rombongan cik alya

Jumaat, 25 Februari 2011

sibuk tahap cipanzi

hadoi.. aku on9 5 minit ja ni.. ala biasalah.. sep bajet.. haha.. tobat akak CC ni bengang gila ngan aku.. sorry la aku xsempat nk terjah belog kawan2 baru aku.. nanti minggu depan aku balik umah? aku terjah belog korang ok..

sekarang ni cuma aku nak katakan yang aku sibuk sangat2.. jgn cakap aku sombong plak? kalo korang nak jugak cakap? itu korang punya pasai.. aku xleh nak tutup mulut korang.. mulut tempayan aku bleh tutup~~

p/s : kembali ke MOOD MIDTERM..

Selasa, 22 Februari 2011

kenapa aku suka dia?

sebab dia botak?
sebab dia hensem?



ok.. fine.. tapi sekarang?

pic dia yg kanan tu..
x botak dah?
x hensem dah?
xsuka dah la...

p/s : jgn sukakan seseorang kerana sifat fizikal seseorang itu.. sukalah dgn apa adanya dirinya..

Ahad, 20 Februari 2011

akibat berebutkan awek yg satu

di satu petang yang anginnya sepoi sepoi bahasa melayu, sedang kitorang adik bradik tgh main badminton, tiba tiba terdengar satu bunyik.. eeeooowwwwwww!!! wioooowwwww!!! auuuuuwwwwmmmmm!!! ha, yg last tu aku bohong.. bunyi kucing jantan gadoh la.. sedang bercakar cakaran kat tempat park kereta umah kitorang..

sedang si jantan jantan tersebut bermain aci ligan.. yg sekoq lg tu pi la lompat kot tembok kat umah kitorang tu, xsempat kucing tu nak tengok kiri kanan? tiba tiba, debussshhhh!! sebuah kereta GEN-2 yg nombor platnya xsempat dikenalpasti telah melanggar kucing itu.. tergodek godek kat tgh jalan tu beb.. yg sekoq lg tu tobat rasa bersalah punya sbb 'saingan' dia tu kena langgar lari..

teruk kena langgar
masa ni ayah aku baru ja lepas angkat si jantan ni pi kat tepi jalan.. cian dia aku tengok.. dah tergodek godek mcm cacing kepanasan dah.. aku ni bukanlah seorang yang penyayang sgt dgn kucing, sikit sikit tu adalah.. tp? bila dah jd depan mata ni.. xdapat aku nak ungkap melalui kata kata.. sbb tu aku type!!

kasi taruk minyak gamat
disebabkan kemalangan tersebut, permainan kitorang tergendala seketika.. ayah aku buh minyak gamat sikit kat bahagian muka dia.. kot kot la leh kurangkan sakit tu.. kita xmerasa kan? kucing tu yg rasa betapa sakitnya kena langgar dgn kereta tu..

muka herot sebelah
kalau korang perasan, muka blah kanan kucing tu macam herot kan? aku rasa dia kena langgar kat muka la.. then, bijik mata yg warna hitam tu mcm dah nak terkeluar sikit dah.. seb bek aku x tengok lama lama.. kalo x? mau nya aku jatuh cinta kat kucing jantan ni.. kan kata org 'dari mata turun ke hati'.. lepas capture pic ni.. kitorang sambung main badminton balik, nk biarkan kucing ni tenangkan fikiran dulu.. tetiba bila kalih balik kt kucing tu? tengok tengok...

dah sampai ajalnya
mulut pun dah berbuih.. dia mati berseorangan tanpa mengucap kalimah syahadah.. xpala.. mungkin ALLAH lebih menyayangi dia.. semoga kucing ni ditempatkan dikalangan haiwan haiwan yang beriman.. Ameen..

korang bleh tengok muka dia, sedih je.. tp seminit lepas tu? happy balik la..
lepas tu ayah dan adik adik aku pi tanam kucing tu kat belakang umah tok kami.. aku, ditugaskan untuk cuci darah darah kat tempat kucing tu menghembuskan nafas dia yang terakhir.. see? adik aku yg sorang tu sebijik perangai mcm ayah aku.. penyayang binatang.. sebenarnya kucing tu bukan kucing yg kitorang bela.. ayah aku ni style dia, kalo kucing mana pun mai dok miow miow kat kaki dia? dia bg ja makan.. kalo korang rasa lapaq ka? apa ka? boleh la mai dok miow miow kat kaki ayah aku.. kot ayah aku bg penyepak ka.. kenyang gak kan? hakhak..

p/s : jgn kerana seekor wanita, korang bergaduh sampai mati..

Sabtu, 19 Februari 2011

sapakah NOOR HABIB sebenarnya?

Noor Habib? sapa weh? nama penuh aku, Nor Analia bt. Noor Habib.. nombor kad pengenalan aku hah.. xyah tau la.. ckup sekadar nama.. Yeahhh.. hari ni aku nak bongkar segala isi tersurat dan tersirat sapakah Noor Habib yang sebenarnya.. beliau ni ayah kandung aku.. adakah beliau pewaris HABIB JEWEL? jeng3... kaya den kalo betoi benda ni semua..

jawa mali~~
pic itu adalah ayah gue.. adakah aku kacukan? Yes that's rite.. kacukan kubur panjang dgn sungai tiang.. haha.. xbetoi ka mcm tu? huhu.. apa pun yang penting aku memang kacukan.. untung sapa jd anak Pak Habib ni.. garangnya bak Harimau, aummmmm!!! lawaknya bagaikan musang... miiioowww!!! walau apa pun yg terjadi.. beliau tetap ayah aku.. so? aku sayang ayah aku..

p/s : oklah.. nak pi men badminton sat.. juara kampung beb.. hak!

kenapa si lelaki perlu menyusu?

Peh!! tengok pada tajuk di atas macam terkejut sangat la.. korang xterkejut sudah.. itu korang punya pasai.. aku pun xterkejut sebenarnya.. saja ja wt gimik bagi panjang sikit entry aku neh.. Ok, berbalik pada tajuk entry ni.. aku nak story sikit, kenapa 'si dia' menyusu jugak bila dah besar.. dulu kecik kecik mak dia xbg minum susu ka?

see? ayaq sirap lg..

Ini 'pakwe' aku.. haha.. mampuih kalo awek dia tau.. xlah aku lawak ja.. dia ni bdk satu claz ngan aku skg ni.. dia budak Thailand, kira sbg International student jgk la.. pic ni time kitorang buat lawatan ke Rumah Budi kat Yan.. Lawatan sambil belajar ni kitorang wt sempena Final Projek untuk salah satu subjek masa Short Sem kitorang taun lepas, Subjek Pengajian Malaysia.. time ni kitorang ada program in group.. lebih kurang mcm treasure hunt la.. best gila!!

aku suka pensyarah Pengajian Malaysia ni.. dia ajaq? mmg perggghhh gila!!!! best tiada tandingan.. cuma aku ada masalah sikit ja, almaklumlah aku ni jenis manusia yang xsuka membaca.. asal bukak buku ja? mata ni mula la macam kena hempap dengan microwave.. adeh!! aku pun xtaw nak settle mcm na masalah aku ni.. tp? nasib bek la muka kesian aku ni agak menjadi.. haha.. pensyarah aku bg B result aku last sem.. padahal aku jawab cam bangang ja pun? huhu.. thanks madam!!

p/s : entry khas untuk Yuhairi..

Jumaat, 18 Februari 2011

kenapa lelaki curang?

ALAM rumah tangga tidak selalunya indah. Ramai yang kecundang apabila bahtera yang dilayari bertahun-tahun, akhirnya berderai diserang badai ganas.
Apabila keharmonian rumah tangga sudah dihanyut ombak, ia turut menjejaskan isi dalam rumah berkenaan termasuk si suami atau isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain.

Seandainya insan yang menimbulkan permasalahan itu ialah suami selepas kemunculan insan ketiga misalnya, maka anak-anak dan isteri akan menanggung deritanya.

Benarkah semuanya berpunca daripada kehadiran cinta lain, sehinggakan si suami sanggup berlaku curang terhadap insan bernama isteri?

Walaupun suatu pernikahan tidak membatasi keinginan lelaki untuk jatuh cinta lagi, tetapi sikap curang, bukannya hal baru dalam sejarah kehidupan manusia.
Tidak dinafikan, godaan untuk berlaku curang akan datang sepintas lalu dek tekanan perasaan yang menghantui diri kaum Adam mahupun Hawa.
Perilaku ini berlaku mungkin secara tidak sengaja atau disengajakan.

KEBANYAKAN kes curang biasanya berlaku di antara kenalan pejabat atau kekasih lama.

Adakalanya, ketidakjujuran terjadi ketika si dia dipertemukan dengan seseorang yang mempunyai latar belakang yang sama. Contohnya, si jejaka membantu si gadis menyelesaikan urusan kerjanya di pejabat. Ketika itu, mereka mula berkomunikasi melalui e-mel, telefon dan berjumpa sehingga lewat malam. Akhirnya, hubungan menjadi semakin intim.
Masalahnya, si jejaka sudahpun mempunyai isteri dan cahaya mata. Walaupun mereka dilihat terlalu rapat, tetapi mereka tidak melakukan hubungan intim dan masih memelihara batasan yang perlu dijaga.

Persoalannya, apakah hubungan mereka dikategorikan sebagai curang?
Menurut pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, selama hubungan itu masih terbatas pada hal-hal di pejabat meskipun hingga larut malam, syaratnya mestilah mempunyai orang lain di tempat itu.

"Biarpun nampak intim, tidaklah dikatakan sebagai curang. Kita kena akui hakikat pekerjaan, di mana komunikasi sangat perlu, bahkan mustahil dapat dielakkan. Setiap sektor pekerjaan pasti ada dua gender iaitu lelaki dan wanita.

"Mereka saling berhubung untuk menyelesaikan satu-satu tugas yang diamanahkan. Sesekali bergurau senda atau usik-mengusik, itu adalah suasana biasa di tempat kerja dewasa ini.

"Yang jadi salah hingga boleh diistilahkan sebagai curang apabila sering mencari peluang untuk berdua-duaan, sama ada makan bersama sehingga berpeluang meluahkan perasaan atau memberikan kasih sayang," katanya.
Mungkin hubungan yang dijalinkan mereka itu adalah terhad kepada batasan persahabatan?

"Persahabatan? Tiada istilah persahabatan antara lelaki dengan wanita yang bukan muhrim. Persahabatan hanya terjadi antara sesama jantina. Berlainan jantina biasanya akan berakhir sebagai hubungan intim. Maka itu, antara lelaki dengan wanita, cukup sekadar kenalan ataupun kawan dan bukannya sahabat.
"Memang semua hubungan intim bermula dari sekadar ingin dekat. Tetapi harus ingat, 'persahabatan' antara dua gender berbeza tidak selamanya kekal sebagai persahabatan biasa. Selalunya akan jadi perhubungan hati dan inilah bahayanya.

"Apabila semakin rapat masing- masing semakin galak bercerita pelbagai perkara termasuk yang menjadi rahsia tanpa rasa malu. Simpati pun datang, akhirnya membibitkan perasaan kasihan, seterusnya sayang, akhirnya cinta," jelasnya lagi.
Sebab itulah kata Tuah, beliau tidak menggalak sama sekali seorang wanita berstatus isteri menceritakan masalah peribadinya kepada seorang lelaki atau sebaliknya, sebab pasti mereka akhirnya akan terkandas.


Carilah orang yang betul untuk meluah masalah misalnya ustaz, ibu bapa, ketua jabatan, kaunselor mahupun pakar motivasi.

Adakah cerai jalan terbaik lelaki curang? Katanya, setiap manusia ada kekurangan dan kelemahannya. Curang dalam perkahwinan adalah salah satu kelemahan dan kekurangan itu.

"Selagi ia tidak maksimum seperti berzina hingga melahirkan anak luar nikah, mengekalkan perkahwinan adalah lebih baik daripada berpisah meskipun ada sedikit kemelut dan masalah hati.

"Membina kembali hubungan hati yang telah rosak sama susahnya dengan proses untuk memisahkan antara dua hati yang dulunya pernah bertaut.
"Proses perceraian pun bukan mudah untuk dilalui, bukankah lebih baik saling bermaaf-maafan terutama demi anak-anak yang telah dilahirkan," tegas Tuah.

Adakah cerai mampu selesaikan masalah?

Memetik pendapat daripada seorang konsultan psikologi, Maria Theresia Widyastuti menerusi laman webnya, cinta baru biasanya muncul lagi dalam kehidupan pasangan yang sudah rumah tangga selepas usia perkahwinan mencecah lima tahun ke atas. "Tetapi kemungkinan ia juga boleh berlaku pada awal perkahwinan, misalnya tiga tahun, sekiranya komitmen pernikahannya tidak kuat," katanya.

Apa pun keputusan yang diambil ketika hadirnya orang kedua, semuanya itu bergantung terhadap diri si pelaku itu sendiri. "Di sini tiada kata-kata yang baik mahupun buruk, tetapi siapapun pilihannya, pasti akan mengundang risiko," kata Maria.



Sebelum memutuskan langkah terbaik yang perlu diambil, sebaiknya kamu dan pasangan mengkaji kembali tujuan hidup yang dibina selama ini. Sekiranya keutuhan rumah tangga itu menjadi kelebihannya, kembali ke pasangan dan perbaiki hubungan dengan mencipta komunikasi yang baik.

"Mereka seharusnya benar-benar ikhlas mencipta kembali kehidupan perkahwinan mereka," ujar Maria

Kalau pilihan kamu menjurus ke arah kehidupan kedua, pernikahan dan hubungan kamu dengan masyarakat perlu diperhatikan dari segi norma sosial. Biasanya pandangan orang masih negatif dan ini akan mengganggu pergaulan sosial kamu itu.

"Tetapi, walau apa pun pilihan kamu, semua keputusan berada di tanganmu sendiri, dan semuanya mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri."

p/s : mencegah lebih baik daripada merawat.. dipetik dari SITU..

Khamis, 17 Februari 2011

kembar yang lama terpisah kembali bertemu

Alhamdulillah.. tidak ku sedari yang selama ini aku punyai kembar.. bila dah jumpa, aku seronok sekali.. sebab apa? sebab aku lg comel dan lebih tinggi dari 'kembar' aku tu.. mungkin masa dalam perot ibu, aku dah curik sekali dia punya kalsium.. haha..

baju pun sama

tengok pada pic diatas, aku sengaja bagi peluang pada kembar aku tu untuk jadi lebih tinggi dari aku.. bila lg kan? bg la can kat dia.. haha.. aku suka pic ni.. walaupun kitorang ni kembar yang x seiras.. (biasa la, mak laen pak pun laen).. tp kami tetap sehati dan sejiwa!

korang ingat manusia ja ada kembar ka? anda silap sebenarnya! kereta pun ada kembar gak tau.. tp 'diorang' ni kembar yang seiras.. jantan + betina.. eh silap! gurl + boy.. ha.. baru sopan cket bahasa.. cuma nombor surat branak ja laen..

ini juga kembar
yang warna macam ngan kodok ijau tu aku punya.. 'diorang' ni aku temukan masa aku study kat poli arau dulu.. bila dah parking bersebelahan, aku amik peluang untuk capture gambar diorang.. leh wt kenangan bila diorang dah besar nanti.. leh tunjuk kat cucu cicit yang 'atuk nenek' kau ni ada kembar sebenarnya..

p/s : sebenarnya aku rindu pada satria ijau tu (^^)

Rabu, 16 Februari 2011

tiru macam saya

ok sekarang semua orang cepat amik pensil & kertas.. aku nak ajar korang cara ataupun taktik untuk meniru dalam exam.. haha.. nak taw x? cepat! sila panjang tengkok anda macam zirafah.. aku pro dalam bab tiru meniru ni.. korang amacam? j0m tengok aksi meniru aku neh..


amacam ok x? agak agak bleh x aku jadi duta untuk rangkaian DIGI.. kalo nak suruh aku pakai cust0m DIGI ni pun aku sanggup.. sbb comel ja tgk cust0m ni.. untuk pengetahuan korang.. aku xpakai number DIGI.. aku cuma pakai number CELCOM ngan MAXIS ja.. Aku xmau pakai DIGI sebab, nanti kalo aku masuk tandas pun, patung kuning DIGI tu ikut.. xke mampuih aku? haha.. pecah rahsia den!!

p/s : bersamamu.. bersama walau kemana jua..

Selasa, 15 Februari 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432H

pic yg di google

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.
Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.

Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
“Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “
Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”

Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

“Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita…

p/s : petikan dari SINI

Isnin, 14 Februari 2011

kerana terlalu comel 'dia' dibuli

akhir akhir zaman ini, banyak aku tengok kat tadika, pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, universiti dan (yang lain korang pandai pandai la tambah sendiri ok) kes kes buli sesama pelajar semakin meruncing..

31 Jan 2011, Alor Star, di IPT yang dirahsiakan tempatnya.. seorang pelajar telah dibuli oleh dua pelajar yang agak nakal.. setelah disiasat, pihak kami akhirnya berjaya mendapatkan jawapan MENGAPA mereka membuli pelajar tersebut.. mereka memberitahu bahawa mereka tidak puas hati kerana pelajar itu terlalu comel.. sebab itulah mereka lantas membuli pelajar tersebut.. pihak polis terpaksa menjatuhkan hukuman gantung tak bertali... berita tamat...

gambar yang berjaya ditangkap

p/s : apa kes weh buli sebab terlalu comel? haha

Ahad, 13 Februari 2011

cinta sampai mati

Azmir dan Azrin 'berkawan' dari sekolah menengah lagi.. mereka belajar bersama dan hampir semua perkara mereka lakukan bersama.. Azmir sangat cintakan Azrin begitu jugak sebaliknya.. akibat satu hal yang tidak disengajakan, Azmir dan Azrin bergaduh.. tetapi mereka tidak dapat melarikan diri dari berjumpa sesama sendiri kerana mereka turut menyambung pelajaran di dalam kolej yang sama.. setelah sekian lama memendam kecewa, Azmir cuba mencari pengganti untuk mengisi hatinya.. walaupun pada hakikatnya Azmir masih mencintai Azrin.. Azmir 'berkawan' dengan Izwani untuk menggantikan tempat Azrin.. cinta mereka akhirnya kekal hingga ke jinjang pelamin.. Mereka berkahwin dan mempunyai seorang anak yang berumur 2 tahun..

Di pihak Azrin pula, sehingga sekarang Azrin masih tidak ada pengganti Azmir.. dia sangat cintakan Azmir hingga saat ini.. dalam masa yang sama, Rosli iaitu sahabat baik Azmir menyukai Azrin.. Rosli bercadang untuk menyunting Azrin lantas ditolak secara baik oleh Azrin.. kerana dalam hati Azrin, cuma ada Azmir walaupun dia sendiri tahu yang Azmir sudah berkahwin.. Semakin hari, Azmir kian berubah.. dia lebih suka termenung sendirian di ruang tamu rumahnya.. Izwani isteri Azmir cuba bertanya apa masalah Azmir.. tetapi Azmir cuba berselindung.. Jauh disudut hati Azmir, dia sebenarnya teringatkan Azrin.. kekasih lamanya.. dia cuba mengenang kembali kisah cinta mereka sewaktu di sekolah, sungguh bahagia ketika itu.. kebetulan pula, sahabatnya Rosli selalu menceritakan tentang Azrin kepadanya.. Azmir menjadi semakin takut jika Azrin menjadi milik sahabatnya itu.. tetapi dia cuba juga untuk menyembunyikan kisah mereka daripada pengetahuan Rosli kerana Rosli tidak pernah tahu yang Azmir pernah bercinta dengan Azrin..


Selepas kematian ibu dan ayah Azrin.. Azrin menjadi semakin murung.. dengan masalahnya yang sukar untuk melupakan Azmir.. cintanya pada Azmir semakin bertambah bukannya semakin berkurang.. akibat dari kemurungan tersebut Azrin menjadi semakin kurus..cuma pada Rosli tempat dia meluah perasaan.. Rosli tidak menyangka yang Azmir dan Azrin saling mencintai.. Azrin memberitahu Rosli yang salah faham antara dia dan Azmir semasa di sekolah yang menyebabkan dia dan Azmir putus adalah rancangan dirinya sendiri.. Sebabnya adalah dia sendiri pun terperangkap dengan janji antara ayah dan ibunya..Azrin tidak punyai pilihan.. Rosli nekad untuk menolong mereka.. Izwani dapat juga berjaya mengesan perubahan suaminya itu, dia juga dapat tahu yang suaminya masih mencintai Azrin.. Lantas ingin memberi peluang untuk Azmir dan Azrin bersama semula walaupun hatinya terluka..

Setelah berjaya mendapatkan nombor telefon.. Azmir menghubungi Azrin mengatakan yang dia bercadang mahu ke rumah Azrin.. hati Azrin kembali berbunga.. bukan Azrin sahaja.. tetapi Azmir juga berbunga bunga hatinya.. segala kenangan manis yang lalu segera menghiasi fikiran mereka.. tidak lama kemudian, kedengaran ada bunyi kereta yang singgah di rumah Azrin.. Azrin menyangkakan yang Azmir sudah sampai, dia segera keluar dari biliknya.. Tiba tiba Azrin tergelincir lalu terjatuh tangga di sebelah biliknya itu.. Darah menyimbah memenuhi lantai rumahnya.. Azrin dihantar ke hospital oleh cikgu Ayob..


tidak lama kemudian, Azmir juga dihubungi untuk diberitahu tentang keadaan Azrin.. Azmir hampir terkejut kerana menyangka bahawa Azrin yang menelefonnya.. setelah mengetahui, Azmir segera menuju ke hospital dengan keadaan tergesa gesa.. setelah tiba di kawasan hospital, ketika Azmir mahu menyeberangi jalanraya, kebetulan ada kereta yang ketika itu dipandu dalam keadaan laju kerana isterinya mahu bersalin, kereta itu terlanggar Azmir yang ketika itu mahu menyeberangi jalanraya.. Serentak dengan pelanggaran tersebut, nafas Azrin tersekat bagaikan ditarik nyawanya oleh malaikat Izrail.. seolah olah ada chemistry antara mereka berdua.. MEREKA MENINGGAL DUNIA PADA HARI DAN WAKTU YANG SAMA.. Innalillah...

p/s : cinta x bererti memiliki..

Sabtu, 12 Februari 2011

TERkilan dengan sikapnya yang lupa daratan

hari ini sehari suntuk Balqis di dengan ibu dan adik adiknya, dari pagi sampai ke petang.. penat? xpayah nak diceritakan la.. sebab bila dengan keluarga, penat itu seolah olah hilang.. bukan senang nak ada masa bersama dengan family..

pada malam hari setelah selesai solat maghrib, Balqis seperti biasa keluar dari bilik untuk menonton tv sambil melipat kain baju.. sudah dua hari kain tidak dilipat, 3 raga berjaya dikumpulkan.. sakit belakang bukan kepalang lagi.. Balqis baru bercadang selepas habis melipat kain, dia hendak menyiapkan assignment yang diberikan oleh pensyarahnya.. tetapi, apabila terdengar ayahnya menyuarakan bahawa mahu menggunakan camera pada esok hari, dia kasihan kepada adiknya itu..

kerana camera yang ayahnya mahu guna pada esok hari telah rosak selepas digunakan oleh adik Balqis iaitu Zuni .. tidak tahu dimana silap Zuni.. gambar tidak boleh dicapture.. "card loked".. Balqis tekad, selepas habis melipat kain, dia ingin membantu Zuni memperbaiki camera tersebut, kerana takut Zuni akan dimarahi ayah.. selapas selesai melipat kain, Balqis mengambil laptopnya lantas memasukkan Card Reader camera tersebut.. dia cuba untuk selesaikan masalah Zuni sambil diperhatikan oleh Zuni.. namun tidak berjaya~~

Balqis tidak mahu berputus asa, kerana dia berpegang pada misi yang satu.. 'setiap masalah mesti ada jalan penyelesaian'.. ibu mencadangkan kepada Balqis untuk hantar sahaja camera tersebut ke kedai.. tetapi Balqis terus mencuba.. juga tidak berjaya~~ Balqis cuba search masalah tersebut di google.. hampir setengah jam melakukan taktik itu.. juga juga tidak berjaya~~ lutut Zuni terus ketaQ takut dimarahi ayah mereka yang garang bak harimau itu..


sudah beberapa kali Balqis menguap, mata Balqis sudah mengantuk.. tetapi kerana Zuni, Balqis gagahi juga.. dengan berkat usaha Balqis yang xpernah kenal erti putus asa.. akhirnya, masalah berjaya diselesaikan.. Balqis melompat keriangan bagaikan kanak kanak yang baru mendapat ais krim.. Balqis ke tandas dahulu sebelum menceritakan kepada Zuni dan ibu mereka tentang masalah tersebut...

pulang dari tandas, kelihatan Zuni sedang memegang camera tersebut sambil berkata

'ooo, Zuni tau dah kakak buat camna..' Balqis lantas membalas

'jangan dok wat pandai, stg rosak plak..'

selepas habis ayat yang 'disembur' oleh Balqis.. Zuni lantas masuk ke bilik dengan perangai bebalnya itu... Balqis agak terkilan dengan perangai adiknya itu.. bagi Balqis, adiknya itu hanya menggunakan dirinya untuk kepentingan adiknya sendiri.. tetapi anggapannya itu segera ditepis.. bak kata pujangga "habis madu sepah dibuang".. selepas menerangkan kepada ibu mereka tentang masalah camera tersebut.. Balqis terus masuk ke biliknya untuk menyiapkan assignmentnya.. bagi Balqis, x apalah, janji adiknya tidak dimarahi oleh ayah mereka.. cuma yang Balqis terkilan, kenapa adiknya itu langsung tidak mengucapkan terima kasih kepadanya.. bukan mahu disanjung, cukuplah sekadar TERIMA KASIH..

p/s : JANGAN KAU B'SAHABAT DENGAN SAHABAT YANG MANA DIA BEGITU B'HARAP KPD KAU KETIKA MAHU MENYELESAIKAN MASALAHNYA SAHAJA, SEDANGKAN BILA MASALAH/HAJATNYA TELAH SELESAI MAKA DIA M'MUTUSKAN KEMANISAN P'SAHABATAN.. B'SAHABATLAH DGN MeREKA YANG M'PUNYAI KETINGGIAN DLM M'LAKUKAN KEBAIKAN, MEMENUHI JANJI DLM PERKARA YG BENAR, M'BERI P'TOLONGAN KPD KAU SERTA MEMADAI DGN AMANAHNYA/SIKAP B'TANGGUNGJAWAB T'HADAP KAU"- ImamUmar Abd Aziz..

Jumaat, 11 Februari 2011

khas untuk sahabat seBILIK seBAROKAH

start hari ni, bermulanya cuti pertengahan semester aku.. bila aku kira kira balik? cuti aku adalah sebanyak 9 hari beb.. alahai jenuh buat taik mata la aku kat umah ni.. ibu ayah & semua adik adik aku sekolah, tinggal lah aku sorang sorang kat umah.. apa salahnya jadi bibik tanpa gaji dalam masa 9 hari ni kan? haha.. tp bibik ni haruslah bangun lambat tektiap hari sebab penat bekerja seharian.. huhu..

untuk sahabat sahabat aku kat kuin? aku doakan korang selamat bercuti.. selamat bernikah.. eh!! yang ni silap.. mana nikah lagi.. biar aku yang first!! haha.. jenuh andartu la korang kalo tunggu aku nikah dulu kan kan kan :-P aku sayang korang berLIMA.. sorry la sbb aku terpaksa balik dulu tinggal korang.. haha.. ni kira xkejam la.. k.yu tu lagi kejam!! biarkan kita berlima terkontang kanting kat LAB A xreti jawab soalan yang Cik Shafinar tanya.. haha..

gelak itu gimik semata mata

untuk yang lagi empat orang tu.. sebelum balik pastikan korang basuh pinggan mangkuk jamban yang kotor dulu tau.. takut nanti masa kita balik barokah, ada 'budak budak' baru plak yang cek in kat barokah tu.. hehe.. agak rajin sikit? basuh ja satu raga, skali ngan yang xkotoq pun basuh gak.. haha.. tak lupa jgk kepada KAK UMI, owner of the barokah.. tank kiu veri veri much sebab xpi kutip duwet sewa untuk bulan FEB lagi.. leh la joli dulu time cuti ni.. nanti bila dah bukak sem, kitorang bayaq erk? time tu kena korek tabung SITI la.. :-) bleh kan siti? haha.. kitorang dok tunggu gak Kak Umi nak mai mintak duet? tapi xdak pun.. xpala kitorang redha..

biru hitam ungu hitam ungu hitam

sebelum aku lupa, cuti ni korang berLIMA jangan tension tension sangat taw.. kita xbanyak assignment pun.. cuma BI, ARAB, FA & JAVA(paling banyak.. sayangggggggg cik shafinar)haha.. rilek sambil makan serbuk kopi dulu.. ikut pesan aku.. dekat dekat nak abes cuti, baru pulun buat assignment sampai tertonggeng!! ikut cakap boss tau!! haha..

p/s : thumb up utk uyairsrun.. dia yg make up pic ni.. tq syg..

Khamis, 10 Februari 2011

siapakah insan yang bakal menjadi 'imamku'?

ini adalah slot pencarian dan penemuan jodoh oleh cik analia.. siri ini sgt ekslusif.. jodoh cik analia? hmm.. di manakah beliau berada skrg? di planet marikh ka? haha.. itu aku xpasti.. yang aku betul betul pasti adalah, beliau skrg berada di hati kecil aku ni.. siapakah beliau? hanya aku saja yang tau..


aku bukan lah seorang yang memilih.. yang ensem? lagi tak la.. sbb aku bukan orang yang cantik dan vote sgt pun mcm model model kat malaysia ni.. tp? kalo dapat yang ensem.. aku rasa satu pakej kot buat aku.. haha.. bukan senang nak dapat yang ensem.. bagi aku? paras rupa xpenting.. nanti tua keredot serupa tu jgk.. hadoi..

yang penting skali.. beliau boleh jadi IMAM untuk aku dan bakal anak anak aku nanti.. cukup la takat tu.. yang kaya? hmm.. mmg tipu la kalo aku cakap xmau yang kaya.. tp aku tak kisah sgt.. sbb duet boleh cari.. kan? ok.. aku berenti dulu slot pencarian dan penemuan jodoh takat ni.. nantikan slot yang seterusnya oleh cik analia.. kita hanya merancang tetapi hanya ALLAH yang menentukan.. tata..

p/s : dalam hati ada taman ular~~

Isnin, 7 Februari 2011

tak tahu yang mana? (part 3)

sambungan dari part 1 & part 2
keesokkan harinya seperti yang dijanjikan oleh Mr. S, ketika aku baru sahaja habis kelas, dia menelefon aku.. mengatakan yang dia sudah sampai..aku pun pergi kepadanya di Shahab Perdana.. hanya berdepan dengan 'kondo'ku sahaja..

sepanjang perjalanan kami hanya berbincang tentang masa depan kami bagi aku? yang belum pasti.. aku pun heran kenapa aku cakap yang masa depan kami belum pasti.. sedangkan aku sayangkan MR.S.. itu sudah cukup! tetapi aku malas nak mengharapkan apa apa.. sebelum pulang kerumah, MR.S membawa aku untuk skodeng rumahnya.. kerana sudah banyak kali aku cuba mencari rumahnya, tetapi tetap juga aku tidak menjumpai..

kemudian, kami terus pulang ke rumah.. setibanya kami di rumahku, seperti tiada sesiapa dirumah pada ketika itu.. disebabkan itu, dia terus meminta diri untuk pulang kerumahnya.. setelah dia sudah keluar dari kawasan rumahku, aku mula melangkah masuk kerumah, rupa rupanya ibuku ada dirumah.. tetapi apa boleh dibuat lagi? Mr.S sudah berangkat pulang..

belum sempat aku menyimpan beg ke dalam bilik ku, tiba tiba ibuku bertanya.. 'apa crita?'.. aku dari awal sudah menjangka yang ibuku mahu mendengar cerita sebenar tentang hubungan aku dengan kedua dua Mr. ku ini.. aku lantas menceritakan dari A sampai Z kepada ibuku.. satu huruf pun tidak tertinggal.. aku segera memberi pendapat agar ibuku sajalah yang memilih? sesiapa sahaja aku terima.. nasihat ibuku agar aku membuat solat istiqarah agar dapat petunjuk.. bukan senang nak buat pilihan dalam hidup ni..

aku juga tidak lupa untuk bertanyakan pendapat dari tok aku.. merangkap mak kepada ibu aku.. nasihat tok agar aku memilih yang lebih tua dari aku, matang katanya.. tetapi dia jugak menyuruh aku membuat solat istiqarah.. sama seperti ibu ku.. selepas itu, aku terus bertanyakan pendapat ramai sahabat sahabat aku, xlupa jgk kepada ustazah ustazah di kolej aku tuh.. mereka juga sama.. ISTIQARAH.. aku tiada pilihan lain..


semenjak hari itu, aku menjadi keliru tentang perasaan ku ini.. jika aku menerima Mr.S, aku takut dia akan meninggalkan aku seperti yang dia pernah buat kepadaku sebelum ini.. x mustahil sejarah akan berulang kan? dan jika aku memilih Mr.Y, aku takut aku xdpt sygkan dia lebih dari seorang sahabat.. inilah yang membuatkan aku jadi lebih bingung..

sejak itulah Mr.Y sudah jarang untuk menghubungiku lagi.. mungkin dia juga memberikan aku peluang untuk berfikir.. aku amat terasa akan kehilangan nya.. mungkin betul kata orang, "kita xkan pernah sedari jika dia berada di depan mata, tapi setelah kehilangannya, baru lah kita sedar yang kita amat menyayanginya".. bukan ku pinta untuk jatuh cinta dgn dua orang lelaki.. mungkin ada sesetengah perempuan diluar sana yang mengutuk aku kan? "apala dia ni, jatuh cinta dengan dua orang lelaki sekaligus".. haha.. aku xkesah sgt pun.. ckp la selagi korang bleh ckp.. korang xdak ditempat aku, korang xtaw dan korang xberada ditempat aku.. ckp senang la..

pernah Mr.Y minta untuk mengundur diri kerana dia tahu yang aku akan memilih Mr.S kerana aku sayangkan Mr.S, dan pernah juga Mr.S mencadangkan bahawa dia tak mahu menghubungiku lagi kerana ingin menguji sejauh mana kasih sygku kepadanya.. sejak itu la aku SEMAKIN dalam dilema.. mungkin kah Mr.S akan kembali ke perangai lamanya? mahu meninggalkan aku seperti dulu.. argh! itu aku tidak peduli.. apa nak jadi? jadi la...

p/s : mahu saja aku memberitahu Mr.S yang aku memilih Mr.Y dan kepada Mr.Y akan ku beritahu yang aku memilih Mr.S.. adil kah begitu?

Ahad, 6 Februari 2011

aku rindukan mereka

geng 4sains3

aku rasa aku rindukan mereka ni.. ni pic masa aku form 4.. dalam kelas kitorang ni ada 4 puteri saja.. so? kami memang diMANJAI.. ahaks! last aku jumpa diorang ni masa aku form 5 la.. try angkat tangan kira jari tengok? skrg dah masuk tahun ke-5 dah kitorang xjumpa.. bak kata kayu patah~~

yang dulu pendek? skrg dah tinggi..
yang dulu kurus? skrg dah gemok..
yang dulu hitam? skrg dah putih..
yang dulu pemalu? skrg dah xmalu..
yang dulu xcomei? skrg dah comei..(merujuk kpd aku)
yang dulu suara halus? skrg dah garau..
yang dulu xhensem? skrg dah hensem..

dipendekkan crita, semuanya dah berubah.. adeh!! weh korang? aku rindu korang sangat sangat... bila nak jumpa neyh?

kanta lekap : try search aku yang mana?

Sabtu, 5 Februari 2011

adakah jodohku dengan Mohammad Amin akademi al-Quran?

sapa tengok Akademi Al-Quran 5? haha.. baik la sangat.. aku pun tengok tau.. tapi iklan jela, xpun time tu abeh xdak crita laen kat tv.. aku ngaku siap siap!! debush.. baru baru ni time aku TERtengok AQ5 ni, aku ternampak seseorang yang aku rasa cam kenal ja.. amat kenal (bajet nak tumpang populariti).. haha.. nama beliau Mohammad Amin..

gambaq yg dicilok dri google

tudiaaa gambaq beliau.. aku bukan kenai sgt pun beliau ni.. cuma cam penah tengok ja.. bila aku nampak ja beliau kat tv.. aku terus masuk bilik.. haha.. cari balik buku 'DIRGAHAYU' zaman tok nenek aku dulu.. dirgahayu adalah buku sekolah aku (SMK Dato' Syed Omar).. cari punya cari, akhirnya.... jumpa jgk beliau~~ 

click utk besarkan


ni la DIRGAHAYU

pada pemerhatian aku beliau ni masa kat sco0l dulu agak pemalu.. hehe.. jalan pun tunduk beb.. aku dok usha usha jela.. beliau ni muda dari aku.. kira aku senior dia la.. haha.. xjadi nak ng0rat sbb muda..
bukan takat sekolah menengah skali dengan beliau.. la ni pun aku tgh study tempat yang sama dengan beliau.. sebab aku penah jgk TERserempak dengan beliau masa nak pi tasmik.. cam ada jodoh ja? eheks.. **ai em belusshing** toinkk.... dia skrg study kat Kolej Universiti Insaniah ambik Diploma Al-Quran.. ala kami pggil budak TAHFIZ ja kalo kat sana..

lepas ni aku xtau la kitorang nak sama kat mana lagi.. maybe aku akan ikut beliau ke Mesir? haha.. yang ni jgn caya.. komfom TAKKAN sama skali.. takat study dalam negeri pun aku nanges nak balik umah~~ malu woih malu.. mmg dah tertulis kot jodoh aku dengan beliau ni.. mmg x la..

perasan ja lebih aku ni.. aku tak mintak eh pasangan yang soleh sampai tahap first class.. sbb aku ni bukannya baik sgt pun.. ala kadar ja.. kan dah tertulis yang "wanita yang baik hanya untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang tidak baik hanya untuk perempuan yang tidak baik".. aku sederhana? so aku nak yang sederhana jela.. tp? kalo dapat yg baik.. aku terima dengan hati terbuka.. (sapa xmau laki baik woih)

p/s : malam ni ada AQ5.. korang tgkla.. aku xmau..

Jumaat, 4 Februari 2011

kalajengking neraka

sekadar renungan dan pedoman bersama.. kawan aku SMS aku tentang perkara ni.. meremang aku membacanya!!

yang pastinya itu bukan tangan aku

Kalajengking neraka.. di hari khiamat akan keluar seekor binatang dari Neraka Jahanam yang bernama Huraisy berasal dari anak Kalajengking.. besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.. panjang nya pula seperti jarak langit dan bumi..

malaikat Jibrail bertanya : Hai Huraisy! kemana hendak kau pergi dan siapa yang kau cari?

Huraisy menjawab : aku mahu mencari LIMA orang..

pertama - orang yang meninggalkan solat
kedua - orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
ketiga - orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya
keempat - orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid
kelima - orang yang suka minum arak

p/s : korang yang nombor brapa?

Khamis, 3 Februari 2011

slamat pengantin baru VS slamat hari raya cina?

xdak apa yang nak aku lafazkan kecuali selamat hari raya cina.. aku penat dah makan limau.. tp? aku suka.. thanks buat uncle uncle yang bagi ayah aku limau banyak banyak ni.. sudilah kiranya uncle bagi angpau sama dekat saya.. boleh?


aku penat sangat hari ni.. xsempat sgt nak online.. leh online pun kejap kejap ja sebab hari ni sehari suntuk aku pi umah kenduri.. bukan tolong basuh pinggan~~ tp? jadi pengapit baju.. hakhak.. kawan aku yang sorang ni dah kawen.. sempena hari raya cina ni.. pandai depa pilih tarikh, sbb tiap2 tahun komfom asben dia x lupa punya anebesseri depa.. kan dah da dalam kalendar.. xgitu? lelaki ni kan suka lupa tarikh2 penting ni..

kawan poli aku
p/s : aku bila lagi?

Rabu, 2 Februari 2011

sesi meREMPIT bersama helmet styl0

korang pernah merempit x? xkisah la rempit guna motor ka, kereta ka, beskal ka, ataupun guna kaki pun boleh jugak! haha.. aku semua pernah.. cuma guna mulut ja xpernah lagi.. macamna lah kalo nak merempit guna mulut kan? eh eh.. abaikan..

rempit dgn moto buruk aku

aku bukan nak crita pasai moto skg ni.. tp pasai helmet.. so? apa helmet yang korang pakai? MS 88, MS 89, MS 90, SGV, KURA? ha jawab jawab.. aku xpkai semua tu.. aku pakai helmet yang xdak dijual dimana mana kedai pun.. korang cari la kat semua kedai.. komfom xdak!! helmet ni hanya untuk aku yang merangkap mak datin ni ja.. huhu.. dengan helmet ni kalo aku hantuk kepala aku laju laju kat bataih tat tu pun xlebam!! jom tengok helmet aku ni..

korang ader?
amacam? puas hati ke x? helmet aku mmg power.. tp? kalo dah sampai ajal.. xkira la aku pakai helmet ni ke x.. mati jugak aku.. contact aku kalo korang nanak helmet ni.. hehe..

p/s : helmet ni buat kait buah nyioq pun leh gak.. melindungi kepala.. wah serbaguna betoi~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...