rombongan cik alya

Rabu, 25 Mei 2011

Aidid and the typewriter

Typewriter. Apa tu? Zaman sekarang ada lagi ka orang guna typewriter ni? Itu aku xtau. Tapi yang pastinya zaman masa ibu aku study dulu, beliau memang guna 'benda alah' ni. Bila type ja, dengar sampai jiran sebelah. ketap ketup ketap ketup! lebih kurang camtu la bunyi dia.


Zaman aku study la ni, aku suka gak bangun buat assignment tengah-tengah malam buta, itu tidak menjadi hal sebab buat assignment guna laptop. Tapi kalau buat assignment guna typewriter ni? Mau maki rapat jiran kat sebelah bilik! Bising gila weh bunyi typewriter neh!

And now, ibu aku dah mewariskan benda alah ni kat adik aku yang kecik skali tu. Kusyuk gila adik aku ni guna typewriter tu. Seb bek la typewriter tu xdak bluetooth, xleh nak search internet! Kalo x? lagi pening kepala aku.

p/s : Ada lagi x novelis buat novel guna typewriter zaman la ni?

Isnin, 23 Mei 2011

Silap nombor?

Satu malam, waktu tu dalam jam 11.15 malam, sedang asyik aku dok dodoikan adik aku yang umur 6 tahun tu. Tetiba ja ada satu panggilan yang aku x kenai langsung nombor tu. Aku pun angkat la, kot-kot la ada kecemasan ataupun kengkawan aku baru tukaq nombor ka.

Aku : Hello.
Si pemanggil : Hello. Alya ada?
Aku : Ya, saya Alya. Sapa tu?
Si pemanggil : Owh. Alya ka tu? Ok. Nak kawan buleh? 
Aku : Eh eh. Sapa ni? Maaflah. Saya dah kawen. (kerana aku malas nak melayan, sbb nak bg adik aku tidoq)
Si pemanggil : Aik? Dah kawen? Anak berapa dah?
Aku : Ya dah kawen. Anak sorang. Baby boy. Ni pun tgh bagi anak tidoq ni.
Si pemanggil : Owh. Ok. Tapi saya nk kawan jgk buleh?
Aku : (Ish, aku lempang jgk budak neh, dgn bini org pun nak ka?)

Aku terus letak telep0n!

p/s : Mula-mula aku kutuk rapat! Ada jgk laki mcm ni. Bini orang pun nak kacau. Tapi last-last aku tau jgk sapa yang kol aku tu. Sbb lepas tu dia tep0n aku lg skali & aku dah cam suara tu. Jaga kau!

Jumaat, 20 Mei 2011

sayaBENCIawakbuatsayajatuhcinta!!

Aku taknak komen apa-apa tentang video neh. Sbb memang terbaek arh!! Cayalah CST PRODUCTION.

Aku suka dialog neh :

"Saya datang sini, saya nak bgtau awak.
Saya benci awak. Saya benci awak. Saya benci awak, awak buat saya rindu.
Saya benci awak. Saya benci awak, memahami hati saya.
Saya benci awak. Saya benci awak, Awak buat saya jatuh cinta.
Saya benci awak!"

video

Mesti korang dah tengok kan video neh? Apa komen korang? Korang komen jela dalam hati. Huhu. Yang pastinya, bagi aku. CST Production memang terbaek!(nak ulang 100x, tapi malas nk copipes). 

p/s : lepas ni aku pun nak cakap "saya benci awak". Takmau ckp "saya sayang awak" dah!

Khamis, 19 Mei 2011

Apabila budak 6 Tahun mula berbicara tentang cinta.

Suatu malam, sedang aku sedang menggodek-godek fesbuk 'Incik Ultraman'. Tetiba adik aku datang tanpa diduga. Aku pun apa lagi? Buat slumber yaya jela. Nak cover pun xleh dah. Huhu. Payah nak tipu budak-budak kecik ni. Kebetulan time tu terpampang gambar incik ultraman kat tepi screen notebook aku ni. Kemudian, adik aku terus bertanya soalan cepu emas.







Aidid : Ni ka awek kakak?
Aku : Ya Aidid, kenapa?
Aidid : Hmm. Xcantik langsung! Bionik lagi cantik!
Aku : ...... :-( (mati akai)







p/s  : Rileks Alya rileks, cool beb!

Rabu, 18 Mei 2011

Posmen Junior.

Dua jam sebelum aku mengUPDATE entry ni. Tengah sakit pinggang aku melipat kain yang beraga-raga. Tetiba ja adik(AIDID) aku datang kepadaku. Dialognya lebih kurang begini. (Sila hayati dengan penuh perasaan) :-)

Aidid : Kakak, nombor telep0n kakak berapa?
Aku : Kenapa? Aidid nak buat apa?
Aidid : Abang Chaq(tukang kantin sekolah ibu aku) mintak. Kakak tulis la bagi kat Aidid. Esok Aidid nak bagi kat Abang Chaq.
Aku : Aidid pi amik kertas dgn pen. Kakak habaq, Aidid tulis sendiri.
Aidid : Ok. (dengan segera beliau berlari-lari anak pi amik kertas dgn pen dan terus kembali ke bilik aku)
Aku : Wah! Besaq nya kertas? (terkejut sbb beliau amik kertas A4)
Aidid : Xpa. Aidid nak buat surat.. Hehe.
Aku : Ok. Aidid salin. Kakak cakap. kosong satu tiga. (Then Bla Bla Bla)
Aidid : Ok. Siap. Esok Aidid bg kat Abang Ngah!
Aku : Eh. Td cakap Abang Chaq. Mana satu ni?
Aidid : Hehe. Abang Chaq la. Silap-silap. :-)


p/s : Budak-budak kecik pun dah pandai jadi p0smen kan. Agaknya nanti besaq kerjaya adik aku ni p0smen kah? :-P

Kisah Alya & Penukul.

Apa maksud yang tersirat & tersurat yang aku nak cuba sampaikan kat korang neh? Ok. Sebelum tu, meh aku nak bagi maksud pada tajuk yang kat atas tu. Alya? Aku la tu. Sapa lagi kan. Penukul? Yang ni bahasa baku. Aku dok biasa sebut 'MARTON' ja. Dulu masa Tahun 6, dalam bengkel KH, aku TERsebut 'MARTON', nyaris-nyaris nk kena luku ngan cekgu KH aku time tu. Seb bek aku ni seorang yang pandai cover!

Ok. berbalik pada tajuk diatas. Alkisahnya bilik aku dah lama xdak kunci, lama gak la, dekat 6 7 bulan gak kot? Sbbnya dulu pernah terkunci, tp kunci ntah hilang pi mana. So? kena korek la pintu tu. Gedegang sampai la ni x berkunci. Susah payah aku harungi hidup dengan bilik xleh nak kunci, ekstrem gila bila bilik xdak kunci ni. Aku nak tukaq baju pun payah! Haha. Sekarang ni memandangkan aku cuti 2 bulan? Aku pun merancang strategi la. "Nak pasang kunci kat bilik". Haha. Selama ni aku ingatkan aku ni seorang yang pandai bertukang! Ohh. Rupanya sangkaan ku meleset sama sekali. Xcaya try korang tgk apa yang aku dah buat ni?

cuba usha pada anak panah!
Failed!!! Semua paku itu bengkok okey! Cis. Aku baru pasang impian nak buat rumah sendiri nanti. Alamatnya, pakai xjadi dah la.

p/s : Xsemua orang perempuan xpandai bertukang.

Selasa, 17 Mei 2011

Lepas Hari Guru? Hari Wesak plak.

copy kat google
Selamat Hari Wesak kepada semua yang menyambut perayaan ni. Perayaan ni hanya disambut oleh penganut agama Buddha sahaja. Orang yang beragama Islam walaupun dapat cuti untuk Hari Wesak ni? xpayah la nak sambut. Juz duduk & rest ja kat umah. Ok :-)

Isnin, 16 Mei 2011

Entry Hari Guru yang ditype secara kelam kabut!

Selamat Hari Guru aku ucapkan expecially kepada :-

1. IBU sendiri iaitu Puan Norhaiyati bt Mohamad. 

Dialah Ibuku, dialah Guruku!
2. AYAHku iaitu Noor Habib bin Saman. Sebenarnya ayah aku bukanlah seorang guru, tetapi beliau juga telah mendidik aku dalam byk perkara semasa membesarkan aku. 

3. Guru-guru Tadika Pasti, pada waktu itu aku lah anak yang paling ALIM dalam dunia woo. Haha. Anak Solehah tetapi namaku bukan 'Solehah' tau, namaku Analia.

4. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Pokok Sena (tempat ibuku mencurahkan baktinya) dari aku Tahun 1, 2 & 3.

5. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kubur Panjang. Aku bertukar ketika berada di pertengahan tahun 3 sehingga Tahun 6. Yang aku still igt adalah Cikgu Halim, slalu aku kena cubit sbb malas baca buku. Cikgu Azian, aku paling sayang. Sampai sekarang aku xleh nak lupa dia. & teacher Hasinah adalah teacher BI merangkap jurulatih bola jaring aku time darjah 6 dulu.

6. Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah. Aku sempat belajar di Sekolah ini hanya untuk  dua tahun sahaja iaitu pada Tingkatan 1 & 2. Tak lupa juga kepada guru Softball, walaupun sampai sekarang ni aku brapa nk expert lg main Softball. Tetapi ilmu yang dicurahkan tetap aku gunakan sampai sekarang, ketika hendak menangkap LALAT! Guru KRS(Kadet Remaja Sekolah) iaitu Cikgu Azman bin Basirun xsilap aku. Aku xpasti nama betul ka tidak. Dulu aku panggil 'cikgu Azman' ja. Kerana beliau aku sampai sekarang jalan pun macam kawad ja! Hehe. Guru bola jaring juga x dilupakan. Kerana beliau aku berjaya sampai ke 'Gerkorama Peringkat Kebangsaan' masa aku form 2. Dan juga guru bola baling. Kerana beliau aku pandai 'terbang' masa nak shot bola. Hehe.

7. Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar. Aku di Syed Omar selama 3 tahun iaitu ketika Tingkatan 3, 4, & 5. Disinilah aku mula mengenali dunia sebenar(mungkin masa kat sini aku baru baligh kot) Haha. Xla. Masa kat sini terus terang aku cakap. Aku sayang ramai cikgu. So, xpayah la aku nak mention nama-nama kat sini. Satgi yang mana-mana tertinggal, xpatut plak rasanya. Xlupa jugak kepada cikgu Kadet Bomba! Yes. Itu yang best. Kerana bimbingan Cikgu Zakri, aku sampai sekarang still dgn BOMBA lagi. Haha.

8. Cikgu Lesen iaitu 'cikgu Shukri' xdilupakan jugak. Abes ja SPM, ayah aku suruh ambik lesen B2 dengan D. Nasib baik ayah aku xsuruh amik lesen A. Hehe.

9. Lecture-lecture Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Inilah IPT pertama yang berjaya aku jejakkan kaki sekali ngan badan apa semua. Aku suka semua lecture kat sini. Sporting abes! xdilupakan jugak kepada cikgu JPA3. Kerana diorang aku dapat elaun. Hehe.

10. & last sekali, kepada lecture-lecture aku yang mendidik aku kat Kolej Universiti Insaniah. Walaupun aku ni student yang agak lembab nak faham apa yang cuba mereka sampaikan. Hehe. Tetapi mereka tetap bersabar melayani kerenah aku. xlupa jugak kepada lecture Kokurikulum Briged Bomba jugak iaitu Encik Yusop. Thanks sbb bagi 'A' tektiap kali exam! Hehe.

Haishh. Kalo nak disenaraikan? banyak guru-guru yang pernah mengajar aku dalam sedar @ tidak. La ni nak lebih senang macam ni la. SILA ABAIKAN APA YANG AKU TYPE KAT DARI 1 - 10. Apa-apapun. Selamat Hari Guru untuk semua Tenaga Pendidik di 1 Malaysia! 

p/s : Tema Hari Guru 2011(Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara)



Ahad, 15 Mei 2011

Puntianak busuk xmandi malam.

Vavava. Habislah Maya Karin lepas ni. Xleh dah nak cari makan dengan gaya hantu mata merah, contohnya lakonan beliau dalam filem Puntianak Harum Sundal Malam. Kelmarin aku dah jumpa JUNIOR untuk Puntianak tu. Lepas ni kalo pengarah filem tu hidupkan satu lagi watak untuk cucu dan cicit Puntianak tu? hah! Aku dah jumpa.


Puntianak ni dijumpai berada di Kubur Panjang. Senang habaq siap-siap alamat, kot-kot Pengarah filem nak amik berlakon. dapat jugak aku jadik PA pada Puntianak neh! Income pun masyuk cuti-cuti sem ni. Nak keja? Malas! Apa nak jadi la Analia oi. Kalo suruh bela badan? Rajin. Xyah nak suruh. Laju ja angguk!

p/s : Jika cinta itu dikatakan dari mata turun kehati. Macamna plak dengan orang yang x boleh melihat?

Sabtu, 14 Mei 2011

Terima kasih kerana beri aku cuti selama dua hari!

Hah. Sementara bleh update, gunakan peluang yang ada. Jangan lepaskan!!! Sekarang ni aku cuti sem. Niat di hati nak update entry tektiap hari la. Untuk menghilangkan boring yang dah sampai tahap GABAN ni. Tapi, lain plak jadinya. Dah dua hari aku xleh nak sign in blog ni. Argh! Dah macam 'main saham' la plak? Bila dah start melabur ja, tengok-tengok syarikat tu tutup! Fuhh. Nasib baik aku dok berblogging ni FREE OF CHARGE.

Click ja 'sign in'. Dia kuar camni la.
See? Macam ni la yang aku dapat dalam masa dua hari aku dok nak update entry baru. First, aku ingat tenet umah aku yang slow. Xpala. Tapi? Bila dah sampai sekerat hari pun xleh nk sign in. Pelik la plak! So, aku pun try la usha blog geng-geng 0TAI. Hah! x BERupdate jugak rupanya! Confirm bkn tenet umah aku yang problem! YES YES YES.

Rabu, 11 Mei 2011

Selamat Hari Lahir, Noor Aidid Izmer.

Hari ni adalah hari Rabu. Eh, ada apa dengan hari rabu? Hari rabu bersamaan dengan 11 MEI 2011 genaplah umur adik aku ni 6 tahun. Nama diberi adalah Noor Aidid Izmer bin Noor Habib. Beliau ni adalah anak Norhaiyati & Noor Habib yang last sekali iaitu nombor 5. InsyaALLAH xtambah dah lepas ni. Aidid ni agak nakal & cerdik bagi aku. Nakal tu biasalah kan? Budak kecik lagi. Tapi cerdik ni.. Haha.. Aku pun xtau kenapa aku kata macam tu. Yang pasti nya beliau memang cerdik. Sapa xmau puji adik sendiri kan?

Bila diingat balik 6 tahun yang lalu, sewaktu adik aku baru dilahirkan, ibu aku teringin untuk menamakannya NOOR ANIQ. Sebabnya adalah ibu aku nak kitorang panggil adik aku ni dengan panggilan 'NIK'. Haha. Agak cerdik juga, biasalah kitorang ni bukannya keturunan NIK. Kebetulan pula pada waktu itu heboh tentang perkahwinan AIDID MARCELO di corong-corong radio dan televisyen. Ibu aku mula berfikir sejenak. Kemudian, dengan x sengajanya, ibu aku telah menamakan adik aku ni NOOR AIDID IZMER.


Selamat Hari Lahir kakak ucapkan kepada aidid, semoga dapat menjadi anak yang soleh kepada ibu & ayah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Semoga Aidid berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Bila nak sunat ni? Umur dah 6 tahun kan. Cepat sunat? Cepatlah dapat kereta control yang kakak janji nk bagi kat Aidid tu. Untuk hadiah birthday? No no no.. Bukan kereta control ok!

p/s : type banyak-banyak pun bukan aidid tau baca pun kan!

Selasa, 10 Mei 2011

Soalan yang tiada jawapan (^^)

Ada ka soalan yang xdak jawapan? Xsilap aku, semua soalan harus dan mesti ada jawapan kan? Contohnya macam soalan exam. Siap ada skema jawapan lagi. Ok, hari ni aku nak bagi satu contoh soalan yang xdak jawapan. Dah puas aku cari jawapan, tetapi tetap xdapat. Jom pakat mai tengok soalan cepu emas neh!

MAAF!! nama dan alamat pengirim terpaksa dirahsiakan.
Amacam? Kalo korang berada dalam situasi sebegini, agak-agak korang ada jawapan dak pada soalan yang macam ni? Aku dah kusut kepala pikiaq jawapan pada soalan ni tau. Kalo soalan ni masuk final exam? Mau kena repeat paper ni tektiap sem!

p/s : Kalo dah perasaan tu ikhlas, rasanya x perlu ada SEBAB mengapa kita syg @ rindu pada seseorang tu.

Isnin, 9 Mei 2011

Kaki aku dah gatal nak climbing.. not clubbing ok!!

Kenapa aku suka buat benda2 lasak? Aku pun xtaw.. maybe dulu time ibu aku pregnant kat aku, dia mau anak lelaki kot.. tengok tengok AKU yang keluar... haha!! ntahla.. yg aku pasti.. aku mmg suka wat benda2 lasak.. sukacita aku nak maklumkan yang buat masa ni aku teringin sangat nak climbing.. ada sesapa bleh bawak aku x? aku x nak la panjat pokok rambutan.. kalo pokok rambutan tu, kat blakang umah tok aku pun belungguk.. aku nak buat satu benda yg ekstrem.. contohnya macam ni ha :-)


ada sesapa tau x kat mana aku leh register nama untuk join aktiviti-aktiviti lasak ni? aku nak sangat.. sementara aku still younger lg neh!! haha.. 

p/s : gila gila remaja.. Vr0oommm vrooommmm~~

Ahad, 8 Mei 2011

Telur adikku separuh masak!

Cerita ni agak lucah. Tapi don't worry la, aku just pandai wat koleksi cerita untuk 6sx! not 18sx. Nak dijadikan cerita, cuaca hari ni panas terik sekali. Lebih kurang jam 2 petang ibu dan adik aku telah selamat sampai ke rumah. Selepas menukar baju, adik aku terus bergegas ke tandas untuk melepaskan hajatnya. Sambil berlari-lari keluar dari tandas, tiba-tiba aku dikejutkan dengan ayat pertama yang terpacul dari mulut adikku. Korang nak tahu apa ayat tu?

aidid : "kenapa ayaq tu?" (sambil mulutnya menghembus-hembus angin ke dalam seluar)


Korang nak tahu kenapa? Haha. Sebabnya adalah masa adik aku nak basuh ayaq kencing dia, adik aku x rasa dulu ayaq tu panas ke x? Pakai main basuh ja. Ayaq kat umah kitorang time tengah hari memang panas gila! Macam baru lepas masak! Haha.. Dah masak kot telur adik aku? Hampeh!!!

Untuk dikongsi bersama sempena Hari Ibu.

Orang kata aku lahir dari perut mak…. (bukan orang kata…memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku….mak 
Bila lapar, yang suapkan aku….mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku….mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….mak 
Bila bangun tidur, aku cari….mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang….mak 
Bila nak bermanja, aku dekati….mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak 
Bila nakal, yang memarahi aku….mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak 
Bila takut, yang tenangkan aku….mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak 
Aku selalu teringatkan….mak 
Bila sedih, aku mesti telefon….mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….mak
Bila bengang, aku suka luah pada….mak
Bila takut, aku selalu panggil….”mmaaakkkk!” 
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak 
Bila ada masalah, yang paling risau….mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni….mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak 
Kalau balik ke kampung, Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak 
Yang selalu berleter kat aku….mak 
Yang selalu puji aku….mak 
Yang selalu nasihat aku….mak
 Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak 


Aku ada pasangan hidup sendiri…. Bila seronok, aku cari….pasanganku Bila sedih, aku cari….mak 
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada….mak 
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku Bila berduka, aku peluk erat….mak 
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….mak 
Bila sambut valentine….aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu….aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” 
Selalu….aku ingat pasanganku Selalu….mak ingat kat aku Bila-bila….
aku akan telefon pasanganku Entah bila….aku nak telefon mak Selalu….
aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila….aku nak belikan hadiah untuk mak 


Renungkan: “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak… Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata jika kita mendengarnya….. Tapi kalau mak sudah tiada….. MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT…. 


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…. 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya….. 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya….. 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya….. 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya….
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….. 
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…. 


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. 


Kos upah membantu ibu: 
1) Tolong pergi kedai : RM4.00 
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00 
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 
Jumlah : RM17.00 


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA 
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA 
3) Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA 
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA 
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA 


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 


“Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.


p/s : Entry ini hanya diC0py paste oleh saya. (tulisan pun hitam, nk tunjukkn feel yang 'sayu' ketika membaca! :-P)

Sabtu, 7 Mei 2011

Saya seorang yang pandai memasak! Xcaya tanya ibu saya.

Hari ni adalah hari yang lebih kurang bersejarah dalam idup aku. Tapi aku xpasti la rayuan aku untuk masukkan 'sejarah' ni dalam buku sejarah tingkatan 5 diluluskan ke x? Xpa, untuk korang aku try apply sampai dapat ok. Nanti korang bleh la pi beli buku sejarah tu kat POPULAR @ PUSTAKA UNION :-) Nak dijadikan cerita, hari aku bangga sangat! Sampai kembang idung aku yang dah sedia terkembang ni. Hari ni, time aku dok wat susu kat adik aku td (ceh! bajet kakak misali la konon)! Ibu aku ajak masak char koi teaw.


Sebelum aktiviti(memasak)
Ibu : Nak masak char koi teaw tu kena buh daun kuchai ja kan? Sayur lain xyah ka?
Alya : Xyah la ibu.
Ibu : Lepas masuk sos char koi teaw tu, garam kena masuk x?
Alya : Masuk sikit kot. Tengok sekucup rasa. Bangganya. First time ibu tanya Alya bab memasak ni!
Ibu : .....


Selepas aktiviti(memasak)
Ibu : Macam mana? Sedap dak? Sama dak yg mcm ari tu? Kurang ayaq ka lebih ayaq?
Alya : Hmm. Sedap! Sama. Kurang ayaq kot. Kena lebih sikit baru dia basah. Wah. Terasa diri ini seperti Chef Wan!
Ibu : ......

Soalan : Kalo korang jadi ibu aku, korang rasa cam nak lempang laju-laju x budak riak macam aku neh?

Jumaat, 6 Mei 2011

Yang mana lebih ibu sayang?

Hasil daripada perkongsian hidup Encik Noor Habib & Puan Norhaiyati, mereka ni dikurniakan LIMA orang anak yang comel-comel belaka. Aku xcakap ok! Tok aku yang cakap masa aku kecik-kecik dulu! Lebih kurang macam ni tok aku cakap. 'Ala-ala comelnya cucu tok ni..'.. Haha :-)

Kitorang LIMA beradik. Anak first adalah aku, Nor Analia! Yang paling comel dan cun di alam semesta! Ohh tidak. Ayat itu berunsur RIAK yang terlampau. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa hambaMu ini. Amin. Dan anak yang paling last adalah adik lelaki aku, Noor Aidid Izmer!


See! Aku anak yang paling sulong & dah sama besaq dgn ibu dah! Eh ada sedikit typing error di situ. Bukan sama besaq. But aku lagi besaq dari ibu aku tau! Yes, I'm the winner! Haha. Yang adik aku plak. Disebabkan dia still kecik lg. Dia juz dapat buktikan yang 'telinga' dia ja yang besaq! xcaya try tengok lg skali pic tu. Hehe. Ok! Stop kutuk orang. Yang aku konpius sekarang ni. Siapa yang lebih ibu aku sayang? Anak first atau anak last?

p/s : Kasih syg ibu tiada tandingan. Walau apapun yang terjadi kat Alya, walau jauh manapun Alya tinggalkan ibu, Alya tetap syg ibu! 

Khamis, 5 Mei 2011

Adakah Mee segera & Baby segera sama?

Apa itu Mee segera? Eh yang tu pun korang x tau. Sapa xpernah makan mee segera sila angkat tangan macam saya (gaya cakap macam usop wilcha). Baguslah kalo korang xpernah makan mee segera. Xelok sgt makanan segera ni. Tapi aku makan jugak! Haha. Ada sorang kawan aku, dia xmakan oo megi-megi ni. Walaupun kami pakat dok lay0Q kat depan dia. Tabik spring ahh!! Toinkkkk.


Yang kat atas tu plak? Baby segera. Hehe. Aku? Walaupun xkwen lg tp dah ada baby tau. Senang ja nk dapat baby segera ni. Rendam ayaq panas selama 2minit, tutup , pastu boleh la makan! Eh Eh. Tu cara buat megi. Haktuih!

Actually, baby kat atas tu Daniel Iman. Anak menakan kupu-kupu aku. Dah lama aku xjumpa dia sejak aku bz dengan final exam ni. Tapi kelmarin terlerailah rindu aku kat si kecik ni. Best arh dapat dukung-dukung dia walaupun sat!


Entry yang pernah dipublish mengenai Daniel Iman: 
"Rasul Iman" buah hatiku
aidiladha bersama "Rasul Iman"
castello 2010


p/s : bila lah nak ada baby sendiri? :-P

Rabu, 4 Mei 2011

ciuman kasih buat adik!

Kalo korang still ingat. Kelmarin aku ada publish satu entry sempena birthday adik aku, Aini. Petang kelmarin kitorang pi hostel Aini. Nak celebrate birthday dia la. Aku xsempat nk pi beli hadiah kat si birthday gurl tu sbb xkuar pi Alor Star pun. Ala, xpe xdak hadiah xbermakna xsyg kan kan kan? Disebabkan aku xbg hadiah kat adik aku tu, aku bg yang ni kat dia..........


Eleh! Malu-malu pulak. Bukan senang aku nak 'kiss' orang tau. Haha. Bajet Siot! Sat nak majuk sat. Adik aku xbg aku kiss dia. Ok fine! Aku kiss Giraffe jelah. Huhu. Siapalah kakak ni kan?(Pujuk cepat!)


Haha.. Amacam? Very the over la aku ni kan? Eh eh. Biar jela. Skali sekala ja kan. Ada aku kesah? Ada sesapa lg nak aku kiss dia? Damn!!!!! :-P

Selasa, 3 Mei 2011

Adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan?

Apakah yang terjadi kepada diriku sebenarnya? Sudah ku temui solution nya. Alhamdulillah. Nak dijadikan cerita, sudah seperti biasa sebelum nak tidoq aku usha-usha la fesbuk 'kekasih hati', semua la aku usha termasukla wall beliau. Tetiba ja hati aku panas semacam bila tengok wall beliau, dah macam artis la plak! Ramai gurl-gurl dok post comment kat wall beliau. Tp apa bleh buat? Aku pasrah jela. Sebab aku hanya bertepuk sebelah tangan :-(

sepi tanpa kamu
Sikit pun aku xtinggal baca komen-komen tu, aku jadi semakin xtentu arah. Lepas abes ja tgk wall beliau, aku segera mencapai hanset aku dan SMS beliau. " Salam, saya akan doakan semoga awak bahagia. amin." Niat di hati xmau terlalu mengharap dah sbb aku dah banyak buat beliau terluka. Semuanya salah aku kerana xpernah & xpandai nak menghargai beliau. Ok itu aku mengaku! Tiba-tiba handset ku berbunyi menandakan ada SMS masuk. Yes! Beliau mengreply SMS ku. "Wassalam. Terima kasih. Semoga kita semua beroleh kebahagianan di dunia dan akhirat. Amin." SMS nya hanya kubaca tapi tidak ku balas. Cukuplah sekadar itu.

Empat minit kemudian, mesej handsetku berbunyi lagi. Pada mulanya aku ingatkan mamat bangla ditempat kerja lama ku yang SMS, sbb mamat tu xpernah missed wish "Good Night" kat aku setiap malam. Tetapi sangkaan ku meleset! Rupa-rupanya beliau yang mengSMS aku dan SMSnya berbunyi begini."Alya.." Cukup ringkas dan padat! Serentak dengan itu air mataku tiba-tiba mengalir tanpa dipinta. Puas aku menahan tetapi akhirnya aku tewas! Tewas dalam linangan air mataku sendiri.

Mungkinkah kerana aku terlalu rindukan beliau? Sedangkan dalam SMS tersebut, beliau hanya menaip namaku sahaja. Walaupun tidak kedengaran suaranya memanggil namaku, tetapi telingaku seperti terdengar seakan-akan jelas seperti suaranya yang memanggil namaku. Lain benar aku rasakan kerana sudah lama beliau tidak menghubungiku. Tidak seperti suatu ketika dahulu, SMS-SMSnya penuh menghiasi inboxku. Aku amat rindukan beliau! Tetapi kenapa air mataku perlu mengalir? Ya Allah. Terima kasih kerana Kau telah mengabulkan doa-doaku dengan melembutkan hati beliau. Amin :-)

p/s : cerita dia atas hanyalah rekaan semata-mata!

Happy Birthday to my adEQ! Aini Naili.

Entry ni di dedicated buat adikku Nor Aini Naili bt Noor Habib sempena hari lahirnya yang ke-13 iaitu pada 3 Mei 2011. Time aku publish entry ni, adik aku ni sedang bertungkus lumus tidoq menger0h kot kat hostel? :-) Biasala dah malam. Dia dok asrama S M K Kubur Panjang, dekat ngan depan rumah jew. Kalo aku nak pi simbah ayaq longkang pun buleh. Dekat jew. Wakenabeb! Tp xdak la sampai macam tu kan? Adik aku weh. Aku sayang la beb!

Adik aku ni anak ke-4 daripada kitorang 5 beradik. Kalo korang nak tau, nama adik aku ni. Aku la yang bagi. (aini, cepat cakap thanks kat kakak) Sbb tu la dia pandai macam kakak dia. Aku bagi nama 'AINI' sbb nk bg sama dengan adik aku yang ke-3 tu. Adik aku yg ke-3 'AINA' nama dia. Kira mcm kembar la AINA & AINI.. same like UPIN & IPIN. Naili plak maksud 'pencapaianku'. Patut pun pandai! Alhamdulillah.

pic ni masa temb0n!
Kepada Nor Aini Naili bt Noor Habib, Selamat hari beranak kakak ucapkan. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk Aini, ingat pesan kakak. Sembahyang jangan tinggal. Belajar rajin-rajin nanti dah berjaya jangan lupa ibu, ayah, kakak-kakak, abang dan adik. Buktikan yang Aini mampu utk berjaya walaupun dok kat SMKKP. Chaiyok-chaiyok! Xlupa jugak kepada ibu kerana sudi melahirkan seorang adik yang begitu comei untuk alya. :-P syg ibu jugak!

p/s : Dulu adik aku ni temb0n. Tp skrg sejak dok asrama, dah slim! wah. Jeles aku. Xleh jadi ni, kakak pun nak kena diet jugak la!

Isnin, 2 Mei 2011

Yes.. jumpa jugak akhirnya!

Adush.. Dah macam jejak kaseh la plak? Apa kes aku ni? Dah jatuh cinta dengan SI DIA ni ka? Ops.. Jatuh cinta lagi? Haha.. Bukan dengan tuannya.. Tp dengan blognya.. Sebenarnya dah lama aku jd silent reader blog ni.. Before aku ada blog aku sendiri lg aku dah 'follow' blog beliau.. Ntah knapa? :-)

Then, sebenarnya dah lama aku x tengok blog beliau.. Dekat 3 4 bulan gak kot.. Xsempat la.. Lg satu sbb aku xdapat cari link blog beliau.. Dah puas aku cari sebelum ni.. Malam ni ntah kenapa aku rindu sgt kat blog beliau.. Alasan yang kuatnya adalah sbb ada sorang kawan aku tanya pasai satu pic 'ngeri' tu samada berkaitan dengan blog ni.. So? Try la search lg.. Bak kata org IT 'try & error'.. Alangkah bertuahnya aku, jumpa jugak akhirnya.. Mau xtidoq malam ni sbb nak lepas rindu kat blog beliau ni.. Byk entry yg aku blom usha lg agaknya.. Ni aku 'print screen' header blog beliau.. Tujuan nya semoga aku xlepas pandang.. huhu..


Sebelum ni, beliau guna header lain.. Aku lebih suka header yang lama lg daripada yg sekarang.. Huhu.. & aku xpasti kenapa beliau guna 'tagline' KARINGERIBLOG? Maybe beliau suka makan 'kari' kot? No komen! Yang pasti aku mmg suka blog beliau.. Walaupun kadang kadang agak keterlaluan dan menakutkan! Yang pasti nya aku puas.. Entry entry yang berunsur 'blue' pun ada tau.. :-) Tp bukan tu niat aku usha blog beliau ni.. Aku suka benda yang pelik dan ngeri.. "aku dah dilahirkan begitu, pasrah jela"..

p/s : Sapa rasa dia ada habit macam aku, bleh la usha usha blog beliau ni.. KLIK SINI!!

Ahad, 1 Mei 2011

ultraman kena cuti x?

bagi sesiapa yang belum tau, satu mei setiap tahun adalah Hari Pekerja ataupun dalam kalendar ditulis Hari Buruh .. hari pekerja tu maksud dia semua pekerja diseluruh pelosok dunia akan diberi cuti pada 1 Mei.. tapi ada jugak yang xcuti tau hari ni.. contohnya ULTRAMAN ni..


kesian beliau.. nak buat macam mana kan? berkhidmat untuk negara dan rakyat.. terpaksalah beliau x cuti.. kalo beliau cuti? mesti raksasa semua bertepuk tangan buat pesta ekspo niaga malam ni :-)

p/s : ultraman xwujud kot? kalo la wujud.. aku nak kawen dgn ultraman boleh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...