rombongan cik alya

Selasa, 19 Julai 2011

Selamat hari lahir bro!

Tanggal 19 julai 1992 seorang putera baru saja dilahirkan. Putera tersebut diberi nama NOor Aliff bin Noor Habib. Time tu orang yang paling seronok skali aku la. Umur aku time tu baru sahaja nak mencecah 3 tahun. Seronok bukan kepalang bila nak dapat adik. Seingat aku, masa tu aku suka tgk cerita-cerita P.Ramlee kot, sbb aku ada ckp kat ibu ‘Yeyey.. Alya dapat adik P.Ramlee’(maksudnya lebih kurang nak adik lelaki la).. Huhu..

Sayang gila aku kat adik aku masa tu. Kami dah macam kembar berlainan jantina la plak. Baju dan seluar pun kadang-kadang ibu ngan ayah beli yang sama coraknya, Cuma kaler yang berlainan. Gigi kitorang pun sama! Ahaks.. stai buruk kat depan. Sebaris plak tu. Tp atas ja, bawah xpun! Hehe. Aku sayang gila kat hero aku tu sampai dia dah besaq gedabak dah la ni.
Kepada abang(Noor Aliff), sempena Hari Lahir abang yang ke-19 ni kakak nak wish semoga abang panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga segala impian abang tercapai, jangan lupa untuk fikirkan tentang ibu dan ayah. Abang tu anak lelaki yang sulung, hargailah mereka sementara mereka masih ada kat depan mata kita. Jangan terlalu fikirkan tentang keseronokkan dunia untuk abang sorang ja. InsyaALLAH kakak akan selalu doakan abang.

p/s : Jangan lupa belanja family nanti if dah dapat gaji.Hehe.


Ahad, 17 Julai 2011

G-syiok utk my sis

Jom kuar pi beli G-SYOK! Haha. Lawak, kakak nak sebut pun xreti. Buat malu orang kampung ja. Cis! Ingat lagi dak Aina, bila kak sebut kat abang tu, dia buat muka pelik! Happy belated birthday 11 Jun 2011 to my sis Nor Aina Syaza. Kemarin baru dapat hadiah! Tapi hadiah kena beli sendiri. Ahaks! Rileks la, kak xkeja lagi. Nanti bila kak dah keja? Ampa 'PAU' la sakan-sakan noh!

G-shock ciplak milik anda!
Umur Aina dah mencecah 16 tahun dah ni, harap-harap baran yang xbertempat tu bolehla hilang. Kakak doakan semoga Aina dapat menjadi anak yang SOLEHAH kepada Ibu & Ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin~

p/s : Aina, If full A exam hujung taun ni. MP3 dalam tangan. Mau?

Sabtu, 16 Julai 2011

Hari Ni Hari Jadi Ayah Saya!

Selamat Hari Lahir buat Ayah tercinta, Noor Habib bin Md Saman. Kakak wakil dari semua Isteri (eh, silap! Ayah cuma ada satu isteri ja) dan anak-anak (Alia, Aliff, Aina, Aini & Aidid) ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ayah. Semoga Ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Hari ni 16 Julai 2011 genaplah umur Ayah 49 tahun. Kami berharap semoga Ayah dapat menjadi suami serta Ayah yang SOLEH kepada Seorang isteri & 5 orang anak yang comel-comel macam kakak! Hehe. Kami jugak berharap Ayah dapat mengurangkan aktiviti merokok di usia ini, kerana rokok membahayakan kesihatan.

Ayah dgn rokoknya WITH me.
Terima kasih yang tak terhingga jugak kepada Ayah kerana sehingga usia kakak sebegini pun Ayah masih sanggup menyara kakak. Hehe. Ayah ngan Ibu kena tunggu la. Nanti bila kakak dah keja. Ayah ngan Ibu cuma dok goyang kaki ja kat rumah. Kakak tanggung bulan-bulan. InsyaALLAH. Tapi? Rokok Ayah kena beli guna duet Ayah sendiri la. Sebab rokok Ayah harganya mahal. Hehe.

p/s : Hari Lahir Ayah kebetulan sama dgn Nifsu Syaaban. Best!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...