rombongan cik alya

Ahad, 30 Januari 2011

kisah amoi yang terkandas di pokok sena

hari ni pagi pagi lagi gua dah bangun nak pegi kelas.. gua ikut ibu gua pi sekolah beliau, niat gua? gua nak naik bus kat bus stop pokok sena la.. dengan adik gua yg tingkatan 1 tu skali ikut ibu gua mai sekolah.. ala lebih kurang macam reunion dari anak Cekgu Yati la katakan..

firstly, gua pegi antaq ibu gua kat sekolah dulu.. niat gua nak pi amik duwet kat public bank dulu.. duwet PTPADI (Pinjaman Tabung Pendidikan Ayah Dan Ibu) hah! korang ada? gua dapat pinjaman ni.. hehe.. gua bawak adik adik gua pi bank.. yg form 1 dgn yg dok PRA tu.. tengok tengok ATM ROSAK!! chill... ok gua t'paksa pi bank islam plak.. gua jarang nak songlap duwet dari bank lain kalau kad atm gua lain.. rugi RINGGIT MALAYSIA SERINGGIT woo... bkn gua kedekut.. tp? JIMAT beb!! gua pi bank islam? xrosak.. ok gua masuk.. gua cuma nak amik rm80 sahaja.. lebih gua tamaw!! ala.. bank islam xdak duwet rm10 la plak.. xleh jd ni.. gua dgn rasa bangang nya pi BSN plak.. seb bek Pokok Sena ni banyak ATM.. BSN pun xdak duwet rm10.. huh! t'paksa la gua korek taik idung tabung utk bayar duwet tambang bus stg..

sampai ja kat sekolah ibu gua, kwn kwn gua mesej.. gtw yang kelas xdak.. haha.. gua best gilak la sbb xyah balik lg.. huhu.. besok pagi baru gua balik.. haha.. so? adik gua ajak pi Alor Star.. gua malas la nak pi kalo ibu gua xikut.. kalo nak ikutkan hati gua? nak ja suruh ibu gua ponteng sekolah! haha.. tp? cian la plak kat ibu gua.. nanti makan meggi plak satu family kitorang ujung bulan ni.. so? lepas adik gua makan kat kantin.. kitorang pi labrary kat sekolah ibu gua..

di situ la gua mencipta keboringan yang teramat sangat sampai gua pun jadi kebangangan.. seb bek ibu gua kasi dia punya noteb0ok.. kalo x? gua pakai 'notebook' gua la jwbnya.. notebook gua sadis sikit.. touch skrin beb! kena guna  pensil ataupun pen.. pastu tulis ataupun lukis.. itulah notebook gua!! ok gua tanak stoli banyak dah.. lu olang layan ja pic pic gua yang meraban tahap dewa kat bawah ni..

gua sama adik gua~~

love u all~~

gua prasan sorg2 time ni~~

gua sedih beb!!

xdak pasal mau cari pasal ka?

cekgu praktikal yg malas~~
 kalo korang rasa malas nk tgk? silakan tekan close kt atas.. gua xdak hal.. gua mmg suka perasan sorang sorang.. lu orang kena accept la x kira mcmna gua.. bak kata orang berkapel? terima gua seadanya.. haha.. yang bestnya.. gua bleh plak tertidoq kt labrary tuh!! seb bek 'peta' negeri gua x tampal kat meja tu.. kalo x? jatuh saham gua beb!

p/s : ramai orang yg tgk gua td, panggil gua cekgu praktikal.. gua ada gaya jd cekgu ka ha?

Sabtu, 29 Januari 2011

saya mata awak & awak kaki saya

cerita ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga.. pada awal perkahwinan tersebut, kehidupan mereka sangat bahagia.. macam mana yang dikatakan bahagia itu? tak usahlah saya menceritakan kerana anda sendiri sudah tahu.. tetapi apabila perkahwinan mencapai usia lebih kurang 3 tahun, si suami mula menunjukkan taringnya.. si suami sudah mula memukul si isteri, mula menengking dan suka meninggikan suara.. paling teruk sekali, si suami suka keluar malam dan mempunyai perempuan simpanan.. akan tetapi si isteri tetap bersabar, kerana dia tahu bahawa ALLAH sedang menguji hambaNya.. si isteri terus berdoa semoga ALLAH membuka pintu hati suaminya supaya berubah dan bertaubat untuk kembali ke jalan ALLAH.. hanya kerana dia sangat sayangkan suaminya..

ALLAH tetap menguji kesabaran si isteri.. di depan matanya sendiri, si isteri ternampak suaminya keluar berpeluk pelukan bersama perempuan lain.. si isteri menangis dan hanya pada ALLAH tempat untuk dirinya mengadu.. hampir setiap malam si isteri melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran untuk memohon kepada ALLAH.. semakin hari, jarak antara hubungan si suami dan si isteri semakin jauh.. malahan si suami sudah tidak tinggal serumah dengan isterinya.. si suami sudah meninggalkan isterinya gantung tak bertali hampir 2 tahun.. tetapi si isteri masih mengharapkan jika langit yang mendung itu kembali bersinar dengan kembalinya matahari!! berdoa dan terus berdoa..

suatu hari dengan kuasa ALLAH, terjadilah satu peristiwa yang tak disangka.. si suami dilanggar dengan bas ketika hendak menyeberangi jalanraya untuk berjumpa dengan kekasih barunya itu.. selepas kejadian tersebut, si suami telah ditinggalkan kekasihnya itu kerana dia sudah tempang! cacat seumur hidup kerana kakinya sudah tidak dapat digunakan lagi..  sejak peristiwa ditinggalkan kekasih hati, si suami itu hidup sebatang kara.. hidupnya bukan seperti dulu, kerana kakinya sudah tidak boleh digunakan lagi.. si suami cuba untuk mencari isteri yang dahulu pernah ditinggalkan, tetapi dia tidak mampu dan malu kerana keadaannya seperti begitu..

suatu hari ketika si suami sedang membeli makanan di gerai yang berdekatan dengan rumahnya, dia diganggu oleh sekumpulan samseng di seberang jalan.. samseng tersebut membuli si suami dengan menumbuk serta menendang muka dan perutnya, mereka juga sempat mencuri dompet si suami.. kebetulan si isteri ternampak akan kejadian tersebut, dengan ilmu silat yang dia pelajari sewaktu di kolej dahulu.. si isteri lantas menolong seorang insan yang dibuli oleh samseng tersebut, si isteri tidak mengetahui lagi yang insan tersebut adalah suaminya.. apabila samseng samseng itu sudah melarikan diri, barulah si isteri ternampak yang insan kurang upaya itu adalah SUAMInya.. pada ketika itu jantung si isteri berdegup dengan laju.. hanya ALLAH yang tahu perasan si isteri ketika itu betapa seronoknya dapat berjumpa semula dengan suami kesayangannya..

selepas kejadian suaminya diganggu oleh samseng jalanan tempoh hari.. si isteri selalu ke rumah si suami untuk membantu suaminya menguruskan rumah suaminya yang kurang TERurus.. suatu hari, sedang si isteri membersihkan rumah suaminya, si suami memanggilkan isterinya.. berbincang tentang hubungan mereka, mungkin ada harapan dan masih boleh diperbaiki, memohon maaf kepada si isteri atas segala perbuatannya yang sebelum ini.. dan meminta untuk si isteri tinggal bersamanya semula.. oleh kerana terlalu sayangkan suaminya.. si isteri sanggup bersama suaminya semula dan sedia memaafkan segala kesilapan suaminya.. semakin hari, kehidupan mereka bahagia seperti sediakala..

suatu hari, sedang si isteri berjalan untuk menuruni tangga rumahnya.. tiba tiba kakinya tergeleceh lalu terjatuh dari tangga yang tinggi tersebut.. akibat daripada kemalangan itu, si isteri mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepalanya, paling menyedihkan lagi si isteri tidak dapat melihat lagi kerana gegaran otak yang dialami telah mempengaruhi penglihatannya.. sekian lama, setelah puas si isteri berfikir, si isteri berbincang dengan suaminya..

"awak.. saya sekarang dah cacat, saya x mahu menyusahkan awak.. boleh tak awak lepaskan saya?"

si suami terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh isterinya itu.. dari dahulu lagi si suami sudah tekad dalam dirinya walauapapun yang terjadi, dia akan tetap bersama isterinya hingga akhir hayat mereka.. lantas si suami menjawab..

"awak, saya dah tekad yang saya xkan berpisah dengan awak walauapapun yang terjadi.. cuma ALLAH dapat pisahkan kita.. sayang, mulai sekarang saya adalah mata awak dan awak adalah kaki saya.. kita memang diciptakan untuk bersama.."


 p/s : payah nak cari pasangan yang setia masa kita susah!

Jumaat, 28 Januari 2011

berd0a sejenak

perkongsian bersama..

barangsiapa yang membaca surah Yaasin sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut iaitu "salaamun qaulan min rabbin rahim" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, InsyaALLAH dengan izin ALLAH semua hajatmu dikabulkan..


Jika boleh niatkan begini :

1- Ya Allah Ya Rahim, ampunkan dosa dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan saudara maraku.
2- Ya Allah Ya Rahman, kurniakan aku isteri, suami, dan anak anak yang soleh.
3- Ya Allah Ya Razzak, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya dunia dan akhirat.
4- Ya Allah Ya Jabbar, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini.
5- Ya Allah Ya Mutaqabbir, jauhkan aku dari sifat khianat, munafik dan miskin.
6- Ya Allah Ya Waduud, kurniakan aku & seluruh umat Muhammad S.A.W yang beriman kesihatan zahir batin.
7- Ya Allah Ya Zaljala Liwal Ikram, makbulkanlah semua hajatku dan redhaikanlah aku..

Amin..

p/s : pesanan ni dihantar oleh sahabat aku, terharu aku sejenak sbb sebelum ni aku xtaw pun kena ulang 7x, aku ulang 3x ja.. so? aku dengan sukarelanya ingin b'kongsi dengan korang dalam tazkirah alam maya pada hari jumaat yang indah ni.. renung renungkan &  selamat beramal..

Rabu, 26 Januari 2011

gangguan seksual macam haram!

maaflah jika cerpen ini ayatnya macam budak 10 tahun..

peristiwa ni terjadi pada diri pemilik blog ni sendiri.. sapa lagi? aku lah!! hadoi.. hari khamis lalu bersamaan 25/01/2011, kelas aku bermula pada pukul 8 pagi.. iaitu kelas Bahasa Inggeris.. seperti biasa, aku sengaja melewatkan diri untuk ke kelas tersebut, kerana aku tahu pagi pagi cam gini jalan jem.. komfom miss bi tu sampai lambat.. paling lewat pun 15 minit..

kengkawan aku yang lain semua dah go to class.. tinggal aku sorang jerk! xpe xkisah.. so? aku dengan senang hatinya lepas pakai tudung.. aku bukak plastik roti gardener then tampal tampal dengan 'kaya' sikit buang 3 keping.. hah! amik kau.. puas hati.. gelojoh kan aku makan? aku jarang makan pagi.. s0? sekali makan, aku akan hentam 3 keping.. aku bayangkan breakfast makan burger..

jam dah menunjukkan pukul 8 pagi.. aku harus segera beredar dari bilik aku.. dengan lafaz 'bismillahitawakkaltu' aku memulakan perjalanan kaki ku.. jalan agak lengang.. kereta motor x banyak sebab semua kena tahan kat traffic light.. merah da.. haruslah berenti.. aku pun melintas.. sekali... then, lagi sekali.. mataku terperasankan ada sebuah kereta di depan ku itu, kereta tersebut parking di tepi jalanraya..

aku mempercepatkan perjalanan, apabila aku lalu disebelah kereta tersebut, tiba tiba seorang lelaki mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta tersebut untuk bertanya kan sesuatu..

'adik, Taman Wira Mergong C kat mana?'

aku menjawab 'kat depan nu.. kawasan ni Taman Wira ada byk abg oi..'

tengah khusyuk aku memberitahu serta menunjukkan arah Taman Wira tersebut, tiba tiba mata ku tertancap pada sesuatu yang amat pelik.. aku ternampak yang lelaki tadi tidak memakai seluar.. serta 'ehem ehem nya' mencanak sehingga 180 darjah!! how dare y0u!! aku lantas berpaling segera dan meneruskan perjalanan ku tanpa sempat menghabiskan kata kata ku sebentar tadi.. langkah ku semakin dipercepatkan.. tanganku menggigil bagaikan orang terkena sawan.. aku xtahu apa yang aku harus lakukan.. lantas mengeluarkan henp0n.. tetapi siapa yang aku mahu hubungi? polis! apa aku mahu katakan?

sekadar gambar hiasan

aku mendapat kekuatan untuk melaporkan kejadian itu pada pakcik yang berniaga di tepi jalan tersebut.. ku ceritakan apa yang ku nampak sebentar tadi.. pakcik tadi x berhenti henti mengucap.. tidak menyangka yang peristiwa itu akan berlaku kepadaku.. tetapi salah ku juga, aku tidak sempat untuk melihat nombot plet kereta tersebut.. yang aku ingat cuma jenis dan warna kereta tersebut.. tetapi muka lelaki itu juga aku masih ingat!! sewaktu pakcik itu menoleh ke kereta tersebut, lalu kereta itu segera mengundur kebelakang lantas memasuki ke kawasan yang lain..

disebabkan sudah lewat, aku meminta diri untuk ke kelas dahulu serta meminta jasa baik pakcik tersebut untuk tengok tengok kan kereta tersebut.. disebabkan peristiwa tersebut.. aku tidak dapat menumpukan perhatian sepanjang kelas bahasa Inggeris pada hari itu!!

moral of the value? jangan jalan seorang diri.. lalala...

Selasa, 25 Januari 2011

tak tahu yang mana? (part 2)

seperti yang aku janjikan ari tu.. meh aku nak continue dari entri yang sebelum ni.. bagi sesapa yang xbaca lg entry sebelum ni leh la click (^-^)..

untuk melupakan Mr. S, aku lantas memadam nombor telefonnya dari handset ku.. tetapi? buat apa nak padam kalau nombor sudah dihafal kan.. alahai.. beratnya hati.. setiap kali aku menerima SMS daripada Mr. S, aku pasti beritahu kepada Mr. Y.. aku tak pasti kenapa aku jadi begitu.. Mr. Y tidak kisah samada aku mahu membalas SMS itu ataupun tidak.. katanya 'terserah pada alya'.. aku sengaja tidak mahu membalas semua SMS tersebut kerana aku yakin, kalau aku membalas SMS beliau, hati aku mesti dekat dengan hatinya.. sbb aku terlalu rindukan Mr. S.. oleh kerana itulah aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja.. adakah itu di labelkan sebagai ego?

semakin lama, aku semakin serasi dengan Mr. Y, dia begitu sabar dengan semua kerenah ku.. segala perangai baik dan buruk ku dia terima.. selama itulah aku cuba untuk menyayangi Mr. Y, apa apa yang aku mahu lakukan.. akan ku beritahu dia.. contohnya mahu ke kelas, mahu makan dan lain lain lagi.. aku semakin sudah terasa akan kehadirannya untuk diriku.. dia lebih menyayangi aku dan tak pernah berhenti cintakan aku.. cuma aku saja yang belum bersedia untuk membalas cintanya.. dia juga sanggup menunggu aku sehingga aku menghabiskan pengajian ku..

bukan mudah untuk aku mahu menyayangi Mr. Y.. mungkin sayang aku padanya adalah x lebih dari seorang sahabat.. itu saja.. sejak dari itu, aku terus berdoa semoga Allah bukakan pintu hati ku untuk Mr. Y jika dia adalah jodohku, dan meminta untuk Allah jauhkan hatiku dengan Mr. S sekiranya dia bukan jodohku.. mungkin dari doa2 ku itu.. semakin hari.. hatiku kian berbunga bunga.. Mr. Y ada datang berjumpa dengan ibuku.. terharu aku untuk seketika waktu.. respon dari ibuku juga amat memuaskan berbanding semasa aku berkawan dengan Mr. F dahulu.. sejak itu, aku berharap agar Mr. Y lah jodoh aku.. walaupun aku belum pasti samada aku menyayangi dia ataupun tidak.. xmengapalah.. cinta boleh dipupuk dikemudian hari walaupun sukar..

aku sering keliru samada aku betul betul menyayangi Mr. Y ataupun sekadar belas kasihan kepada dia.. hanya dia seorang sahaja yang sentiasa disisi ku walaubagaimanapun keadaan aku ketika itu.. itu yang membuatkan aku lebih mengagumi Mr. Y..

pada malam yang bertarikh 12 januari 2011.. Mr. S telah menghubungi aku, aku lantas mengangkat.. dia meminta untuk berjumpa dengan ku pada keesokkan harinya.. katanya ingin belanja aku makan.. atas saranan kawan kawan aku terus bersetuju untuk berjumpa face to face dengannya.. bayangkanlah perasaan aku ketika itu.. bercampur baur.. gembira + sedih + terharu + agak risau.. risau kenapa? hmm.. aku mula terfikirkan tentang Mr. Y.. selepas itu.. aku lantas mengSMS Mr. Y untuk memberitahu hal itu.. Mr. Y tetap tenang mendengar.. tetapi aku tahu, jauh disudut hati Mr. Y, dia tetap risau akan pertemuan aku dengan Mr. S pada esok hari..

hari yang ditunggu sudah tiba..13 januari 2011 adalah tarikh keramat antara aku dan Mr. S, setelah 13 tahun xberjumpa.. banyak yang mungkin berubah.. sebelum aku pergi untuk berjumpa Mr. S, aku tak lupa untuk memberitahu ibuku mungkin untuk mendapatkan kebenaran.. ibuku juga kehairanan kenapa tiba tiba saja Mr. S mahu berjumpa denganku.. kemudian aku memberitahu Mr. Y, meminta kekuatan darinya.. semoga perjumpaan antara aku dgn Mr. S x akan mengubah apa apa..

seperti yang dirancang, kami bertemu di RFC Alor Star, aku membawa dua orang sahabat untuk menemaniku dan Mr. S hanya datang seorang diri dgn memakai baju t-shirt kuning.. pertemuan yang menjangkau hampir dua jam setengah itu memang banyak perkara yang dibincangkan.. sebelum pulang Mr. S menawarkan diri untuk menghantarku pulang pada keesokkan harinya selepas aku habis kokurikulum.. aku tidak mahu membuat keputusan dengan sendiri, lantas aku menelefon ibuku dan memberi peluang untuk Mr. S berbual dgn ibuku melalui telefon.. tidak tahu apa yang dibualkan oleh ibuku.. aku hanya mendengar sebelah pihak sahaja iaitu dipihak Mr. S.. selepas itu telefon bertukar tangan, giliran aku pula untuk bercakap dengan ibuku.. ibuku memesan agar aku menjaga diri dengan sebaik baiknya, jangan nodai kepercayaan yang ibu beri.. aku lantas mengangguk walaupun pada hakikatnya ibuku tidak boleh melihat diriku kerana kami hanya bercakap melalui telefon..pertemuan aku dan Mr. S hanya berakhir disitu untuk hari itu..


selepas hari itu.. aku belum keliru untuk membuat keputusan.. aku hanya menganggap Mr. S sekadar ingin berjumpa dengan ku.. tetapi?

p/s : nantikan sambungan dalam part 3.. 

Ahad, 16 Januari 2011

suka.. sayang.. atau cinta..?

Saat kau MENYUKAI seseorang, kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri.

Saat kau MENYAYANGI seseorang, kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kau MENCINTAI seseorang, kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

Saat kau menyukai seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kau mencintai seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya...

SUKA adalah saat ia menangis, kau akan
berkata "Sudahlah, jgn menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata, "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama. "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan
dan menawan."

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu.

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku.."

Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya.

Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata,"Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan."

Pada saat kau suka padanya, kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus...

SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan.

SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan.

CINTA adalah kau akan menemaninya tak
peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.
mmg lumarah kehidupan manusia kita menyukai dan di sukai...namun kita tdk sedar sejauh mana ianya bermakna bagi kita..
 
SAYANG adalah hal memberi dan menerima.
ini adalah perkara yang perlu kita semua ambil perhatian...kerana tanpa kesungguhan..kedua-dua pihak...pastinya kehidupan kita tak akan jugak bermakna tanpa kasih sayang..

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela
memang benar dan nyata.. tanpa kerelaan maka adalah mustahil bagi cinta itu menjadi sesuatu yg indah..

 
p/s : bukan analisis dari aku, aku ciplak dari SINI..

Sabtu, 15 Januari 2011

tak tahu yang mana? (part 1)

Ada apa dengan tajuk di atas? pejam celik pejam celik? taun 2011 ni umur aku dah 22 tahun.. waktu umur camni la aku di uji dengan cara mcm ni plak? cara apa? aku pasti korang pernah rasa apa yang aku rasa skrg ni.. aku akui aku memang ramai 'boyfriend'.. yang 'special boyfriend' pun ada.. kitorang kwn dah lama, aku syg sgt2 kat dia yang lebih dikenali sbg ( Mr. F).. sehinggakan jika ada sesiapa yang 'bertanya', aku mengaku saja yang dah bertunang.. aku mula mengenali Mr. F semasa di tingkatan3 sehingga la umor aku 20tahun iaitu pada tahun 2009 kitorang dah clash.. dah xdak jodoh? selama itu, aku menderita..  sengaja sibukkan diri aku supaya dapat lupakan Mr. F.. selepas peristiwa itu, pernah juga aku cuba untuk bukakan pintu hati ku untuk insan lain.. tetapi aku tetap ingatkan si dia..

dalam masa yang sama.. ada seorang insan yang sudi mengubati hati ini.. dia (Mr. Y) datang menghulurkan tangan nya walaupun tanpa aku sambut.. aku tak mahu terus membohongi dirinya.. walaupun Mr. Y mengaku sudah lama menyukai diri ku.. sejak dari sekolah menengah lagi.. waktu itu kami di tingkatan tiga.. semasa kami sama sama menyertai altit sekolah.. cuma Mr. Y agak pemalu untuk berterus terang.. kekuatannya adalah dengan hanya mengintai ku dari jauh.. katanya akibat dari sikap malunya itu, dia telah terima padahnya, sebab itu aku boleh terlepas ke tangan orang lain..


sedar tak sedar.. sudah lama aku berhubung dengannya.. ku katakan bahawa aku sudah cuba untuk membuka pintu hatiku untuk dia..tetapi tetap tidak boleh untuk mencintainya.. walaupun begitu Mr. Y tidak pernah jemu untuk menyatakan cintanya padaku walaupun sudah beberapa kali DITOLAK!!.. memaksa? juga bukan sikapnya.. jauh disudut hatiku.. aku kagum dengan kecekalan dirinya.. sering menasihati ku tanpa jemu.. dia juga banyak beri kekuatan pada diriku untuk mengharungi liku liku hidup ini..

tiba tiba Mr. F kembali untuk menagih cinta dari ku.. aku ceritakan kpd Mr. Y.. bukan tujuanku untuk beri dia 'kesakitan'.. tetapi entah kenapa? aku lebih selesa untuk bercerita kepadanya.. kadang kadang aku berasa bersalah kerana terus menceritakan tentang masalah cintaku ini kepadanya.. sedangkan dia hanya terus menunggu untuk aku bukakan pintu hatiku untuknya tanpa memaksa.. semasa kembalinya Mr. F? aku meminta pendapat Mr. Y.. jangkaanku Mr. Y mesti menyokong aku untuk terus melupakan Mr. F .. tetapi jangkaan ku meleset sama sekali.. dia tetap tenang menasihati ku agar aku menerima Mr. F kerana dia tahu yang aku masih menyayangi Mr. F.. aku terus menerima dengan hati yang terbuka sbb aku masih menyayanginya.. tapi masih berjaga jaga supaya tak disakiti lagi.. tetapi Mr. F tetap dengan habit lamanya.. kurang menghargai aku.. dan sekali lagi, Mr. Y tetap hadir disisi aku untuk menyuntik kekuatan padaku.. sejak itu ku tekad dalam hati ini untuk menganggap Mr. F xlebih dari seorang kawan..


tahun lepas.. dalam bulan mei.. aku ada bertemu dengan 'cinta monyetku' ataupun (Mr. S).. sudah lama tidak bertanyakan khabar berita sejak aku bertukar sekolah ketika umur 9 tahun.. ketika itu 'cinta monyetku' itu umurnya 11 tahun.. kami bertemu melalui MUKA BUKU.. pada mulanya aku tidak mengenalinya kerana pada waktu itu umurnya sudah menjangkau 23tahun dan aku 21tahun.. bayangkanlah betapa lamanya kami tidak berhubung.. hal ini.. tetap aku ceritakan kepada Mr. Y.. Mr. Y tetap setia mendengar.. aku dan Mr. S terus berhubung melalui Faceb00k.. pada mulanya aku tidak ingin memberikan nombor telefon bimbitku kpd Mr. S sbb pada pendapat aku dia cuma kisah silam ku.. tetapi ku SMS dia juga.. setelah hampir beberapa bulan berhubung melalui telefon bimbit.. ku akui ku menyayanginya.. semakin lama berhubung, aku mula membuat perangai.. macam macam yang aku lakukan kpd Mr. S.. akhirnya 'hubungan SMS' kami cuma bertahan selama 6 bulan..

sejak dari peristiwa itu.. aku tidak lagi menghubungi Mr. S.. aku tidak lagi membalas SMS nya.. walaupun jauh disudut hati, aku suka apabila namanya tertera di skrin telefon bimbitku, tangan ku menggigil ketika membuka setiap SMSnya, tetapi aku tetap gagahkan diri ini untuk tidak membalas semua SMS Mr. S.. tapi ku akui aku sedang menyayangi Mr. S.. perkara ini juga diketahui oleh Mr. Y.. aku tidak pernah berahsia tentang perasaan ku ini..walaupun setelah sekian lama aku tidak boleh menerima insan lain kerana asyik teringat kan Mr. F.. akhirnya ku bukakan juga pintu hati ini untuk Mr. S.. aku pun tidak tahu kenapa aku boleh menyayangi Mr. S? bagi aku, mungkin perasaan ini tak lama.. aku cuma dibayangi dengan kisah silamku dengan nya.. tetapi? lain jadinya..

apa kesudahan antara hubungan aku dan Mr. S? bagaimana pula dengan Mr. Y?

p/s : akan dicontinue nanti.. tunggu entry sy yang seterusnya..

Jumaat, 14 Januari 2011

hebatnya istiqarah

Pernah suatu ketika dahulu, seorang pengguna myJodoh berada di dalam dilema dalam membuat satu keputusan besar tentang masa depannya. Beliau pernah berkasih-kasihan dengan seorang jejaka (jejaka A) yang juga seorang pengguna laman web ini. Kasih mereka berdua tiba-tiba menghadapi situasi salah faham dan berakhir dengan kekecewaan.Gambar Hiasan

Si gadis lalu membawa diri dan mencari kasih baru. Beliau bertemu dengan seorang jejaka baru di myJodoh (jejaka B) lalu berkenalan, bercinta, bertunang dan merancang saat perkahwinan.

Ketika itulah baru si gadis mula sedar segala konflik yang berlaku di antara jejaka A dan dirinya hanyalah berpunca daripada salah faham. Masing-masing mempunyai salah. Masing-masing memohon maaf. Namun bagi si gadis, beliau tidak lagi boleh berbuat apa-apa kerana dirinya telah menjadi tunangan orang.

Di dalam hatinya terdetik niat untuk memutuskan pertunangan dengan jejaka B, tetapi apakah salah jejaka B. Jejaka B baik dan telah menunjukkan kesungguhan. Semuanya ibarat kisah cinta di dalam novel-novel yang sering menjadi santapan minda di waktu kesunyian. Tidak beliau sangka situasi rekaan itu menjadi kenyataan di dalam dirinya. Cintanya sebenar pada jejaka A.

Apabila ditanya ibu bapa, mereka menyarankan agar meneruskan sahaja dengan jejaka B. Apabila ditanya diri sendiri, beliau ingin memutuskan sahaja. Hati beliau kini telah beralih semula kepada jejaka A. Jika tidak kerana agama dan adat, sudah tentu beliau melakukan apa sahaja yang terlintas di hati.
Apabila beliau meminta nasihat saya, saya juga menjadi buntu, tetapi saya mencadangkan beliau untuk berikstikharah di tengah malam sunyi.

Pada pagi hari itu, beliau ternanti-nanti petunjuk tuhan, menanti sesuatu untuk berlaku, menanti bisikan suara hati.

“Tak ada apa pun,” kata beliau kepada saya.

“Sabarlah dan buat lagi malam nanti.” Saya menyuruhnya mengulangi istikharahnya.

Di pagi kedua, beliau masih ternanti-nanti. Penantian membawa ke tengahari. Di tengahari beliau masih kebingungan. Kebingungan yang membawa hingga ke petang.

Inisiatif dan kesungguhan beliau memohon petunjuk Ilahi akhirnya mendatangkan ketenangan buat dirinya sendiri. Semua saat-saat memaksa diri untuk melawan kantuk itu berbaloi.

Hanya pada petang itu, barulah kebuntuannya hilang. Beliau mendapat pengakuan daripada jejaka B sendiri, sebenarnya jejaka B sudah berkeluarga.

Ini adalah sebuah kisah kehebatan istikharah..

macamna kalo nak doa untuk dua orang?

diciplak dari SINI!

Isnin, 10 Januari 2011

saya masih sayang awak

malam tadi berakhir sudah Anugerah Juara Lagu (AJL ke 25).. tahniah kepada Analia Raffali sbb telah berjaya menggondol tempat pertama sekaligus telah membawa pulang RM35000 dan piala.. tahniah erk cik kak.. lepas ja abes tengok AJL aku terus on laptop cari lagu lama lama yang Ana Raffali ni pernah nyanyi & siar kat youtube..

KENAPA aku buat macam tu? ahaks.. ni yang nak bgtau ni.. sbb aku nak jadi macam cik Ana ni la.. nak siar lagu lagu yang aku nyanyi kat youtube jugak! suara aku pown buleh la tahan~~ haha.. mana tau rezeki aku? bakat yang terpendam ni xsapa yang tau kan.. 

search punya search.. aku jumpa lagu ni kat youtube.. agak best jugak.. so? terlayan la sebentar.. sesapa yang xpernah dgr lagi? j0m la korang layan sama lagu ni..


video

ni plak lirik dia.. aku search kat g00gle~~

tajuk : masih

Bila cinta mula menyepi
inginkan jalan mudah
dan kisah kita diakhiri
satu hati terpisah

namun kini
ku masih sayang padamu
walau kau telah
mungkirkan segala
dan aku masih terkenangkanmu
walau kau telah
lupa kisah kita
ku sayang padamu

keraguan yang kau timbulkan
kau biarkan tertanam
sehingga aku kau pinggirkan
untuk mengejar semalam

namun kini
ku masih sayang padamu
walau kau telah
mungkirkan segala
dan aku masih terkenangkanmu
walau kau telah
lupa kisah kita
ku sayang padamu


Lagu dan lirik oleh Ana Raffali (© 2004-2005 anaraffali muzik ent.)

p/s : sebenarnya lagu ni ada maksud yang ingin aku sampaikan..

Ahad, 9 Januari 2011

SMS berantai?

hari ni kita berjumpa lagi dalam segmen yang terbaru iaitu SMS berantai.. alahai.. aku TERbajet nak jadi DJ la plak? adeh.. maafkan aku beb! korang taw x apa tu SMS berantai? meh dekat cket aku nak terangkan satu perdua kat korang semua.. SMS means 'short message service'.. BERANTAI means 'yang pakai rantai..' kiranya SMS tu pakai rantai leher la.. erk~~ sah! ajaran sesat aku neh..

ala.. korang takyah la buat buat x tau.. aku tau yang korang pun tau pasai SMS berantai ni.. dia lebih kurang macam SURAT BERANTAI la.. eh eh.. jap.. aku ada terdengar sowg hamba Allah ni tanya.. SURAT BERANTAI tu apa? ok.. definisi surat berantai oleh Nor Analia, surat berantai tu lebih kurang macam ni la, surat yang mensyaratkan atau mewajibkan anda mengirim surat tersebut kepada beberapa orang yang lain.. jika tidak? anda akan dapat bala.. itu salah satu contoh..

tapi? bab bab hukum mempercayai benda ni aku tak berani nak bukak mulut la.. kalo taip? aku berani!! haha.. samada haram, halal, sunat , makruh dan sebagainya? aku tak tau.. zaman sekarang ni dah banyak.. kalo zaman xdak kertas dulu.. maybe diorang akan guna batu.. so? dipanggil 'batu berantai..' upgrade cket.. guna 'surat berantai..' zaman IT plak.. 'email berantai..' nasib baik xdak lagi fesbuk ngan belog berantai.. dan semalam? aku ada terima 'SMS berantai..' haha.. tp bukan untuk mengirim pada orang lain.. cuma 'mensyaratkan' saja.. kira berantai jgk la kan?

sila abaikan hanset uzur aku itu~~

semalam time aku dok tengah syok syok layan LBS tetiba aku ada terima satu SMS berantai ni.. "Kalau awk msih syg sy, jgn rply msg ni.." korang faham x? aku c0py seketoi seket0i ni.. satu titik pun x tinggal.. what the cat dapat SMS mcm tu? huhu.. aku pun xtau nak rply ke x.. kalo rply? dikatakan xsyg.. kalo xrply? dikatakan syg.. so? apa masalah aku sebenarnya?

zaman skrg ni.. SMS jadi 'org tengah' kan? contohnya.. nak berkapel, nak MELAMAR, walhal nak bercerai sekalipun guna SMS.. oh tidak.. sungguh x mengasyikkan.. sopan santun la cket beb.. xkan la nak SMS sepanjang masa.. MMS la sama.. haha.. sorry henpon aku xdak MMS.. infrablue ada~~ lalalala... damn!


nasehat aku, benda benda idup mati, masa depan ni.. xyah la gunapakai SMS.. kalo kasik rantai kat aku seketoi aku terima dengan tangan yang terbuka~~ 

Sabtu, 8 Januari 2011

bila cinta

dah lama aku xhapdate blog kan? huhu.. aku semakin malas la skrg.. 'mood' dah tinggalkan aku keseorangan.. so? aku terpaksa lah layan lagu2 yang tangkap lentok cam gini.. menangis aku bila terlayan lagu ni.. ah.. sudah!! terfeeling terlebih tersudah...

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

patut pun aku xpenah dgar lagu ni.. rupa2 nya lagu ni OST Lagenda Budak Setan.. haha.. xpenah layan lagi la movie ni.. best x? kawan aku ada gak stori pasai movie ni.. tetiba rasa nak tgk plak.. alahai.. ketinggalan zaman betoi aku ni.. 

buat masa ni, lagu ni jgk selalu ke 'udara' di kawasan blog aku ni.. mesti bingit telinga korang kan? haha.. kalo xpuas hati ataupun xsuka? sila tekan button cancel kat atas ok.. aku x memaksa..

bagi aku lirik2 lagu ni amat berkesan dalam diri aku sendiri.. lagu ni ada dua versi.. versi lelaki dan gurl.. tapi aku lebih suka versi yang gurl punya.. lg feeling la katakan.. jiwa sama keperempuanan.. disini aku ada terciplak sedutan dari filem Lagenda Budak Setan kt youtube.. 

video
  
p/s : jangan biarkan ku terjatuh dalam harapan..

Sabtu, 1 Januari 2011

'dani' dalam adamaya meninggal dunia?

menjelang satu januari dua ribu sebelas.. ketika kita semua sedang berseronok dan bergembira, ada juga sebilangan manusia yang sedang bersedih kerana kehilangan orang yang tercinta.. dani dalam slot ADAMAYA? nama sebenar adalah Faizal Yusoff, 32 tahun.. bekas suami Siti Nordiana telah meninggal dunia pada hari ini akibat serangan jantung.. pada mulanya aku tak percaya bila terlihat status fesbuk sahabat aku ni..

status fesbuk sahabat aku
tetapi setelah aku search google? aku temui berita tentang pemergian Allahyarham.. adush.. sedih + terkejut jugak aku kerana Allahyarham adalah salah seorang pelakon berbakat yang aku minat, selain dari Ashraf Muslim.. lagipun Allahyarham nampak sihat dari luaran.. xsangka Allahyarham begitu awal pergi meninggalkan kita.. nama Allahyarham makin melonjak ketika melakonkan watak 'Dani' dalam Akasia iaitu slot ADAMAYA.. pada ketika itu memang ramai yang membenci 'Dani'.. x caya tengok ni?


tetapi itu x bermaksud mereka membenci Faizal Yusoff.. tahniah kerana lakonan yang begitu mantap sehingga meninggalkan kesan yang amat ketara di hati penonton.. Allahyarham juga ada terlibat dalam slot Tiramisu yang kini sedang ditayangkan pada setiap Isnin-Khamis pada pukul 6.30petang, mungkin juga masih belum habis dilakonkan oleh Allahyarham..

kenangan bersama bekas isteri dan anak

semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang soleh.. Al-Fatihah..
dan takziah juga kepada keluarga dan bekas keluarga Allahyarham..

ditunangkan pada 1.1.2011?

SMS dari incik kumbang pada cik bunga yang bertarikh 31.12.2010, pada pukul 11.55malam.. (masa tu cik bunga sibok melayan ustaz amirul a.k.a abg cerap muslim, dia kuar kat tv3 dalam 'inspirasi 2011'.. wah!! terpukau seketika) haha.. lantas cik bunga tengok hansetnya..

Kumbang : esok sy ada surprise untuk awk taw..
Bunga : surprise apakemendanya?(direply dgn bad mood sbb kaco dia dgn abg cerap dok dating)
Kumbang : ada la.. awk tunggu eh? jgn terkejut plak.. sbb sy dah bgtaw ni..
Bunga : ok.. good night..
Kumbang : nitez dear.. sweet dream..

dalam hati cik bunga? dia xpikir apa2 langsung sbb dia dah tahu yang incik kumbang ni habit dia suka sangat buat surprise tak tentu hala.. macam la duit banyak sgt!! cakap nak pakai BMW, bajet dalam masa lagi 3taun.. tp? kalo dok wat surprise selalu.. alamatnya dah bongkok baru la bleh pakai BMW.. hakhak!!

keesokkan harinya, seusai solat subuh dalam sekitar pukul 6.40 pagi.. cik bunga ada terdengar riuh rendah bunyi bising kat luar rumahnya, dengan sepantas hujan, cik bunga keluar dari biliknya untuk mengendap apa yang berlaku kat luar rumahnya.. oh.. betapa terkejutnya cik bunga apabila terlihat banyak kereta yang ada diluar rumahnya.. salah seorang dari mereka sudah keluar dari kereta untuk memberi salam..

'Assalamualaikum...' tetamu yang langsung xdijemput memberi salam.. 'Waalaikummussalam..' ibu serta ayah cik bunga menjawap salam tetamu tersebut sambil membuka pintu rumah.. setelah dibincang apa tujuan tetamu datang kerumah.. betapa terkejutnya ibu cik bunga, rupa rupanya ada rombongan datang merisik. tp? anak yang mana satu?kerana anak yang sulung baru berumur 21 tahun..


cik bunga terus call incik kumbang.. x diangkat..

sekali lagi call.. tetap x diangkat..

cik bunga mengambil keputusan untuk SMS incik kumbang..

bunga : awk? knpa buat sy mcm ni?
kumbang : buat apa?
bunga : call xmau angkat.. tp mesej boleh plak reply..
kumbang : sorry..
bunga : awak? kenapa hantar rombongan xbincang ngn sy dulu.. kan senang.. sy boleh la bersedia..
kumbang : kan dah bgtaw semalam.. saja nak wt surprise.. hehe.. awk? sy dah lama tunggu awk.. dah 6 taun dah, xnak terlepas dah ketgn org lain..
bunga : tp kan awk.. sy lambat lg nak abes ngaji..
kumbang : its ok awk.. sy tunggu..

dah tu.. apa lagi yang cik bunga nak cakap.. bukan apa.. cik bunga xmau la bagi harapan kat incik kumbang.. sebab buat masa ni cik bunga hanya syg pada cik kumbang sbg seorang sahabat ja.. xlebih dri tu.. tapi xpa.. syg bleh dipupuk kan? hmm~~ sempena tahun baru ni.. cik bunga pun dgn rasminya telah menjadi tunangan orang~~

apa kes pix katil? haha~~

persoalannya : adakah 'cik bunga' adalah tuan empunya blog? oh tidakk!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...