rombongan cik alya

Selasa, 15 Mac 2011

gua kena print screen 2x..

apa ni?

mcm pic gua?

kenapa?
kalo korang nak tau.. ni adalah satu entry yang amat bermakna buat alya.. entry ni diterbitkan oleh http://bintuabuhassan.blogspot.com/ pada 20 Februari 2011.. dah lama sebenarnya, tapi alya xsempat nak balas entry beliau.. skg dah balas kan? so? salam perkenalan dari alya..

tapi? malam ni alya buat buat free sat.. padahal alya sewa beruk sekor ni sbb nak ciapkan assignment.. tp? laen plak jadinya.. haha.. biasalah manusia macam alya ni kan? xpernah xmungkir janji.. uhuk3.. so? di kesempatan yang alya ada ni.. alya nak wish thank you very1000x much kepada satu2nya anak perempuan En. Hassan dan Pn. Yati.. nampaknya kita adik bradik lain ayah satu ibu.. huhu.. nama ibu alya pun Yati jgk! ahaks..

akhir kalam.. semoga kita sama sama berjaya di dunia dan di akhirat.. kalo ada kesempatan, kita bulehla bertemu secara face to face.. nak x? hehe..

p/s : gua kena print screen 2x sbb kompiter gua kecik..

Isnin, 14 Mac 2011

sudah ku ketemu~

boleh x nanak kat ashraf muslim?

Dalam hidup kita ALLAH akan beri kita peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul betul kita sayang. Tapi hanya sekali. Jika kita leka, kita akan kehilangannya buat selama-lamanya. Tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya jika kita sendiri tak pernah sedar dan tak cuba untuk menilai kehadirannya. Mungkin setelah segalanya berlalu, baru kita mula sedar dan mungkin kita akan menyesal buat selamanya.

p/s : akhirnya aku dah jumpa dgn ‘si dia’.. aku akan cuba sedaya upaya untuk menghargainya.. Siapakah ‘si dia’?

Khamis, 10 Mac 2011

I’m really MISS him!!


Who’s that? ADIK aku la.. dah lama rasanya xjumpa dia, walaupun baru ja kelmarin aku jumpa dia.. haha.. ntahla.. xleh aku nak pisah dgn family aku ni.. abes tu? Mcmna aku nak kawen nanti? Buatnya ‘future asben’ aku tu orang jauh.. haha.. mampus aku.. tektiap minggu balik umah.. xpun tektiap hari.. haha.. banksekerap la ‘future asben’ aku tu nanti.. Oleh itu? Aku disarankan oleh ayah aku sendiri supaya kawen dengan orang dekat.. bak kata orang muda muda ‘kentut pun buleh dengaq’.. 8-)

this is my adik

p/s : aku xmau adik aku besaq..

Rabu, 9 Mac 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia.. (Happy Belated)

Untuk pengetahuan aku korang? Tak salah aku, kelmarin (8 MAC 2011) adalah ‘HARI WANITA SEDUNIA’ kan? aku pun xtaw la plak yg hari mcm ‘ni’ ada di sambut kat dunia ni.. yang aku tau, yg slalu dok faymes org dok sambut mcm Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Merdeka, Hari Raya, Hari Jadi Aku, HariMau, dan lain lain hari lagi yang aku xsempat nak type kat sini.. di sini aku nyatakan just contoh ja.. jenuh selak calendar la aku kalo nak list semua HARI kat dunia ni..

Kelmarin tepat jam 6:55:21 a.m aku ada menerima SMS dari MR.Y yg bunyinya mcm ni.. “gud morning my friend. Selamat Hari Wanita Sedunia. Gud luck 4 your exam” (beliau org 1st yg wish kat aku).. mula mula pelik gak, ada ka hari macam ni disambut kat dunia ni? Huhu.. aku pun just reply “thanks”…

Balik ja kelas, aku TERbuka tv3, Wanita Hari Ini.. tajuk yang dibincangkan dalam WHI adalah ‘HARI WANITA ANTARABANGSA’.. aku semakin yakin dengan wujudnya hari sedemikian..

tetiba plak time tu pensyarah aku call, aku pun terus wish kat beliau “Selamat Hari Wanita Sedunia”.. katanya aku org sec0nd yg wish kat dia.. haha.. bangga seketika aku (siyes k0yak kain aku time tu)..

aku b’tanya “sapa orang first yg wish?”..

dia cakap “adala”..

aku saja memancing, aku agak mesti asben dia yg wish.. sapa lg kan? hehe..

Tepat jam 2:25:46 p.m sekali lagi aku menerima SMS.. “ salam.. hye awak.. Selamat Hari Wanita Sedunia..:-)”.. SMS tersebut dari MR.S.. aku mengreply SMS tersebut juga dengan ucapan “thanks”.. beliau org second yang wish kat aku..

Aku terus dilanda kemurungan.. tengah memikirkan sesuatu yang amat rumit bagi aku.. sejak dari SMS yang dihantar oleh MR.Y dan MR.S.. semua kerja kerjaku tergendala seketika.. aku menjadi semakin x keruan.. persoalannya yang merumitkan kepala aku adalah?
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Adakah aku sekarang sudah mencapai gelaran WANITA? Aku rasa aku masih KANAK-KANAK lagi la.. ada sesapa leh tolong bagi jawapan kat aku x?

p/s : bila plak ‘Hari Lelaki Sedunia’?

Selasa, 8 Mac 2011

Dalam hidup korang, berapa kali korang dapat bunga?


 Hah jawabto.. kalo xmau jawab? Biar aku ja yang stori mori kat korang.. okey aku start enjin turbo erk? Haha.. kasik ngaum deraih2 sket.. Aku ni xlah vote sgt.. langsung x vote pun.. haha.. ok x cara aku merendahkan diri aku yang dah sedia mmg rendah ni? Khhaaakkk tuuuiiihhh… 
Repeat the question please?..
dalam hidup aku, Brapa kali aku dapat bunga?
Seingat aku cuma DUA kali ja..
bunga ni DAFI(mamat yg kat blakang)yg bagi..
 First ?
Masa first date aku dengan pakwe aku masa sekolah menengah dulu.. time tu aku form 5, mmg romantic gila pakwe aku tu.. aku pun xsangka yang aku akan dapat bunga masa first date dengan ‘beliau’.. agak terkejut la jgk.. Time tu kitorang dated kat GIANT, Alor Star.. Cuma aku cover ayu la sket, almaklumlah first date.. HIPOKRIT la sket.. haha..

Second?
Time kali ke2 aku dapat bunga? Tahun lepas.. time birthday aku.. tp bukan dapat masa hari bestday aku.. dapat sehari lepas tu.. huhu.. yang bagi aku bunga ni bukan pakwe aku.. tp lebih kepada sahabat karib aku sendiri, walaupun beliau lelaki.. actually,  kitorang jadi member dah lama.. member dalam ertikata “MEMBER”.. dalam hati ada taman bunga??

p/s : korang mesti lg byk dapat bunga kan.. Eh.. ada sesapa nak bg aku bunga taik ayam x?

Sabtu, 5 Mac 2011

Saya sayang ibu saya.. anda bagaimana?

Peristiwa ni xkan aku lupakan mungkin sampai aku hilang ingatan kot? Haha.. nak dijadikan cerita.. kelmarin umah kitorang xdak letrik, start dari pukul 5 ptg sampai pukul brapa aku pun xtaw.. aku pun xpasti samada ayah aku xbayar bil api, ataupun pakcik TNB yang cari petik api xjumpa2.. eh sama x maksudnya.. haha.. abaikan..

Aku sepatutnya balik dengan bas petang kelmarin, pukul empat bas tu tunggu aku kat bus stop! Disebabkan ibu aku xbg, aku pun menurut tanpa membantah.. takut dilabel sbg anak derhaka plak.. (padahal dalam hati mmg syiok gila) haha.. kiranya malam nanti kitorang akan keluar sekeluarga sekaligus antaq aku balik asrama.. wah! Best gila.. dah lama x berkumpul sekeluarga.. masing2 bizi kan..

Ok.. berbalik pada cerita tadi.. letrik still xdak lagi.. aku plak baru abes lipat kain.. time tu dah dekat2 koi 8 malam dah.. umah kami hanya menumpang cahaya lilin sekotak! Tak ketinggalan jugak dalam bilik ayaq.. Time adik aku tgh mandi, mulut aku ni entah kenapa dan mengapa gatai nak usik dia.. aku pun buat la suara macam nenek langsuir yang tgh lapaq char koteaw..

aiiiiiiniiiiiiiii….. aaaiiiinnniiiii……” aku ulang dekat dekat 10x gak la.. tujuannya nak bg adik aku mandi cepat sikit.. haha..

Dalam 5 minit lepas tu, adik aku habes mandi.. turn aku plak la jawabnya.. aku pun bajet brani la kononnya masuk bilik ayaq.. tetiba lilin plak xdak.. pada mulanya aku xmau pasang lilin dalam bilik ayaq tu.. dalam hati aku dok pikiaq.. “ nak belek apanya? Nak mandi ja pun..” tp ntah kenapa aku tukaq fikiran..

Aku b’kata “macam orang buta mandi la plak kalo gelap gelap camni..

aku pun terus berpatah balik pi amik lilin kat dalam bilik aku.. setibanya aku semula kat dalam bilik ayaq, slow2 aku letak lilin kat atas ‘anak dara jepun’ yang dah expired date tu.. elok aku pusing belakang untuk tutup pintu.. tetiba aku ternampak ‘SEJENIS MAKHLUK’ berdiri betoi2 ngan tepi pintu!! Itu beerti makhluk itu berada betoi2 dibelakang aku.. masa tu hati aku ni berdegup ‘360 km/sejam’ hanya ALLAH ja yang tau.. aku pun apa lagi? Jerit macam orang hilang akai la.. habes SUARA jantan, betina, tua, muda aku tu semua kuaq.. xdan nak c0ver2 dah.. kalo mak mertua dengaq? Tobat kena reject!!
ini bukan ibu aku
SESAAT kemudian, time tu aku xhabes jerit lagi.. tetiba aku terperasan yang makhluk tu adalah IBU aku.. apa lagi? Sambil jerit tu jugak aku PELUK PELUK ibu aku.. nak c0ver la konon.. bajet muka berani.. haha.. riuhnya bukan takat 1 bilik ayaq, tp? 1 umah.. entah2 umah jiran aku yang ke 40 pun bleh dengaq pa? hadoi..

pastu? Apa lagi.. kena bahan la dengan adik2 aku.. pakat gelak abeh kat aku.. selama ni depa igt kakak depa brani sgt? Rupa2nya dalam diam (ttteeeettt)…. Perancangan asal sebenaqnya ibu aku igt yang aku xbawak lilin masa mandi.. kalo xbawak lilin alamatnya gelap gelita la bilik ayaq tu.. mmg xnampak apa dah.. time tu la beliau nak belai belakang aku.. hadoi.. xdapat nk byangkan kalo rancangan beliau menjadi? Adakah aku akan pengsan? 
p/s : aku peluk ibu aku masa terkejut tu, macamna kalo yg usik aku tu hantu yang real? Adakah aku akan PELUK hantu tu jugak? & macamna plak kalo hantu tu JANTAN? Hakhak!! Xdapat den nk bygkan..

Khamis, 3 Mac 2011

kerana iPad, tumpuanku hilang semasa kelas JAVA

hari ni aku ada kuiz java.. sambil sambil miss(lecture) dok pong pang pong pang kat depan lab, mata aku tertancap kat satu menda kat atas meja miss aku tu.. aku xpasti apa menda tu.. aku xpenah tengok pun sebelum ni.. tapi mmg aku tertarik gila bila ternampak menda tu..


semakin lama, semakin aku xleh nak kosentret dalam kelas.. lagi lagi time kuiz tu, aku terpaksa congok kat betoi betoi depan miss aku tu.. dia plak dok syok syok main menda alah tu.. utk lebih memuaskan nafsu hati aku, abes ja kuiz.. aku terus tanya miss aku tu..

'apa menda tu puan?'

dia pun dengan lagak ngerinya bukak menda tu.. dia cakap murah ja.. harga dalam dua ploh ringgit lebih ja.. haha.. wahwah.. dia ingat aku budak umur dua taun kot nak tipu tipu ni? huhu.. sambil sambil dia kocak kocak menda alah tu.. wah!! lagi menarik minat aku.. kemudian, terus SI SETAN berbisik ke dalam telinga aku?


bisikan setan : ala.. kau kepak ja notebook kau tu.. pastu buang keyboard dalam tong sampah.. hah.. kan dah jd iPad..
aku m'jawab : kepala lutut kau SETAN!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...