rombongan cik alya

Jumaat, 31 Disember 2010

setapak lagi nak ke 2011

salam 1 malaysia! ups.. bukan maksudnya boleh bersalam salaman setiap org yang dok Malaysia okeh.. dan bukan jugak bermaksud boleh memberi salam kepada rakyat Malaysia yang bukan Islam.. so? faham2 sendiri lah.. aku bukan nak bahas pasai ni plak ok.. kalo aku bahas? kejap lagi jd isu masuk paper plak blog aku ni.. xbrani den!! haha..


tahun demi tahun, bulan bersilih ganti, minggu berubah minggu, dan hari pun dah jadi harimau! eh apa aku cakap ni? haha.. x lupa jugak aku kepada pasukan bola Malaysia, iaitu lebih dikenali sebagai HARIMAU MALAYA.. pagi tadi diorang dah selamat menjejakkan kaki di Malaysia.. lepas ni x putus putus la org panggil nak interviu.. haha.. best la korang.. tahniah!

sedar tak sedar? umur aku pun dah nak masuk 22tahun sebentar ja lagi.. oh! takmau tua.. pasni jalan bongkok2 la aku.. tapi xpa.. aku dah semakin matang dengan peningkatan umurku ni.. yaka? InsyaALLAH.. perjalanan aku masih jauh.. (skrg org xjalan dah.. dah naik kereta) hehe..

kita semua pun xtau kan, dengan perubahan tahun ni.. adakah umur kita semakin panjang atau pendek? so.. dengan ni, aku nak memohon jutaan kemaafan kepada semua insan insan yang pernah aku sakiti secara xsengaja ataupun sengaja.. aku memang mulut jahat.. itu aku akui.. so? harap harap korang bleh maafkan aku..


see? aku dah bersedia dah nak tinggalkan semua kenangan kenangan tahun 2010.. siap naik kereta VIP lagi.. aku nak pergi ke tahun 2011... haha.. tak mau ingat dah.. aku nak jadi alya yang baru.. yang lebih agresif dan bertenaga! haha.. tp bukan untuk benda jahat.. InsyaALLAH untuk benda baik.. sekian~~

p/s : tahun baru kalendar cina ramai org raikan.. tp? awal muharam knpa xramai org sambut?

Khamis, 30 Disember 2010

gila bola atau gila Fahmi?

bola? taw dah.. xhidup pun minatang tu.. menda bentuk bulat spera ja.. tp Fahmi? oh tidak.. siapakah beliau di hati beta? hakhak!! sabar sabar.. jangan korang terjah dulu.. dengar dulu apa aku nak bgtau.. mesti skg ni tengah hot pasai beliau..


pagi tadi semasa aku sedang bergegas untuk ke kelas.. sambil sambil aku drive, aku on la radio.. korang mesti cam taw taw ja kan radio apa? kompom PanasFM a.k.a HotFM.. fuh! memang mencabar la.. bola bola bola.. macam nak sumbat ja bola kat lubang telinga aku.. sampai kan aku yang x brapa minat bola ni pun dah dijangkiti virus cinta pd bola..


yang bestnya kak Fafau promote blog 'cik awek' si Fahmi tu la beb! eh? dapat gaji x kak Fafau? hehe.. mesti melambung setinggi awan punya BE 'cik awek' si Fahmi.. so? leh la blanja kak Fafau kita makan eh.. mau kat hotel 10 bintang ja.. kalo ada bulan skali pun ok jgk! hakhak.. balik ja dari kelas aku terus usha usha blog 'cik awek' si Fahmi.. eh eh.. runcing kah jejari kamu? hehe.. patut pn Fahmi suka.. nama pun dah sama macam aku.. cuma sebutan je lain.. maybe? Alya vs Elya! haha.. sabar sabar cik Elya.. jgn marah dulu.. dah ramai la org admire BF kamu.. so skg aku tanak minat kat Fahmi.. aku nanak Safee Sali bulehhhhh? (cakap dengan mata wink!).. ada org punya lg x? hehe..


kepada cik Elya? bersabar la erk.. banyak dugaan berkawan dengan orang fofuler ni.. (ala.. tersengau pulok).. harap korang sampai ke jinjang pelamin la.. Fahmi duit dah banyak.. tunggu apa lg? rembat la satu g0l lagi!! wah..

semoga bahagia beb

full house? dah macam korea la plak..

ni lagi satu kisah.. masa malam yang Malaysia vs Indonesia kat Stadium Bukit Jalil tu.. bila aku ternampak ja aksi si Fahmi ni.. terus aku tanya ayah aku.. "ayah, Malaysia ada import pemain luaq ka? muka macam cina ja g0lkeeper tu?".. then? bila ayah aku terang secara jelas dan terperinci pasai si Fahmi tu, baru aku faham.. dia Melayu la doh.. haha.. igtkan korea mana td.. memang untung lah cik Elya dpt Fahmi, ramai gurl kt Malaysia ni dok gila ngan artis artis korea.. tp? cik Elya dah dapat.. fuh!! best..


jom ramai ramai terjah blog 'cik awek' si Fahmi : http://jejariruncing.blogspot.com

Rabu, 29 Disember 2010

j0m tengok bola

SEKARANG? kita akan saksikan pertempuran antara Malaysia dengan Indonesia dalam acara untuk merebut Piala Suzuki AFF.. wah!! sejak bila aku minat bola ni? haha.. aku harap Malaysia boleh menang dalam game malam ni.. buktikan yg kita punya 'laser' lebih power drpd indonesia!! haha..

masa kat Stadium Bukit Jalil? Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia 3-0.. haha.. teruja aku tengok! ayah aku menjerit jerit macam kena sawan time pasukan Malaysia berjaya memasukkan g0l.. yang membanggakan jurulatih Malaysia adalah dengan prestasi yang ditunjukkan oleh NORSHAHRUL IDLAN TALAHA.. wah wah wah.. biasalah pengantin baru.. hehe.. hadiah untuk isteri tersayang.. apa apa pun.. semua pemain pasukan Malaysia memang power la!!

ni cara aku tengok bola!!

malam ni plak? Malaysia akan bertembung dengan Indonesia sekali lagi.. tapi kali ni di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.. aku tak pasti ada ka tak siaran langsung.. tp harap harap pasukan Malaysia mampu bertahan dengan asakan Indonesia..

p/s : tunggu dan lihat.. menang @ kalah?

Selasa, 28 Disember 2010

first potret.. korang ader?

hari ni.. lepas ja mandi pagi tu.. tp xla pagi sgt.. dah nak tgh hari dah.. aku tatau adek aku tu mimpi hapa semalam.. tetiba ja dia perosek album aku yang lama2, pastu terjumpa la gambar2 aku yg masa sekolah menengah tu.. tak silap aku pic tu masa aku tingkatan empat kowt.. masa tu aku pinjam enset member aku ARIP utk capture pic tu..

aku tak tau angin monsun mana yang dah masuk dalam badan adek aku tu.. lukis punya lukis.. so? inilah hasilnya.. walaupun xla seelok pelukis jalanan.. tp? tetap berharga bg aku.. ha? adek korang leh melukis ka?


amacam? kira ok la tu.. budak umur 12 taun yg lukis.. bak kata adam kepada nur dalam Filem Nur Kasih.. 'awak ade bakat melukis, jangan berhenti taw..' ( aini, kakak bagi semangat ni )..

ni time kitorang baru pas mandi swimming po0l
p/s : sama x muka kitorang?

Isnin, 27 Disember 2010

adik susuan a.k.a sepupu

wah! ( aku cakap dengan lantunan suara macam stacy cakap taw )... dah lama aku x update entry kan? huhu.. bizi yang teramat la skrg.. sepatutnya dah start sem baru dah ni.. tp? biasalah kan.. awai2 cenggini mana ada claz.. lecture sebok sana, sebok cini.. sama la dengan aku.. sebok jgk.. ( amboi mengalahkan lecture ) haha..


ok2.. berbalik pada tajuk entry aku diatas.. kalo korang tengok gambar di atas.. kalo bajet2 pandai la, cuba korang teka yang mana adik susuan aku? aku bg satu klu ja.. dia gurl.. nama dia aufa!! eh eh.. bukan aku yang menyusu taw!! haha.. cam lawak ja.. aku kawen pun dak lagi.. 

family kami sebenarnya ada 7 orang ja campur dengan ibu & ayah.. kiranya ada 5 bradik la kami ni.. tp? disebabkan ibu aku ada anak susuan iaitu sepupu aku sendiri.. so? kitorang ada 6 bradik la.. ok jgk tu..adik aku yang kecik ni rapat sgt dgn anak susuan ibu aku tu.. so? rapat pi la mcmna pun kan.. tetap xleh kawen kan? lagipun sepupu.. xyah la kwen sepupu nanti otak xberkembang.. eh sapa cakap? haha.. best jgk tu.. eh. korang mesti xpham kan apa aku ckp ni.. (sila baca dengan muka tensi0n).. 

tadi baru aku taw yang anak susuan ni mmg dah macam adik sendiri... sbb kalo aufa sentuh ayah aku masa dalam wuduk sekalipun, xkan terbatal wuduknya.. wah! baru ku tahu..

p/s : eh eh.. kalo ayah aku kentut? batal x wuduk beliau? ( muka tercengang )

Jumaat, 24 Disember 2010

selamat hari ulangtahun yg ke-23

esok? eh.. hari ni la.. hari ulangtahun pernikahan aku ngan ayah aku.. eh eh.. silap2.. sumbang haram punya anak!! buduh.. sebenarnya bersamaan dengan 24 disember setiap tahun adalah hari ulangtahun pernikahan ibu ngan ayah aku.. aku sebagai anak 'sulung ganti' kepada abang aku telah diberi amanah untuk jaga mamak & papak aku tu.. eiii.. geli mak panggil mama & papa.. aku panggil ibu & ayah!! sapa nak kawen ngan aku? kena blajaq panggil ibu ngan ayah taw.. awwwww....


sepanjang 23 tahun mereka melayari bahtera merdeka.. mereka dikurniakan insurans anak seramai 5 orang termasuk aku yang comei ni.. ahak ahak!! dua daripadanya adalah lelaki dan tiga perempuan.. terima kasih ibu, kerana telah melahirkan kami.. dan kepada ayah.. terima kaseh also!!

suratan atau kebetulan? pada tarikh ini, 24 disember kitorang sekeluarga akan bercuti ke Perak selama dua hari.. 'family day' ini dianjurkan oleh LPP kawasan Kuala Nerang.. amboi.. bestnya, sama ngan tarikh ulangtahun pernikahan ibu ngan ayah.. sepatutnya kami xleh kaco line.. tp? ahhh.. nak ikut jgk.. ada aku kesah? wacha.. yeyey.. leh pi bercuti..

p/s : maybe offline 2 hari..

Khamis, 23 Disember 2010

JANIN aku ada di pawagam hari ni

sorry okeh.. aku nak pi cari JANIN aku kat pawagam ni.. dah berselerakan dah.. eeiii.. xleh bayangkan kalo org tu tinggal janin diorang kat pawagam.. zalim beb! zalim..


ni plak sinopsis JANIN yg aku 'copy & paste' dari go0gle :

Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampong nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampong selalu kehulangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampong terserempak degan pencuri kecil bernama Esah. 

Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan.

Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan. Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya.  

Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampong dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang – orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera.

aku baca sinopsis macam best ja.. tgk nya blum lg.. aku tunggu CD kuaq ja.. mmg tak la aku nak masuk pawagam! tp korang kena ingat.. filem ni 18SG.. untuk sesapa yang lemah jantung tu? tgk sambil tutup mata taw!! hakhak..

p/s : dah slalu sgt layan cerita lawak, kdg2 layan crita hantu ni pun best gak..

Rabu, 22 Disember 2010

Jeritan pada malam pertama perkahwinan

suatu hari ada s0rang kawan aku datang kat aku, jari jemari dia pegang tangan aku.. aku pun wt xtaw jela.. sambil2 tu dia tanya aku satu soalan.. "apa ayat pertama yang kuaq pada mulut hang pada malam first hang".. elok2 abes ja soalan dia tu, lantas jari dia yang besaq kedabang tu dia cubit tangan aku!! oh tidak.. otak aku xsempat berfikir.. jiwa aku meracau..

lalu aku pun?

PAAANNNGGGGG!!!!!!!! bagi penampaQ sedaih kat kepala kawan aku tu....

haha.. "macam haram gi soalan hang.. ingat aku xtaw ka taktik ni.. dah basi dah weh..." selepas kejadian tu, aku pi try kat kawan2 yang xpernah taw lg taktik kotoQ tu.. nak taw apa reaksi diorang? haha..

ada yang 'uurrggghhhhhhhh!!' la.. ada yang 'aaaauuuuwwwwwww!!!' la.. ada plak yang 'aaaarrrggggghhhhhhhhhh sakitttttttt!!!!!!'.... bunyik cam ni pun ada 'aaaaaaaaaaaaaaahhhhhh!!'... ada jgk yang 'miiiiiiooooowwwww'.. kawen ngan kucing ka pa? haha.. bahagia aku... amacam? korang taw lagi x taktik ni? bagi yang xtaw lg tu.. leh la try kat kengkawan yang lain..

cubit macam ni ha
 TP INGAT!!! jangan try kat mak ngan abah korang plak? satgi batang penyapu depa bagi.. haha..

persoalannya : adakah aku akan menampar kepala suamiku pada malam pertamaku sebagaimana aku menampar kepala sahabatku? ngee ~ ~

Selasa, 21 Disember 2010

contest jejariku kreatif

hoho.. ni plak sec0nd contest yang aku nak join.. jejari kreatif? huhu... sebenarnya aku xde idea la bab2 nak mengkreatipkan jari jemari aku yang dah macam kentang goreng ni ha.. tp? disebabkan nak menghormati jemputan cik fazz? aku join jela.. ecece.. xlupa aku pada banner yang wajib diletakkan kat cini.. jap jap nak letak..


dah macam kentang goreng jugak aku tgk jari cik fazz ni... haha.. jgn marah ye cik fazz.. nanti saya jual awak!! haha.. and then ni plak gambar yang aku pertaruhkan untuk contest cik fazz ni..


ngee.. ok x? jejari jugak kan.. aku search go0gle je jejari beskal ni.. sbb umah aku xde beskal.. dah kena curik!! sapa pencurik tu? dia b0do.. haha.. s0ee cik fazz, gambar betoi2 punya ada kat bawah.. scroll down lg okey..


eh eh.. kreatif ke? entah aku pun xtaw.. haha.. gambar ni sehari sebelum aku nak exam ARAB.. besala cik fazz.. umur 21 baru nak blajaq arab? jadi camni la.. tulis atas kertas pn xkena.. kat tapak kaki lagi la xkena.. nak tulis kat muka pun xkena.. last2 aku tulis kat atas tapak tgn la.. masa ni aku kena hafal fe'el.. lagi satu kebaikan kalo tulis atas tgn ni? anda boleh bawak masuk dewan exam!! kalo kantoi jgn cakap aku yang ngajaq.. haha.. tanggung la sendiri..

so? amacam? kreatif ke x? hanya anda yang tahu.. aku xmenang pun xpa.. lebih suka support kengkawan.. untuk sesapa yang xjoin lagi contest ni.. kena cepat la wei.. tarikh tutup 30 disember 2010.. ada cket masa lagi woo.. okeh.. adi0s!

nota jejari : macam best la plak join contest ni..

contest gambar kenangan sekolah dulu2

uit... oh apa uit2? igt anak kucing ka? hehe.. setelah sekian lama dijemput oleh ida.. akhirnya terbuka jugak pintu hati aku untuk join contest beliau.. maaflah c0z wat awak tertunggu2.. ( haha.. apabila alya bajet popular macam la dia artis!! ) ni first aku join contest ni.. tak taw sgt kalo silap maafkan la den yo.. huhu.. uish.. terketaq ketaq tangan nak type ni.. nerbes beb nerbes!!!

eh eh.. kena link kan banner dgn entry contest ni? macamna eh? jap2 nak try.. ehem2..



ha... tuuu dia dah boleh dah.. salah tlg bgtaw.. saya budak baru blajar.. baru first time join beb.. haha.. apa yang ku tunggu lagi? "aku tunggu jandamu"... haha.. maafkan i ye cik ida, i suka melalut.. so? skrg aku nak tunjuk pic yang aku pertaruhkan adalah? jeng jeng jeng...



  • tarikh gambar ni dicapture dalam bulan september 1993.. bermakna umur aku baru 4 taun 1 bulan.. ( comei kan? )
  • 0pss!! lupa plak nak bgtaw.. aku yang pakai skirt tu & yang kat sebelah tu ibu aku, cekgu kat sekolah tu..
  • time ni aku baru nak belajar kat SEKOLAH KEBANGSAAN POKOK SENA..
  • aku anak cekgu, kiranya umur xcukup pun bleh tumpang ngaji kat sana la.. aku masuk kelas macam biasa.. cuma time tu cekgu2 lain xleh nak marah aku, sbb aku menumpang jerk!! haha.. otai la time tu.. otai kecik!! so? kira aci la.. walaupun umur xckup g.. aku dah pi sekolah.. aci la aci la!!
  • seingat aku, time tu aku baru hari pertama menapakkan kaki kat sekolah tu, aku xmau masuk kelas, dok nak ngekoQ ibu aku ja.. so? tu yang muka macam 'taik kuda' tu kot.. haha.. entahla..
  • yang pastinya.. kalo la d0raemon wujud kat dunia ni.. aku nak suruh dia bagi aku jadi kecik balik.. nak sgt kembali ke masa dulu.. ( haha.. ayat xleh blah )

okey.. skrg tugas aku dah selesai.. aku xkesah menang ke x.. aku just nak support kengkawan.. dalam dunia blogger ni kita xleh nak somb0ng kan kan kan? huhu.. skrg ni tugas cik ida kita plak untuk memilih sesapa yang layak menjuarai pertandingan berenang ini.. eh? mana ada kolam daa :-p untuk korang yg xjoin lg contest ni? jom la join.. ada masa lg.. tarikh tutup lambat lagi 11 januari 2011.. say0kangkung^-^



nota contest : teruja first time join contest camni.. p0yo!!

" saya tidak sempurna tanpamu".. eh? yeke?

mood : jiwang..( dalam hati ada taman.. buaian, jongkang jongket semua xterkecuali )
lokasi : bilikku syurgaku..
iringan muzik : pulanglah by Bedroom Sanctuary ( Bo Amir Iqram ) 

kalo korang ada terbaca.. semalam aku dah wt entry pasai ni (nota cinta).. tp? xpuas la beb.. aku xkomen puas2.. tp? hari ni.. aku nak wat lg entry ni.. mungkin aku dah ketinggalan zaman.. cerita ni dah lama kot? tapi aku tetap nak kongsi ngan korang.. yang tanak baca? sila tekan pangkah yang kat atas blah kanan tu.. tp? dunt wory.. mmg mantap la lakonan depa ni?


"NOTA CINTA"

COFFEE-MATE- Nota Cinta Episode 1


nota cinta :
- romantik bila asben datang amik kita kat tempat keja naik moto.. xkisahla moto pun.. naik moto lagi best.. mengeratkan silaturahim.. leh peluk beliau ketat2.. ahaks! lebih2 lagi bila beliau tlg pakaikan helmet kat kepala kita.. huh.. ngada2 la ko ni alya.. ah! biaq la.. korang jel0us?

 
- 'xpela, saya balik nek teksi je'.. ala2.. cutenya.. jual mau mahai beb!! haha.. ingatkan boy tu dah fed-up!! muka c0mm ja.. tengok2? beliau tlg tahan kan teksi!! hakhak.. sekali ngan bukan teksi beliau hentam pi tahan.. lihatlah kesanggupan nya!! dah macam police trafik dah..
- sedih boy tu bila dgr gurl tu ckp.. 'selera kita lain'.. uhuk2.. "syg.. xsemestinya selera lain xleh bersama..."( abg yg nak beli CD tu potong stim laa )


- aippp!!! jangan pegang2.. x nikah lagi!!! haha...
- walaupun tgh tgk bola.. ( biasa la lelaki mana xsuka bola ).. "kenapa tutup tv?"... jwb asben nya.. "sebab abg nak tgk muka syg.." argh.. romantik gila!!

..ada masanya setelah sekian lama kita akan kehilangan saat itu, namun terpulang kepada kita untuk mengembalikannya..


COFFEE-MATE- Nota Cinta Episode 2


nota cinta :
- wooiiii.. owg nak kiss wife org la.. yg phone tu bunyik apa hal? (ups!! sory terEMOSI plak)
- saat isteri nak mengimbau kenangan dulu2? si suami plak wat hal.. tertidoQ la plak.. alalala.. majuk terus! tetapi si isteri tetap x berputus asa...
- 0pss!! black-0ut... tp apa reaksi si asben? hmmm... bola bola bola!!!


- nota dari si isteri yang penuh makna tersurat & tersirat.. tp? si suami tetap wat x endah ja..
- so? dah xsempat sgt nak beli krimer coffeemate! bz kan? ha? minum la? taw pun xsedap kan?


..adakala kita perlu berpatah balik dimana ianya bermula, melihat bagaimana ia boleh disemarakkan kerana setiap peluang memberikan kemungkinan, namun kadang kadang ia memerlukan lebih daripada itu..


COFFEE-MATE- Nota Cinta Episode 3


nota cinta :
- bila si isteri dah merajuk? hah.. baru nak sedar diri..
- mata aku terlekat pada satu part ni.. 'kawan kawan semua, hari ni saya ingat saya nak jadi arkitek..' dan ada suara2 sumbang yang bertanya..'napa nak jadi arkitek?'..'sebab saya ada rancangan nak dirikan rumah, jadi? sila tengok pada skrin laptop saya..'


 - wah... bagus2.. aku suka sampai guling2 kalo ada org create sampai macam ni time nak ngorat aku!! skrg zaman dah maju.. teknologi dah canggeh.. semua dah jadi pakar2 IT.. apa salahnya..


- ha.. cara melamar yang cukup berkesan.. eh eh... macam nama aku ja tu? wahhh.... si dia dah melamar la..jeng jeng jeng!! "SAYA SUDI!!!"...

..sememang untuk berubah semuanya terpulang kepada kita, apapun tak akan menjadi kalau kita hanya berdiam diri dan mengharapkan sesuatu, kerana setiap perubahan memerlukan permulaan samada permulaan daripada DIA ataupun KITA sendiri.. 


nota cinta : zaman skrg pn pakai lagi kan 'nota kecil'.. aku ingatkan zaman aku bercinta time sekolah rendah ja pakai 'nota kecik' ni..

Isnin, 20 Disember 2010

boleh ka macam ni?

aku xtaw boleh ka x? aku xpandai sgt bab2 agama ni.. takat buat yang wajib je.. tu pun ada 'lubang' gak kadang2... so aku nak tanya pendapat korang yang lebih berpengetahuan la.. sebelum aku wat kesimpulan sendiri...


video ni di tag oleh kawan aku kat fesbuk... so? apa kes? bagi aku.. xsalah kita berzikir tu.. berzikir tu kan sunat.. dapat pahala lagi.. tp? dgn cara macam tu? dah macam dikir barat ja aku teng0k... boleh ka? aiseh!! salah ke x ha? hmm....

p/s : kepada model yg sedang 'berdikir barat' tu.. maaf sebab post vide0 ni..

Ahad, 19 Disember 2010

sudikah awak sempurnakan hidup saya?

cinta selalu datang tak dijangka..

cinta juga pudar mengikut masa..

untuk mengembalikannya?

kita perlu berpatah balik.. 

dimana cinta bermula..

mulakannya semula dengan nestle COFFEE MATE..

haha.. aku skg ni duta COFFEE MATE... so? aku tengah promote la walaupun aku tak penah minum pun kopi ni.. huhu... sila jangan kutuk okeh!!


akhir2 ni aku tertarik dengan iklan ni.. so? nak berkongsi ngan korang.. aku upload jela.. haha.. best aku tengok video2 kopi ni kat youtube.. (yg ni part 1) ada banyak part jgk aku usha.. suka suka!! terberangan aku sendiri.. huhu... ha? dah2 aku penat sgt ni.. xmau ngarot lebey2.. satgi melalut..

p/s : cute sangat iklan ni...

jom pakat2 pi FESTIVAL PROTON 1 MALAYSIA

hari ni seharian aku kat alor star.. sebelum balik, kitorang singgah la kat PACIFIC STAR PARADE,alor star.. tngok2 ada festival proton 1 Malaysia... fuhh!! mantap.. aku suka, aku suka... kalo korang xcaya? tengok banner ni ha..

satu perjalanan, satu bersama malaysia

untuk hari ni 19 disember 2010 diorang bertapak kat alor star.. untuk esok2 aku xtaw la plak.. jap2.. nak search g0ogle jap!!

Kalendar Festival Proton 1 Malaysia :

18th Dec, 2010 – Ipoh – Stadium Indera Mulia (10am to 6pm)
19th Dec, 2010 – Alor Star – Star Parade Shopping Centre (10am to 6pm)
20th Dec, 2010 – Kangar – Dataran 350 (10am to 6pm)
21st Dec, 2010 – Penang – Jalan Padang Kota Lama (10am to 6pm)
22nd Dec, 2010 – Kota Bahru – Dataran Stadium (10am to 6pm)
23rd Dec, 2010 – Kuala Terengganu – Dataran Shahbandar (10am to 6pm)
26th Dec, 2010 – Kuantan – Stadium Darul Makmur (10am to 6pm)
27th Dec, 2010 – Batu Pahat – Dataran Penggaran (10am to 6pm)
28th Dec, 2010 – Melaka – Melaka Mall (10am to 6pm)
29th Dec, 2010 – Seremban – Dataran Nilai (10am to 6pm)
31st Dec, 2010 – Klang Valley – PROTON Centre of Excellence (countdown to New Year 2011) (8pm to midnight)


korang dah taw kalendar? so apa lagi? sesapa yang minat sgt ngan keta2 proton.. pi jela.. aku xminat.. tapi sekadar menyokong kereta2 buatan Malaysia.. xsalah kan.. kita kan 1 malaysia.. pic2 kat bawah ni sekadar untuk cuci mata korang..

kereta ni tempat ke4

yg ni tempat ke3.. dah mcm ferrari dah aku tgk..

tgk? biru dgn ijau bleh plak 'bersama'..

yang ni aku suka!!

untuk sesapa yang suka make up keta.. ha? mau make up camni la.. baru lumayan kalo masuk bertanding.. mau puluh ribu dapat.. aku suka gak keta2 yang make up ni.. tp? takat gincu bleh la aku tenyeh kat keta tu.. haha.. mau make up pakai apa bai? duet tarak ma!!

ni proton jebat

yg ni satria NEO R3

aku 'cupp' yang ni

siapakah gerangan badut tu?

ha? amacam? best aku tgk.. ni ja pic yg aku sempat capture.. banyak lagi keta2.. kalo korang x puas tgk pic2 aku ni.. xelok la.. apa bagai la.. lantak korang la.. aku guna camera cap itik ja... korang pi la tengok real kat kangar plak besok.. haha.. pas kitorang tangkap gambaq dgn badut tu.. kitorang naik gi McD kat pacific untuk mengisi perut..sedap sedap!!

p/s : sila abaikan model2 tidak berbayar yang kat dlm pic2 aku ni ha..

Sabtu, 18 Disember 2010

kerana spedometer yg terlalu smart? aku lantas..

spedometer? apa tu? aku pun xtaw sebenarnya nama menda ni.. kalo aku? aku just sebut meter ja.. xpun kilometer.. hakhak.. masa internet kat umah aku problem baru2 ni.. saja la aku gatai mulut pi tanya..

"cik, kenapa tenet kat umah saya la ni makin slow.. padahal aritu dah upgrade dah.. skg ni bpa kelajuan tenet kat umah saya ni ha?"

staf yang kat TM tu ada suruh aku cek dekat [link] ni.. dia ckp nak check bill tepon pun bleh..

"cik, bill api? bill ayaq bleh check skali x kat cini?" ( gila kau aku nak tanya, mau x dia ketuk pala aku ngan hammer, aku just tanya dalam hati jela)


huhu.. bila aku click ja kat spedometer.. tetiba ja kuaq yang ni...

wooaaaaa..... colourfull nya.. aku suka ! aku suka !

ni la spedometer utk check kelajuan internet kat umah aku

mula2 cik tu suruh aku click kat "restart speed test"... masa jarum tu dok naik sampai tahap kelajuan maximum ja.. aku pun mula la berangan... aku tengah bawah feri.. eh! silap2.. FERRARI !!




sambil memandang spedometer kat laptop aku tu... bleh aku bygkan betapa lajunya ferrari tu aku bawak...


tetiba...


.
.
.
.
.
.
.
.

"cik alya? ada apa apa lagi yang bleh saya bantu?"

"cik?"

"cik? sambil staf TM tersebut mengetuk gagang telepon beliau"

aku pun tersentak dari lamunan.. ala lebih kurang lagu "lamunan terhenti" la..

"gulpp, potong stim betoi la.." (dalam hati aku bersuara)

"owh.. xdak apa apa dah.."

"ok, terima kasih kerana menghubungi kami.. kalau ada masalah cik boleh hubungi kami lagi di 100.. sekian terima kasih"

"ok.. sama sama kasih"...

aku pun masuk bilik dan sambung balik lamunan aku nek keta ferrari.. tapi kali ni dengan "firdaus dalam filem AKU MASIH DARA".. 

lagak si kecil

huh.. kalo la ada baby secomei anak2 cat farish ni? kan best.. diorang ni makin lama makin membesar.. sat ja kalo nak besaq.. bukan macam manusia... pasni... selamat la bilik aku dari serangan cik ti.. ngeh3.. jaga kau cik ti.. aku dah ada bala tentera seramai 4ekoq.. kalo kau jejak sebelah kaki kau kat bilik aku? taulah nasib kau nanti...

macam model la plak

bantai den jadi mangsa

ciap pakai stokin lagi.. aku yang belikan stokin untuk beliau

jgn nakai2


tp? kucing2 ni bukan kucing kitorang... kucing tok aku.. yang kat sebelah umah ni ha.. sementara tok aku xdak ni? adik2 aku la yang menjaganya... aku? x amik port sgt la.. janji x berak kat dlm bilik aku dah cukup baik kan kan kan? mau nya berak siap kencing plak? siap aku semelih kerat 18... eh? xla zalim sampai camtu.. i baik taw!!!


nota kaki : ok x kalo bg kucing2 ni pkai rantai loceng kt leher diorang?

Jumaat, 17 Disember 2010

dulu internet.. skrg celcom..

bleh aku taw apa masalah korang? adakah korang dah komplot xmau bg ada line? adeh!! jgn la camtu... ayah aku bayaq tektiap bulan bill bukan untuk tgk ja modem tu.. kitorang nak men tenet la... internet umah aku masih lagi dalam keadaan tonggang terbalik... aku xtaw apa masalahnya? nak kata ujan? xpun... nak kata xujan? xpun... semua xlah kiranya...

ni internet leh connet pun sbb aku kol TM... aduh.. jenuh la nak kol hari hari.. kalo 'abg TM' yang angkat phone xper gak.. leh la kecek2 nbo fon... tp? aleh2 yang jawab kol... 'kakak TM' la plak... adoiyai... lemah semangat aku...

tenet yg xleh nk connect

semalam plak celcom wat hal... xdak line sampai petang tadi baru ada... huh.. mau x belungguk mesej aku masuk... kalo takat mesej2 pakwe? (mcm la aku ada pakwe? sja bikin kontroversi...) leh la aku abaikan... tp? yang banyak nya ni.. mesej hidup mati tok nek kawan aku, adeh.. apa la aku nak wat kat celc0m ni...

aku igtkan handset aku yang problem? almaklumlah nset 'tiga tiga sekupang ai' ja.. huhu... rupa rupanya kebanyakan kengkawan aku yang pakai celc0m semua pakat xdak line semalam... huh.. nyaris2 ja aku nak pi panjat pokok nyioq kat blakang umah jiran aku sbb nak cari line..

p/s : don't worry.. makan lg penting dari main internet.. 

bakal inspektoT p0liT

dari kecik sampai la ke besaq ni... cita2 aku nak jadi POLIS... ntah aku xtaw kenapa? aku nak sgt jadi polis... tp? skrg aku dah mula rasa yang aku semakin x layak utk jadi polis.. aku semakin boleh menerima akan ketidaksempurnaan aku ni... huhu... almaklumlah.. aku ni x tinggi... dah puas aku makan 'kacang panjang'... yang dah dimasak, direbus, & yang baru beli dari market pun? aku hentam makan tanpa dibasuh! eeyerkkk!!! tp? sampai skrg aku x tinggi tinggi lagi... kenapa begitu ha?

skrg ni plak adik aku si aidid yang menampakkan minatnya utk jd POLIS.. wah!! jeles aku... xleh jd nih.. aku kena terus berusaha makan kacang panjang bebanyak!!

amacam? ada gaya x?

ala2 crita gerak khas pun ada..

xtahan dgn pistol mainan tu ja..

dah mcm game c0unter strike aku tgk..
tp? kata si aidid ni.. nanti besaq dia nak jd SAINTIS.. alahai... dia taw ka saintis tu apa erk? pengaruh telebesen ja byk ni... huhu.. aku xkesah sgt apa yang adik2 aku nak keja nanti besaq... harap2 yang bebaik la.. jgn jadi penyamun tarbus sudah!!!

p/s : aku masih mengharap walaupun xlayak.. ada aku kesah aku layak ka x?

Khamis, 16 Disember 2010

terkilan dgn masalah internet yg doWn

nak nangis jap bleh? ada sesapa bleh kasi aku pinjam bahu dia x? aku sedih sesangat skg... nak taw seipa? sbb masalah internet kat umah aku yang x habeh2 down sejak aku balik umah... oh tidak!! internet mencemburui aku... dahla aku balik sat ja ni... dalam 10 hari ja.. huh! dusta kau tenet!!! internet ok time koi 1 pagi dan ke atas... apa hal bro? time tu aku nak tidoq la...


hanya batman ngan burung hantu ja yang xreti nak tidoq time2 camtu... adush... ni pun baru ja bleh setelah beberapa kali aku dah restart & setup lain... jenuh la kalo nak restart banyak2 kali.. mau x rosak modem tu.. haha.. bagus teruskan usaha anda untuk menrestart modem.. dan ayah? tlg tampar kakak laju2 kalo modem rosak buat kali kedua!! huhu..

p/s : .......................

Selasa, 14 Disember 2010

penat ! penat ! penat !

hallu... dah lama kan aku x update entry? xsilap aku dah 10 hari aku x update... banyak yang aku nak stori kat korang.. tp? aku xdak masa nak on9 langsung... almaklumlah aku xmampu nak bela 'berokband'.. huhu.. hari ni aku bebas! bebas dari dibelenggu dgn kertas2 exam... argh!!! nak jerit aku rasa... best ! best ! best !

dan sory sesangat sbb aku xsempat nak zizrah blog2 kgkawan aku... sorry la bai... dalam masa yang ada ni.. aku try cover balik memana yang aku terlepas tengok okeh.. sila jangan marah aku... benci dakper...ada aku kesah? haha..

tapi? aku cuti sat ja ni.. dalam 12 hari... maybe? so aku kena hargai betoi2 masa yang aku ada ni untuk aku buat menda2 yang berpaedah!! haha... study ka? eh... kalo bagi rm1000 pun aku xmau... janji aku xkena baca buku dalam masa 12hari ni... huhu... tapi? kalo novel? ehem2... boleh jgk!!!

malam ni aku xmau stori apa2 lagi.. aku nak tidoq... bak kata pepatah cina kacukan siam? 'Qodolah tidor anda sesudah merdeka!!'.. ok2.. aku cau dulu...

bye!!

Sabtu, 4 Disember 2010

dah ready ka?

adeh... cuti punya cuti.. aku pun dah xsedaq.. dah sebulan aku berHOLIDAY.. sakan la aku nampaknya... esok aku start paper dah... nak terberak la plak aku dengaq pasai exam ni... esok paper arab... adeh... xpa2.. cuba jaya ok alya... chaiyok periok!!!


eh.. apa maksud perkataan kat atas tu ntah? aku lupa la.. pen ka pensil weh? tu la cuti sampai x hengat nak selak buku!!! aiyak!!! tulun... ada sesapa bleh gtw aku apa maksud perkataan kat atas?

dah2.. aku xleh lelama ni.. pakcik bus dah tunggu aku tu.. cian depa... k cau!! korang tolong doakan aku taw!! xpa aku nak amin seksiap...


p/s : AMINNNN.....

castello 2010

kemarin kitorang ada wt majlis kecil kecilan utk si kecik ni... cukur rambut.. tetiba aku terfikir? huh leh wat duit ni kalo si kecik ni jadi artis.. haha.. aku plak sebagai maklong dia leh jd PA.. huhu...

so? apa yang nak lengah2 lagi.. pengunguman untuk semua prosedur & producer filem2 bollywood.. kalo nak pelakon cilik untuk filem castello... bleh la amik si kenit ni... huhu..


ha? amacam? puas hati x?

apa?

nak tgk muka pelakon?

ooo... jap2....


ha... dah tgk kan? ok x? hensem taw.. nama beliau Daniel Iman...

kira jadi la no... castello 2010!!!




apa2 hal.. korang leh la contact aku k.. aku dah secara resmi padinya dah jadi PA beliau... huhu... (kepada maklong yang sorang lagi)... jgn jeles taw!!!

p/s : castello besar dah ada.. carila castello kecik plak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...