekang walau sesaat menghitung rintih hiba hambaNya ini,apatah lagi untuk menzalimi hambanya yang beriman yang akhirnya DIA mengurniakan rahmatNya:

'Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: ' (As-Saaffat:107-108)

Sahabat,ini merupakan kekasih Allah yang diuji sebegini rupa, bagaimana pula dengan diri kita? Cubaan dan dugaan yang dihadapi setiap hari kehidupan tidak ternilai berbanding mereka.Namun masih kita mudah berkeluh kesah dan lupa akan nikmat pemberianNya. Layakkah kita ke syurga berbekalkan mahar yang dibawa?

Cinta Nabi Ibrahim kepada Sang Pencipta mengorbankan si anak yang sangat dikasihinya,
Cinta Nabi Ismail menundukkan jiwa seorang bapa untuk redha pada ketentuan dariNya,
Bagaimana pula dengan cinta kita?
Mampukah kita mengorbankan segala harta dan masa
Apatah lagi jika yang menjadi taruhan adalah nyawa
Sungguh, kita umat akhir zaman yang lalai dengan dunia
Sehingga lupa kepada cinta kepada Pencipta
Masa dibazirkan dengan berhibur dan duduk bersahaja
Harta menjadi aset untuk berlumba siapa yang lagi kaya
Bila ditanya bila nak bertaubat,jawabnya bersahaja
Tunggu nanti bila meningkat tua
Sia-sia lah separuh usia amanah dari Yang Esa.

Marilah sama-sama kita bermuhasabah, telah cukupkah pengorbanan kita kepada agama ini sepertimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, kerana sejarah telah membuktikan, tiada cinta tanpa pengorbanan!

dipetik dari SINI

selamat hari raya aidiladha...

Isnin, 15 November 2010

saat menilai cinta


SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.


petikan dari KOSMO


nota kaki : malas nak bg komitmen... sendiri lebih baik..

menjelang hari raya

menjelang hari raya.. berakhirnya puasa.. menjelma takbir senja... ewah... ni bkn raya aidilfitri la cik kak.. tp raya aidiladha!! arghhh... xkira2 janji ada aidil... ngeh3.. bila mai ja raya.. mesti 'pacific' 'city plaza' city point' 'city nurhaliza' 'city kelembai' akan wat sale... wah.. best2...

byk gila sales

ramai org beli bju

makcik2, kakak2, nenek2 pun xketinggalan jgk mesti pi beli baju raya kt sana... xcaya korang tgk.. aku sempat la jgk snap pic diorang.. caya la kakakrazzi ni... haha.. aku nak pakai baju apa ha raya ni? entahla.. xbeli dah kot.. pakai yg mana ada ja..  campur hari ni... lagi 2 hari kita nak raya.. he3.. esok lusa ja nak raya.. waaa... nak makan sekoq lembu.. huuuaarrrgghhhhh!!!


p/s: mood raya!

Ahad, 14 November 2010

kilogram?

haha.. korang caya x? sapa xcaya agkat kaki... cepat2.. aku nk tengok... mai nk cita.. ni la berat aku skg.. ngeh3.. kemarin aku terlalu aktif sgt.. balik umah aku timbang? tgk2? haha... tinggai byk ni ja... mana pi abeh lemak2 aku?

berat semakin kurang

amacam? ada percaya ka tadak caya? hish.. ringan nya... kena makan byk2 la raya korban ni... ahaks! janji bahagia...

p/s: berat aku turun.. tp aku makin chubby..
sorry beb.. rini aku nk setori pasai aidid ja.. huhu.. td seharian aku ada kt pokok sena.. x la smpai seharian.. sampai takat pukoi 2 ptg ja.. penat beb! disebabkan penat? aku xmau tulis.. aku nk show pic ja kt korang.. huhu.. nasib badan la..

program : sukaneka & konvokesyen
lokasi : tadika ummi keda, kuala nerang
jam : 8pg hingga 2ptg
tarikh : 13/11/2010 (sabtu)



menang!! lawan pakai baju kemeja

kembara proton

ajak ibu main 'ikat kaki'

baju kuning.. telinga sama saiz!

aiman & aidid

nak brebut cekelat

tgh brebut..dpt cket ja..

princess & prince charming!

nyanyian 1 malaysia
ha.. ni la nice pic.. byk aku capture.. tp xkan nk uplod smua kan? agak2 la... huhu... taun depan aidid dah x ngaji kat cini dah.. dah cau.. ikut ibu aku pi SKPS plak.. masuk PRA..


says : tringin nak masuk tadika balik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...